Friday, May 16, 2008

Kuasa Ketua Negara/Negeri


Saya dapati ramai orang-orang Melayu itu sendiri tidak memahami kandungan Perlembagaan Malaysia, saya juga tidak begitu arif tetapi atas rasa ingin mengetahui dan ada juga tanggungjawabnya kepada diri sendiri seperti "dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung ", saya ambil inisiatif sendiri untuk mengenali perlembagaan dunia iaitu Amerika, India, Great Britian, Russia, Singapura dan membuat perbandingan antara kesemuanya . Tiada satu pun yang boleh dikatakan "perlembagaan aku lebih baik daripada perlembagaan kamu ". kalau ada sesiapa mengatakan begitu ia adalah- bull shit........


Dalam mana perlembagaan mesti ada ketua negara atau head of state; ada yang berbentuk presiden, perdana menteri ,ada raja berperlembagaan bercapur tetapi pada dasarnya mesti ada seorang kepala atau ketua . Sistem ini bukan baru bahkan sudah ujud beribu-ribu tahun lamanya- seperti Pope mengetuai semua penganut Kristian, para sami menjadi kepala agama Hindu,Buddha, dan dalam agama Sikh mesti ada semacam tokoh Guru Nanak dan Islam mesti ada Imam dan Khalifah atau Tok Guru .....


Akibat penjajahan oleh kuasa Eropah bermula kurun ke 15 keatas negara Asia bermula daripada Afrika, India, Arab, Asia dan Cina , keseluruhan struktur ketua negara iaitu Raja dan Sultan telah dikalahkan oleh kuasa penjajah ini . Kuasa penajah Inggerislah yang paling memusnahkna sekali seperti diAfrika hilang segala sistem Ketua Raja Puak-Puak (Tribal King) , dibenua Arab semuanya ranap dengan terakhirnya Kerajaan Othmaniah (Turki) kecuali Jordan, Arab Saudi Malaysia,Brunei sahaja yang kekal menyimpan atau memberikan tempat kepada Rajanya berserta dalam pemerintahan negara. Dikalangan negara Asia, India yang paling hebat sekali berpolitiknya dan pertama merdeka tetapi semua Maharajahnya kini tinggal dalam kenangan sahaja.


Tidak ada seorangpun rakyat India pada hari ini yang mampu menandingi kehebatan Maharaja India baik dalam cara serta gaya kehidupan dan juga tinggalan Istana-istana mereka yang hebat-hebat belaka....


Raja-raja Melayu juga adalah warisan daripada pertembungan budaya Raja-raja India, Arab dan juga Cina , maka apabila British mahu mengakhiri kuasa kolonial mereka diAsia , mereka melihat sistem kesultanan Melayu amatlah unik yang mengandungi tradisi lama semua Raja-raja yang ada diAsia daripada benua Arab , India dan juga Cina dan mereka berpendapat ia adalah satu heritage (warisan) dunia yang perlu dipelihara dengan sebaik-baiknya yang melambangkan sifat sejagat. British melihat bahawa , orang-orang Melayu mahu lagi mengekalkan tradisi Raja-raja mereka dan menentang gagasan Malayan Union cadangan British yang mahu mengecilkan kuasa Raja Melayu seperti yang dilakukan di India, walhal di India apabila kuasa-kuasa Maharaja ini dihapuskan, rakyat India menyokong tindakan Inggeris kerana rata-dan ramai rakyat India hidup miskin dan melarat dan mahukan kesenangan hidup kerana Maharaja India hidup penuh kemewahana .


Akhirnya , apabila berakhirnya kuasa kolonial British, dunia menyaksikan England masih lagi mengekalkan Raja- mereka, dan beberapa negara Eropah betaraf ceremonial , nun jauh di Timur iaitu di Jordan bekas jajahan Inggeris masih lagi mengekalkan warisan Rajanya hingga kehari ini , diMorocco juga masih ada Rajanya , di Thailand masih juga masih ada Rajanya , di Brunei masih ada lagi Rajanya , di Jepun masih lagi ada Rajanya , di Tonga masih lagi ada Rajanya dan di Malaysia kita masih lagi ada Rajanya ....


Thursday, May 8, 2008

Dua Bulan Telah Berlalu......


Pada hari ini genaplah 2 bulan PRU ke-12 diadakan -8-3-2008 ; yang paling kecewa dan mendesak sekali ialah UMNO kerana ia telah tidak dapat berkuasa di Dewan Undangan Negeri iaitu di Kelantan, Kedah,Pulau Pinang melalui Gerakan , Perak dan Selangor . Daripada bekas President hingga keahli biasa mengemukakan persoalan yang sama- mengapa dan apa yang telah terjadi , dan tidak mungkin UMNO dan rakan-rakannya MCA,MIC,Gerakan dan PPP tidak relevent lagi walhal sudah 50 tahun main politik ?
Ada pendapat bahawa UMNO perlukan hala tujuan yang baru dan memerlukan kajian semula dan ada beberapa kumpulan NGO Melayu pula telah mengadakan perjumpaan disebuah negeri untuk membincangkan masalah Melayu - kuasa Melayu kian terhakis kata mereka !
Sebenarnya orang Melayu tidak tahu bahawa kuasa Melayu sudah difranciskan dalam Perjanjian Persekutuan melalui Malayan Union kemudiannya diikuti dengan Perjanjian Persekutuan (Federation of Malaya Agreeement) yang ditandatangani di Kuala Lumpur pada 21hb Ogos 1948 yang dikuatkuasakan pada 1hb tahun berikutnya. Pada 5hb Ogos 1957 Perjanjian Persekutuan 1957 telah ditandatangani melalui satu Bill yang bernama Ordinan Perlembagaan Persekutuan pada 15hb April 1957,maka Perlembagaan Malaysia pada hari ini merangkumi perlembagaan 1957, Perjanjian Malaysia tahun 1963 dan kita menyambut dua kemerdekaan iaitu 31hb Ogos dan 16hb September pada setiap tahun .


Kesimpulannya , Perlembagaan Malaysia terdiri daripada 7 artikel pokok iaitu;




  1. Ketua Negara/Negeri (Head of State)


  2. Parliment (Dewan Rakyat)


  3. Warganegara (Citizenship)


  4. Kehakiman (Judiciary)


  5. Hak Melayu (Malay Right)


  6. Bahasa (Language)


  7. Agama (Religion)

Dengan keputusan PRU yang lepas kerajaan yang diketuai oleh UMNO hanya mampu memenangi 79 kerusi dan dicampur dengan pakatannya daripada MCA,gerakan dan daripada Sabah dan Serawak berjumlah 142 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan; menjadikan "kuasa Melayu umpama telur dihujung tanduk " ; orang Melayu mahu menilai semula sekiranya trend begini akan berterusan hingga ke PRU yang akan datang , mungkin Melayu hilang dibumi sendiri. Ya , pada pandangan saya tiada sebab mereka bimbang,tetapi kemimbangan mereka tidak disertai oleh UMNO , itu saya pasti.......


Bagaimanakah caranya orang Melayu akan hilang kuasa?


Pertama: Oleh kerana menjadi pengundi bukan wajib kepada warganegara Malaysia, orang Melayulah yang paling kurang menjadi pemilih berdaftar setakat ini. Orang Melayu tidak tahu dan peduli akan hak wajib tetapi tidak diwajibkan selagi Malaysia mengamalkan demokrasi iaitu kerajaan dipilih melalui pilihanraya!


Kedua: Kalau berlaku Peperangan Dunia Ke Tiga , Malaysia tersepit diantara empat blok kuasa yang "potent" iaitu Cina, India, Indonesia dan Jepun , orang Melayu harus memahami pakatan ASEAN tidaklah boleh dipercayaai dan rapuh dan sekiranya berlaku peperangan besar Malaysia pasti akan diperangani dan dijajahi dan sekiranya ini berlaku, apabila tamatnya peperangan , pasti akan ada perubahan besar keatas sistem politik Malaysia, siapa sangka Iraq dan Afghanistan tidak boleh diubah sistem politiknya ?


Ketiga : Dari dalaman (internal) , inilah yang sedang terjadi sekarang ia terhasil daripada gabungan dan gerakan yangt elah terkumpul lebih daripada 50 tahun dalam sistem sisial,politik,budaya,bahasa dan ekonomi Malaysia iaitu Sosialis, Komunis, puak Kiri dan Kanan,anti-establishment,anti-agama,anti-hak istimewa, hak-asasi dan kebebasan dan pelbagai lagi hak telah meletus seperti letupan gunung berapi yang memuntahkan lahar dan lanarnya kesemarata tempat .


Keempat:Dari dalaman juga yang sudah terbentuk iaitu kerajaan yang berkuasa iaitu Barisan Nasional sedang berhadapan dengan satu pasukan yang berbentuk baru iaitu Pakatan Rakyat yang sama seperti BN terdiri daripada pelbagai parti juga untuk menjadi sebagai kuasa baru yang mesti diakui pada masa akan datang akan peranaannya dalam politik Malaysia. Pada saya ancaman ini amat hampir dan pasti ,dan dari sinilah mulai lahir kebimbangan orang Melayu tajaan UMNO bahawa kuasa Melayu akan hilang..........


Sebenarnya peluang untuk mengukuh dan memperbetulkan kuasa Melayu sepatutnya diambil peluang dengan sepenuhnya dalam tahun 1969 melalui Majlis Gerakan Negara (Mageran) dan peluang sebegitu tidak akan berulang lagi kerana rakyat telah belajar daripada kesilapan mereka yang lalu.....tetapi UMNO tidak belajar daripada kesilapan ini...maka kuasa atapun apa juga kebimbangan orang Melayu pasti akan terus berlalu begitu sahaja dan akan timbul satu hari nanti akan ada keberanian baru untuk melibatkan Artikel 159 Perlembagaan Malaysia yang menjadi kunci kepada Artikel 38, 70,71 (1) atau 153 . Artikel 159 inilah yang menjadi duri dalam daging politik Malaysia dan alam Melayu.....