Saturday, December 12, 2009

Pengalaman Menentang Keganasan Bintang Tiga--Bahagian 4

Apabila British kembali memerintah secara BMA , suasana keadaan kampung ada sedikit keamanan etapi Bintang Tiga masih lasi menjalankan kerja-kerja " reign of terror" dan orang kampung masih berwaspada terutam diwaktu malam kalau-kalau ada orang memanggil atau datang kerumah . Berkat amalan ilmu yang diberikan oleh Tuan Haji Mohd Noh , orang kampung dapat menjalankan kehidupan seharian tetapi ketakutan masih lagi ujud .

Melalui BMA , Home Guard dan juga Special Contable ditubuhkan bagi mengawal keselamatan kampung . Ramai daripada mereka (SC) ini datang berjumpa dengan Tuan Haji Mohd Noh untuk mendapatkan "petua" dan cara-cara mempertahankan diri daripada musuh yang sedang menanti terutama zaman Darurat pada 16 Jun 1948 hingga tahun 1960. Di kalangan pihak Istana dan orang-orang kenamaan dan Ketua Jabatan turut berjumpa dengan beliau .
Di kalangan kami penduduk setempat , kami menggelar beliau " Adi Putra Sungai Durian" .Kepada generasi lama terutama bekas-bekas pasukan keselamatan, pegawai-pegawai kerajaan , nama beliau amatlah terkenal dengan Peristiwa Bintang Tiga tetapi jua ilmu " pengasihnya" ! Bukan itu sahaja ,cerita keberania beliau sentiasa menjadi bualan ramai pada suatu ketika dahulu dan kini tinggal berapa kerat sahaja lagi mengingatinya .

Arwah datuk saya memberitahu bahawa dipertengahan Disember 1955 lebih kurang jam 8.00 malam,dua buah kereta polis dan sebuah " ferret car" datang ke rumah Tuan Haji Mohd Noh. Kebetulan beliau baharu sahaja selesai menunaikan solat Maghrib. Pegawai Polis berbangsa Inggeris, fasih berbahasa Melayu tela mengarahkan semua murid-murid mukaddam untuk meninggalkan rumah Tuan Haji Mohd Noh termasuk kaum keluarga beliau.

Akhirnya certia kedatangan Pegawai Inggeris itu diketahui ramai iaitu Tuan Haji Mohd Noh diminta oleh pihak Tunku Abdul Rahman untuk " berbuat sesuatu" semasa pada 28hb dan 29hb Disember 1955 iaitu dalam rundingan Baling yang terkenal itu. Di percayaai, Rashid Mydin menggunakan khidmat 'bomoh Siam" untuk mendapatkan sesuatu semasa rundingan tersebut!!!

Tuan Haji Mohd Noh telah pergi menemui PenciptaNya dalam tahun 1973 dan cerita beliau adalah sebahagian ingatan generasi tua dan keterunan-keturananya.....Amin

Pengalaman Menentang Keganasan Bintang Tiga--Bahagian 3

Melihat akan cabaran dan uggutan Bintang Tiga, Tuan Haji Mohd Noh keluar daripada balai dan terus menuju ke arah kumpulan Bintang Tiga yang sedang siap sedia untuk melancarkan serangan mereka . Beliau mara dengan berani sambil menghunuskan pedangnya sambil berteriak," apa kayo mau, kayo ingat ini negeri kayo! '. Di waktu yang sama beliau melibaskan pedangnya sambil menikam ke arah dadanya sendiri. Tiada kecederaan dan luka. Tiada darah mengalir! Seperti harimau beliau menerkam dan melompat kengah-tengah kumpulan Bintang Tiga dan seperti kilat juga beliau membunuh seramai 30 orang Bintang Tiga . Yang lain-lain lari bertempiaran mencari perlindungan dicelah-celah pokok dan tunggul kayu .

Bintang Tiga terus membedil beliau bertalu-talu dari segenap penjuru dan Tuan Haji Mohd Noh dengan tangkas dan berani mengelak segala serangan dengan cara bersilat. Segala-segalanya terjadi dengan begitu pantas dan Bintang Tiga terkejut melihat Tuan Haji Mohd Noh tidak cedera dan pakaiannya berlubanglubang akibat kesan tembakan! Melihat akan apa yang terjadi, Bintang Tiga berundur dan lari lintang pukang untuk menyelamatkan nyawa masing-masing sambil berteriak, " hai ya! kwai woo, chow laaa,mai see...!"
Berita keberanian Tuan Haji Mohd Noh terssibar luas di kampung-kampung sekitar dan penduduk-penduduk kampung naik semangat yang sudah kucup itu semula . Beliau telah dijemput secara sulit diwaktu malam ke kampung-kampung untuk menyusun pertahanan kampung disamping itu juga diminta untuk mengajar jampi-serapah untuk menlindungi diri dan keluarga masing-masing.

Pengalaman Menentang Keganasan Bintang Tiga--Bahagian 2

Tuan Haji Mohd Noh Mohd Amin terkenal sebelum kedatangan Jepun sebagai pemilik kebun getah yang berekar-ekar luasnya . Orang kampung berada. Beliau berketurunan Kerinchi berasal dari Jampi, Sumatra Barat dan datang ke sini bersama-sama keluarga sekitar tahun 1908 ketiak berusia 10 tahun dan semasa Jepun dan MPAJA berusia dalam lingkungan 30 tahun. Beliau bersama keluarga dan keluarga arwah datuk saya datang ke Malaya melalui Pulau Pinang untuk beberapa minggu dan terus pergi ke Kubang Rotan Alor Setar .Kedah untuk menetap di sana buat seketika . Selepas itu mereka pergi ke Tanjug Sejarah, Gerik Perak untuk membuka kawasan penempatan baru. Sekitar tahun 1920, keluarga beliau dan keluarga arwah datuk saya berpindah ke Pelang dan Rimba Panjang dan Lawit dan seterusnya ke Teranjuk, Kampong Temin.Ketika itu Malaya sedang dilanda wabak " taun" dan ramai dikalangan keluarga mereka meninggal dunia . Pada tahun 1924 beliau dan keluarga berpindah ke Kuncha dan keluarga arwah datuk saya ke Batu Empat sekitar tahun 1925. Beliau menetap di Kuncha semasa Perang Dunia Ke 2, zaman MPAJA, zaman BMA,zaman Darurat tamat 1960.
Bintang Tiga mencari na'as apabila mereka cuba mengepong Balai Polis Lintang tempat perlindungan orang-orang kampung dan ketika iru Tuan Haji Mohd Noh sedang membantu polis mengawal balai secara sukarela . Tiba-tiba muncul segerombalan 100 orang Bintang Tiga meminta supaya balai polis itu diserahkan untuk dijadikan markas mereka, tetapi pihak yang berlindung didalam enggan menyerah . Bitang Tiga mencabar akan menembak dan membakar mereka yang berada didalam sekiranya permintaan Bintang Tiga diengkari.

Pengalaman Menentang Keganasan Bintang Tiga

Seperti ribut melanda, kita semua akan mencari tempat perlindungan dan setelah reda kita akan keluar dari tempat perlindungan dan meninjau-ninjau akan kesan ribut tersebut. " Begitu juga dengan kampung saya" , kata arwah datuk yang selalu membuka ceritanya kepada cucu-cucunya. " Bahawa penaklukan Jepun di Malaya pada 1 hb Disember 1941 hingga September 1945 umpama ribu taufan yang melanda kampung"
Banyak kemusnahan kematian,kebencian,penderitaa,kerosakan emosi akibat Jepun terutama cara pemerintahan yang diamalkan. Kebebasan sudah tiada lagi...Segala pergerakan terhad dan terbatas. Yang parah ialah bahan makanan tidak mudah diperolehi dan tidak ada langsung.Etika dan budaya Jepun diserapkan keatas penduduk dengan paksaan !
Setelah Jepun kalah dan menyerah diri pada September 1945, satu lagi ribut melanda kampung termunculnya MPAJA-Malayan People's Anti -Japanese Army atau Tentera Anti-Jepun Orang Malaya yang telah mengambil alih kekosongan kuasa yang ada sebagai pemerintah. "Orang kampung sudah lagi tidak tahu siapa lagi yang sebenarnya yang memerintah dan diperintah. British tiada,Jepun tiada dan kini satu bentuk baru penjajahan!, kata arwah datuk .
Suasana penuh dengan ketakutan tambah-tambah lagi MPAJA atau Bintang Tiga menubuhkan " Mahkamah Kangaroo" membicarakan sesiapa sahaja yang mereka suka, menghukum sesiapa sahaja. Masing-masing tidak tahu kesalahan masing-masing. Mereka bebas merayau memasuki kampung dan menangkap sesiapa sahaja yang mereka sukai .
Orang kampung tiada senjata ( senjata api) untuk mempertahankan diri. Ramai yang ditangkap dan dimasukkan kedalam guni dan dicampakkan kedalam sungai hidup-hidup.Ada yang dibawa begitu sahaja dan tidak kembali lagi.... Ada ditanam hidup-hidup. Ada yang dibunuh dikhalayak ramai. Seksaan yang mereka suka ialah dengan mengikat tubuh tertuduh dan menggelar dan ditabur garam atau air limau keatas kelaran tersebut..! Kezaliman ini berterusan untuk beberapa minggu dan telah memasuki hampir tiga bulan lamanya.........
"Penderitaan dan ketakutan orang kampung semakin bertambah, tetapi Allahmdullilah, apabila tersibar berita mengatakan Tuan Haji Mohd Noh Mohd Amin telah berjaya menentang Bintang Tiga secara berseorangan lawan 100 orang gerombalan Bintang Tiga, orang kampung bersemangat kembali untuk meneruskan kehidupan", kata arwah datuk.

Friday, December 11, 2009

Bahagian Sepuluh-Abdullah Sani Raja Kecik -(11 November 1920.c 1983)

Akhirnya , Parti Rakyat Malaya (PRM) telah di tubuhkan pada 11 November 1955 dan dalam Pilihan raya 1959, Abdullah Sani memenangi kerusi Parlimen Setapak sebagai ahli pembangkang yang di segani !.

Pada 13 Februari 1963 , sekali lagi Abdullah Sani di tangkap ( untuk kali ketiga dalam hidupnya) dan di tahan selama empat tahun atas tuduhan bahawa beliau terlibat bersama Indonesia menentang gagasan MALAYSIA dan berkerjasama dengan Parti Komunis Indonesia (PKI) dan juga terlibat dalam pemberontakan Brunei pada tahun 1962 .

Semasa dalam tahanan ini , beliau belajar dan lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STP), satu kesinambungan gangguang semasa menuntut di Anderson dalam tahun 1938 .

Setelah di bebaskan, beliau kembali menjadi jurnalis dan di jemput ke Serawak sebagai Pembantu Datuk Pertinggi Abdul Rahman Yaakob dan di waktu yang sama menulis untuk akhbar Sarawak Tribune .

Beliau telah di anugrahkan dengan gelaran " Datuk" oleh Gabenor Sarawak .

Abdullah Sani, seperti kebanyakan insan yang meningkat usia yang telah melalui banyak pahit-maung kehidupan terus menyara kehidupan dengan menjadi jurnalis bebas dan sebagai printing waktu untuk mendapatkan sedikit perbelanjaan .

Beliau meninggal dunia selepas dua tahun melakukan ibadah haji dan kembali kepada Pencipta pada tahun 1983 kerana kanser paru-paru .

Dengan kembalinya kepada PENCIPTA, maka turut tamatlah watak-watak benar utama yang mewarni perjalanan kehidupan dunia sorang tokoh cerpenis, jurnalis,nasionalis dan politikus Malaysia yang tidak mudah di lupai begitu sahaja jasanya kepada kesedaran bangsa Malaysia ketika itu dan kini .

Siapa yang tidak kenal dengan hasil nukilan novel-novel beliau dengan menggunakan nama pena 'RUHI HAYAT ' DAN IKON YANG AMAT POPULAR DAN KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYATNYA - A H M A D B O E S T A M A N , semoga ALLAH mencucri rahmat ke atas rohnya.....Amin .


Bahagian Sembilan-Abdullah Sani Raja Kecik -(11 November 1920.c 1983)

Akibat kelantangan suara Abdullah Sani, secara di sedari beliau telah mulai di awasi oleh pihak pemerintah Inggeris dan semasa menaiki bas dari Pahang ke Kuala Lumpur beliau telah di tahan mengikut Perintah Hasutan ( Sedition Ordinance) dan di bebaskan dengan ikata jamin sebanyak $800-00 .

Beliau di dapati bersalah dan di denda sebanyak $800-00 atau enam bulan penjara bagi kesalahan pertama dan $400-00 denda ataupun tiga bulan penjara bagi kesalahan kedua. Jaminan telah di buat oleh kakaknya yang terpaksa bergadi barang kemas untuk membayar denda tersebut !

Pengharaman API termasuk pengawasan terhadap MNP, telah menjadikan Abdullah Sani beku untuk berkarya dan beliau sekali lagi di tahan tanpa pengadilan selama tujuh tahun (1948-1955) .

Setelah di bebskan pada tahun 8hb Julai 1955 beliau kembali berkerja dengan Majlis yang hampir muflis dan terpaksa di tutup akibat pemogokan pekerja. Abdullah Sani turut serta di dalam pemogokan tersebut .

Selan daripada itu , rakan-rakan lamanya dalam MNP iaitu Dr.Burhanuddin Al-Hilmy, Muhammad Amin, dan A.M. Azahari darpada Brunei telah telah menghubungi beliau untuk meneruskan perjuangan untuk menubuhkan sebuah parti politik dan memimpinnya.


Bahagian Lapan-Abdullah Sani Raja Kecik -(11 November 1920.c 1983)

Semuanya di catitkan dengan jelas bahawa aktiviti nasionalis berkembang dengan hebat dan pesat di Perak di dalam persedian untuk mendapatkan kemerdekaan Malaya .
Oleh itu , sebagai memusatkan pergerakan dan perjuangan mereka , MNP telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Ibu Pejabat parti di Kuala Lumpur .
Didalam bulan Februari 1946 , Abdullah Sani telah berpindah ke Batu Road , Kuala Lumpur dan penerbitan SUARA RAKYAT masi di kekalkan di Ipoh walaupun kesemua anggotanya yang terdiri daripada ahli MNP turut juga berpindah .
Bersama-sama rakan0rakan jurnalis lain, Abdullah Sani menerbitkan akhbar Pelita Malaya dalam cetakan Jawi dan mingguannya pula Suluh Malaya yang menyiarkan artikel berunsur politik dan cereti pendek ( cerpen) .Bukan itu sahaj , beliau juga bersama-sama rakan-rakan penulis lain turut menerbitkan Pendoman dan Parti yang hayat penerbitannya pendek sahaja .
Hasil daripa gabungan terbitan SUARA RAKYAT, PELITA MALAYA dan SULUH MALAYA telah menjadikan Abdullah Sani dan MNP amat terkenal di kalangan semua lapisan masyarakat Melayu Semenanjung .
Sementara itu , pandangan politik bersifat nasionalis beliau dan rakan-rakan mengenai beberapa isu kemerdekaan yang di peloporkan oleh MNP telah bertentangan dengan aliran fahaman nasionalis yang di pelopori oleh puak "aristocrat" yang turut juga mendapat sokongan sebahagian nasionalis-nasionalis Melayu yang menolak fahaman MNP .
Pihak Inggeris pula lebih condong kepada puak-puak aristocrat yang berfahaman sederhana dan menolak penguasaan golongan " Proletariat" yang rata-ratanya berada di dalam arus perdanan perjuangan nasionalis MNP yang mahukan kemerdekaan Malaya di berikan dengan segera kepada rakyatnya !

Bahagian Tujuh -Abdullah Sani Raja Kecik -(11 November 1920.c 1983)

Walaupun pengisytiharan tersebut telah berlalu enam bulan lepas, MNP mengambil keputusan untuk meraikannya di Jubilee Park, Ipoh dengan satu perarakan yang bermula daripada pejabat parti di Jalan Brewster mulai jam 9.00 pagi.
Idea supaya perarakan di lakukan datangnya daripada barisan pemuda MNP itu mendapat sokongan dan di dalam tempoh yang singkat lahirlah ANGKATAN PEMUDA INSAF- (API) .
Pada hari tersebut seramai 500 orang menyertai perarakan dan seramai 50 orang Pemuda telah memakai lilitan lengan ( arm band) berwarna merah putih bertuliskan perkataan API berwarna hitam.
Perjumpaan atau perhimpunan ini telah mendengar beberapa pemidato-pemidato yang hebat-hebat dan laungan M E R D E K A bergema setiap ali pemidato berucap .
Semua yang hadir penuh dengan semangat nasionalis, serta api semangat perjuangan kemerdekaan dan ada yang menitiskan air mata !
Kejayaan perjumpaan tersebut telah tertubuhnya dengan rasmi API sebagai gerakan secara tersendiri yang lengkap dengan peraturan berslogankan " Merdeka Dengan Darah".
Abdullah Sani di pilih menjadi Ketua dengan gerakannya berbentuk para dan separa militer dengan berlambangkan genggaman hitam ( black fist) berlatar belakangkan hitam .
Lagunya juga telah di cipta bertajuk " Wahai API Perwira" . Gerakan mereka juga di kenali sebagai "Pejuang 45" ke arah yang tidak tahu erti berundur dalam perjuangan .
Sesungguhnya , Perak-lah , negeri yang pertama sekali mempunyai parti politik di Malaya selepas tamat pernag Dunia Kedua !

Bahagian Enam-Abdullah Sani Raja Kecik -(11 November 1920.c 1983)



Semangat kesedaran berpolitik (modern political thaughts) sudah mulai berpolitik si akhir kejatuhan kuasa Inggeris dan kemasukan Jepun ke Malaya. Abdullah Sani tidak ketinggalan hidup di dalam arus perkembangan terbaru ini.

Pengalaman beliau sebagai jurnalis serta pengelibatan dengan KESATUAN MELAYU MUDA telah merintis kepada penubuhan parti politik pertama di Malaya selepas tamatnya Perang Dunia Ke-2 iaitu satu-satunya yang di terima oleh semua kaum- Parti Kebangsaan Melayu (Malay Nasionalist Party) .

MNP di tubuhkan di kalangan editor dan pegawai pengurusan SUARA RAKYAT dan beberapa rakan-rakan luar Abdullah Sani yang berjuang sebagai parti politik untuk mendapatkan seratus peratus kemerdekaan Malaya !

Berita penubuhan MNP telah di siarkan dalam akhbar Suara Rakyat sebagai satu jalan propaganda politik .

Banyak permintaan telah di terima untuk menubuhkan ranting atau cawangan di setiap pelusuk negeri. Mereka memuji penubuhan MNP sebagai wadah perjuangan berpolitik orang Melayu dan rakyat Malaya. Cawangan-cawangan baru di tubuhkan di setiap penjuru Malaya seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Abdullah Sani merekodkan, MNP telah memilih Ipoh sebagai Ibu Pejabat oarti dan cawangan pertamanya ialah di Sungai Raya .

Di antara mereka yang berminat dengan dasar perjuangan MNP ialah keluarga feudal dari negeri Kelantan berketurunan Raja Pattani yang mewakili empat wilayah Selatan Siam (Thailand) di mana mereka berhasrat untuk mendapatkan semula wilayah tersebut daripada pemerintahan Siam sekiranya MNP berjaya mendapatkan kemerdekaan untuk Malaya.

Dialog juga di adakan dengan Dato' Panglima Bukit Kinta serta dengan Dato' Panglima Bukit Gantang tetapi tiada penghujungnya dan berkahir bergitu sahaja.

Mengikut catitan Abdullah Sani, dengan hanya beberapa bulan sahaja MNP telah menjadi parti politik yang kuat dan bersemangat nasionalis. Ada pihak yang tidak yakin akan perjuangan mereka .

Tetapi, semangat untuk merdeka terus meluap-luap apabila Indonesia terlebih dahulu mengisytiharkan kemerdekaanya pada 17 Ogos 1945 sebagai tarikh kemerdekaan nasional mereka daripada penjajahan Belanda dan Jepun .

Thursday, December 10, 2009

Bahagian Lima-Abdullah Sani Raja Kecik -(11 November 1920.c 1983)



Pengalaman di dalam mengharungi kehidupanya telah di gunakan oleh Abdullah Sani sebagai ilham untuk melahirkan cerpen dan novel seperti " Kerana Lapar" .
Pernah menggunakan nama pena seperti " Jiwalara". Salah satu novelnya bertajuk " Kabus Pagi" yang di terbitkan di Singapura amat terkenal tenatng seorang tahanan, setelah di bebeaskan mendapati isterinya telah berkahwin dengan polis yang menangkapnya dan penduduk kampung yang bersimpati pada awalnya telah berpakat menentangnya !
Abdullah Sani telah menghasilkan tidak kurang daripada 15 buah novel dan akhir sekali bertajuk Sorotan Seiklaspada tahun 1981.Tetapi, penerbitan dan hasil bertajuk Merintis Jalan Ke Puncak telah di pilih olh Columbia University sebagai projek transliterasi Asia telah menjadikan Abdullah Sani sebagai rujukan sepanjang hayat !
Antara rakan-rakan seperjungannya sebagai nasionalis ialah Mohammad Sharif Fakeh Ibrahim (abang ipar) pencetus awal minat untuk beliau menulis di ikuti oleh Abdul Rahman Rahim dan Ahmad Nur Abdul Shukur pemilik Sinar Malaya.

Bahagian Empat-Abdullah Sani Raja Kecik -(11 November 1920.c 1983)



IPOH kembali sunyi dan sepi selepas berundurnya tentera Jepun dan ini amat membosankan Abdullah Sani. Tanap memiliki sebarang modal , beliau bersepakat dengan rakan-rakan lamanya untuk mengambil-alih pejabat percetakan Perak Shimbun yang masih lagi lengkap dengan mesin dan peralatan pencetakan yang terletak di Jalan Brewater, Ipoh - terbitan baru ni di namakan "SUARA RAKYAT".
Hasil jualannya dapat menampung makan dan minuman seharian mereka.Suasana ketika itu , hanya Abdullah Sani sahaja yang sudah berusia 24 tahun berkahwin , yang lain-lainya masih bujang !
Suara Rakyat, melalui lidah pengarangnya telah menyiarkan komen dan berita tentag satu insiden di Telok Anson (kini Teluk Intan) di mana pihak tentera British telah melepaskan tembakan apabila berkonfrantasi dengan orang ramai yang di syaki untuk mengadakan rusuhan.
Akhirnya , Abdullah Sani telah di panggil untuk memberikan penjelasan kepada pihak Pentadbiran Tentera Inggeris (British Military Administration) di Kuala Kangsar.
Beliau di minta memohon maaf di atas ketidakjelasan berita tersebut . Begitulah terjadi kepada Abdullah Sani setiap kali SUARA RAKYAT menerbitkan berita sensai, beliau pasti di panggil untuk memohon maaf kepada pihak Inggeris .
Selain daripada itu, mereka juga menerbit Voice of the people ataupun Suara Rakyat secara bulanan, seratus peratus di miliki oleh orang Melayu (65 tahun yang lepas) untuk para pembaca yang tahu berbahasa Inggeris .

Bahagian Tiga-Abdullah Sani Raja Kecik -(11 November 1920.c 1983)

Peperangan dan penjajahan Jepun telah memberi sumbangan penting di dalam membentuk Abdullah Sani menjadi seorang jurnalis nasionalis Melayu.
Abdullah Sani di bebaskan setelah Singapura jatuh ke tangan Jepun pada tahun 1942. Kembali semula bersama-sama dengan bekas ahli-ahli yang lain , KMM telah cuba untuk di aktifkan tetapi Jepun telah mengharamkannya .
Beliau kembali ke Ipoh dan berkerja dengan Berita Perak, sebuah akhbar berbahasa Melayu yang di bayai oleh Jepun, dan sekitar tahun 1942 beliau di tukarkan ke bahagian Jabatan Propaganda Jepun (Japanese Propaganda Department) sebagai jurutapis.
Di awal tahun 1945 beliau telah dilantik sebagai Leftenan dalam pasukan militer anjuran Jepun yang di kenali sebagai Giyu Tai ( Unit Sukarela), dan di hantar berlatih ke sekolah Pegawai Jepun Durian Daun, Melaka.
Abdullah Sani menubuhkan Barisan Pemuda Melayu yang berlatih kawad ala-tentera , di antara tugasnya yang tidak pasti tetapi mendapat perhatian pihak Jepun.





Bahagian Dua-Abdullah Sani Raja Kecik -(11 November 1920.c 1983)

Abdullah Sani mengambil keputusan untuk ke Pulau Pinang, ia terjadi di sekitar tahun 1939 dan menjadikan jurnalis pekerjaan sepenuh masa bersama Saudara, kini beliau sudah berusia 18 tahun .
Dua tahun kemudiannya beliau bersama kawan lama iaitu Abdul Rahman Rahim beralih ke Warta Kinta ,Ipoh dan seterusnya ke akhbar Majlis ( editor Ibrahim Yaakob) dan kembali semula ke Warta Kinta dan dalam tahun 1941 bersama Utusan Melayu (editor Abdul Rahim Kajai) di Singapura.
Di Singapura Abdullah Sani tinggal bersama dengan jurnalis dan novelis terkenal iaitu Ishak Haji Muhammad (Pak Sako)-dengan nama pojoknya " Hantu Raya" yang menghasilkan novel terkenal iaitu Putra Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila. Di tahun yang sama juga beliau menghawani wanita sejiwa -Rabitah bte Muhamad Wajid , anak bekas Penghulu Parti,Perak .
Peralihan ke alam dewasa , Abdullah Sani tersepit di antara kebangkitan semangat nasionalisme Melayu yang mula menampakan putiknya di mana beliau dapat menghidup bahawa melalui luahan jurnalis, akhbar dapat juga memainkan peranaannya!
Abdullah Sani mula berlanggar bahu dengan ramai jurnalis terkenal, aktif dalam gerakan nasionalis dimana nama-nama mereka masih lagi beliua ingat semasa di bangku sekolah diantarnya Ibrahim Yaakob.
Boleh di katakan semua akhbar keluaran sekitar tahun 1930 dan awal 1940 artikelnya di penuhi dengan perbincangan kontoversi seperti isu di pastikan semuanya menganuti pertubuhan nasional Melayu, pertikian imigran Cina dan penempetan tanah pertanian, implikasi dan definasi" Melayu" , dan masalah berkaitan dengan kemajuan ekonomi Melayu .
Perkembangan bidang jurnalis ini telah mengheret beliau bersama dengan aktivis nasionalis lain sehingga tertubuhnya KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) di mana beliau adalah salah seorang pengasasnya. Pada 1hb Disember 1941 , beliau dan lain-lain anggota KMM seramai lebih kurang 150 orang telah di tangkap oleh British dan di sumbatkan ke Penjara Changi dua hari sebelum kemasukan tentera Jepun yang mengakhiri regime kolonial di Malaya .

Abdullah Sani Raja Kecik -(11 November 1920.c 1983)

Personaliti ini di lahirkan pada 2ohb November 1920 di Behrang Ulu, dekat dengan Tanjung Malim,Perak. Kehidupan manusia sememangnya di pengaruhi oleh alam sekelilinyaa.Bagitu juga dengan suasana kampung kelahiran Abdullah Sani. Ketika itu, Malaya diperintah oleh British
baru sahaja mengalami suasana ekonomi meleset kerana kejatuhan harga komoditi utama iaitu getah dan bijih timah.
Abdullah Sani,anak lelaki tunggal (anak ketiga) daripada empat sekeluarga menjalani kehidupan seharian agak selesa dan sederhana seperti mana-mana masyarakat kampung Melayu .Seorang yan girang,ceria dan berkebolehan di dalam pelajaran dengan lulus peperiksaan darjah lime Gred 1 di Sekolah Melayu Behrang, satu kelulusan yang tertinggi ketika itu dengan kepujian khas dalam pengarangan sastera.

Beliau mengambil keputusan untuk mendaftar ke sekolah Anderson Ipoh yang terkenal sebagai sekolah berbahasa Inggeris di Semenanjung di awal tahun tiga pulohan .

Bagi seorang budak kampung, suasana persekolahan yang berkossmopolitan itu amat mencabar mindanya. Cita-cita beliau ialah untuk menjadi seorang pegawai polis !

Oleh itu, Abdullah Sani lebih sanggup menyertai pasukan Kadet Polis Sekolah yang berlatih secara ala-tentera daripada memilih pasukan pengakap sebagai aktiviti persekolahannya.

Suasana persekolahan beliau adalah zaman kemuncak kemelesetan ekonomi Malaya, ramai yang papa dan hidup merempat dan juga di kelilingi dengan kebangkitan semangat nasionalisme Melayu. Fikiran beliau mulai beralih kepada saluran berbentuk " establishment" walaupun berusia agak muda.

Melalui kakaknya bernama Ramlah dan abang iparnya seorang guru lulusan Sultan Idris Training College (SITC) yang juga seorang penulis sambilan surat khabar Majlis, Abdullah Sani mulai memasuki dunia penulisan dengan menulis semula ceritaterbitan majalah Chendera Mat (Majalah Kolej Sultan Idris) dan di hantar kepada penerbitan Saudara terbitan Pulau Pinang.
Tahun-tahun berikutnya, akhbar Majlis dan Warta Malaya juga mulai menyiarkan penulisan beliau. Minat untuk menjadi pegawai Polis sudah dilupai.
Setelah memasuki dunia penulisan, Abdullah Sani mulai berkontak dengan ramai penulis-penulis yang menetap di Ipoh terutama ialah Abdul Rahman Rahim, jurnalis bebas yang memainkan peranaan nasionalis selepas post-perang dan Ahmad Nur b Abdul Shukur.
Ketika itu Abdullah Sani masih menuntut dan berusia 16 tahun sudah memiliki saham bernilai $25-00 ringgit dalam akhbar Warta Perak dan juga bertindak sebagai penulis,penjual di hujung minggu.Akhbar ini hanya bertahan selama 2 bulan . Abdullah Sani memperolehi pengalaman yang besar untuk beliua gunakan dalam dunia persuratan khabar .
Dengan penutupan Warta Perak, beliau beralih semula kepada Saudara dan berjaya mmperolehi satu kolum tetap bertajuk " Serba-Serbi" dengan nama pena Ramu.
Pengelibatan dalam jurnalis telah mengurangkan tumpuan terhadap pelajaranya dan seterusnya beliau menduduki peperiksaan Junior Cambridge School Certificate dan lulus untuk memasuki darjah Senior Cambridge tetapi dengan sedikit kekecewaan beliau gagal dengan peperiksaan tersebut-(1933-1938).
44444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444