Friday, June 11, 2010

Palestine -O- Palestine.......Pakatan Britian dengan Sharif Hussein


Pakatan antara Arab Hijaz dan pihak British untuk menentang Othmaniah melaui perutusan surat antara Suruhanjaya Tinggi British Mesir ,Sir Henry McMahon dan Sharif Hussein antara 14 Julai 1915 dan 30 Mac 1916 . Dalam 10 siri perutusan sulit antara mereka berdua, Sharif Hussein menawarkan bantuan kepada British untuk memberontak keatas Othmaniah (Turki) , sebagai pertukaran janji kemerdekan Arab selepas kemenangan tersebut. British bersetuju , tidak termasuk beberapa kawasan, termasuk dibawah kawalan (control) pihak British.

Pakatan ini berjaya. Dalam bulan Oktober 1917 pasukan Bersekutu (Allied forces) dibawah kawalan British iaitu General Allenby menawan Palestine , menawan Baitulmukadis (Jerusalem) pada 9 Disember 1917. Penawanan ini dikira yang pertama sekali sejak Perang Salib (Crusaders) sejak tahun 1244 ,kini kembali ke tangan Kristian. Kini, selapas 400 tahun masa aman dibawah pemerintahan Othmaniah , bermulalah abad konflit berpaksi di Bandar Aman (City of Peace).

Awalanya, diwaktu yang sama juga Baghdad telah jatuh ke tangan British. Tahun berikutnya diikuti oleh Damsyik . Tiga hari selepas kekalahan Othmaniah kepada pasukan pemberontak Arab, General Allenby dan Putra Faisel, anak Sharif Hussein memasuki bandaraya. Putra Faisel dengan 1,000 orang pasukan berkuda, dirai dan diberi sambutan oleh penduduk tempatan , mereka measa beba dan lega berakhirnya pemerintahan Othmaniah keatas bumi Arab dan menuju kearah kemerdekaan negara Arab.

Dengan kekalahan kuasa Axis , negara Jerman,Austria dan Othmaniah tumbang. Sebaliknya negara Russia bersekutu dengan Britian,Perancis dan kemudianya Amerika Syarikat -tumbang pula kepada pemerintahan komunis.


No comments: