Monday, April 28, 2008

Biarkan UMNO ini Di kuasi oleh Pewarisnya- Post 2

Bagi ahli-ahli UMNO di Kelantan, Kedah,Perak dan Selangor perlulah bertanyakan diri sendiri ; perlukah aku ini menawarkan diri semula untuk memimpin Cawangan dan juga Bahagian ?
Saya rasa , Ketua-ketua Cawangan, Pemuda,Wanita dan Puteri dan begitu juga disemua peringkat Bahagian perlu melakukan retifikasi iaitu dengan melepaskan jawatan dan tanggung jawab masing-masing kerana kita diperingkat akar umbi inilah "jentera utama"parti untuk menang atau kalah dalam Pilihanraya ! Pemimpin diatas mana tau apakah kita ini gagah atau bersedia , mereka suka-suka hati sahaja membuat keputusan tanpa mendapat keseluruhan lapuran prestasi parti akar umbi ; mengapa pula baru-baru ini sanggup pula turun padang untuk mendapatkan "feed back"setelah nasi menjadi bubur ?
Bagi pemimpin tertinggi parti mereka tidak boleh lari lagi daripada bertanggungjawab kerana mereka memegang tongkat sakti yang sudah ditakdirkan jatuh ketangan mereka sebagai pewaris UMNO. Kita terimalah sahaja hakikat ini dan tidak melawan arus -umpama melukut ditepi gantang , umpama timun dengan durian !
Dibawah ini adalah senarai nama pewaris tongkat sakti UMNO antaranya;
    1. Abdullah Ahmad Badawi ( bapanya bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan (Ketuanya ialah Captain Hussein Onn selaku Ketua Pemuda) yang menaikkan bendera UMNO di Butterworth)-apa susah-susah kekalkan beliau sebagai mengenang jasa arwah bapanya dan arwah datuknya yang memberikan tarikh kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
    2. Najib Tun Razak (bapanya Presiden UMNO/Perdana menteri Malaysia, (pengasas UMNO melalui Wataniah dan datuknya disebelah ibu orang kuat UMNO )Jangan kacau beliau kerana mengenangkan jasa arwah datuk dan bapanya .
    3. Syed Hamid Jaafar Hussein (bapanya bekas Setiausaha Agung UMNO dan juga bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia) bagi dia slot Naib Presiden kerana sudah lama mencuba tetapi gagal ....saya rasa ok..oak la tu..
    4. Hishamuddin Tun Hussein (bapanya bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia; bekas Perdana Menteri Malaysia dan sepupunya Najib Tun Razak Timbalan Perdana Menteri /Timbalan Presiden UMNO ..bagi dia slot Naib Presiden kerana dan minta maaf pasal keris ...ok..saya rasa ok la...
    5. Mukhris Tun Mahathir (bapanya bekas Perdana Menteri Malaysia/Presiden dan lain-lain lagi...).Bagi dia slot naib Presiden UMNO ...saya rasa ok ..benar-benar ok dan sesuai la...
    6. Khairy Jamaluddin -rising star of Malaysia (bapanya bekas diplomat, naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. ahli parlimen Rembau (first timer) dan bapa mertuanya Pak lah tak perlu diperkenalkan lagi. Saya rasa beliau sesuai menjadi Ketua Pemuda-ada visi dan misi.

Itulah nama-nama pewaris tongkat sakti ini terkini......jangan cuba-cuba kacau dan rosakkan mereka dalam UMNO ,nanti tongkat sakti itu kalau terlepas ketangan orang lain , padah jadinya....

Biarkan UMNO Ini Di Kuasi oleh Pewarisnya

Konfirm UMNO akan mengadakan pemilihan jawatan disemua peringkat-Cawangan,Bahagian dan MT . Ada desakan supaya dihapuskan dan mahukan Presiden berundur "gracefully"dan menamakan penggantinya . Situasi ini pernah terjadi apabila Tunku Abdul Rahman didesak untuk menamakan bakal penggantinya; akibat desakan ini Tunku telah menamakan Tun Razak sebagai penggantinya tetapi disatu pihak mahukan Tun Ismail sebagai orang nombor dua. Akibat daripada pengumuman Tunku, Tun Ismail merajuk dan tinggal sebagai "self exile" di London dan apabila Tun Razak took over daripada Tunku selepas 13 Mei , Tun Ismail dipanggil untuk berkhidmat dibawah Tun Razak . Apabila Tun Ismail meninggal , Tun Hussein telah dilantik sebagai pengganti Tun Ismail . Tun Hussein pula telah berdepan dengan the Young Turk iaitu Tun Mahathir dan Tun Musa Hitam yang mahukan beliau berundur; Tun Hussein melantik Tun Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri apabila Tun Razak meninggal dan ini telah menyebabkan senior UMNO kecewa dengan Tun Hussein . Maka struktur kepimpinan tertinggi UMNO ini penuh dengan intrigue dan trajedi yang amat menyayat hati seperti didalam filem-filem Melayu lama .
Apabila Tun Mahathir berkuasa beliau memberi peluang kepada Najib sebagai Kabinet Minister tidak berapa lama beliau memberi peluang kepada Syed Hamid Albar dan kemudiannya diikuti oeh Hishamuddin Hussein dan Azalina Othman .Siapakah lagi yang ada hubungkait dengan warisan UMNO yang berada dipintu kuasa UMNO sekarang ini ?
Saya masih lagi mencari punca mengapa Tun Mahathir memilih Pak Lah sebagai penggantinya kerana kita tahu tiada sejarah hubungan Tun Mahathir dengan Pak Lah ataupun keluarga Pak Lah dalam kamus politik Tun Mahathir ; tiada bentuk hutang budi antara mereka berdua selepas peristiwa 1988.

Rakyat ada mata dan telinga.....


Ada 13 hari lagi , maka genaplah 3 bulan kita melalui PRU 2008 . Masih lagi kedengaran dan terdapat berita mengenai apakah yang sepatutnya BN lakukan untuk menilai semula prestasi mereka yang hanya mampu bertahan sahaja dalam pilihanraya kali ini .
Pada PRU yang lepas ,rakyat menilai hanya dengan menggunakan dua pancaindera sahaja iaitu mata dan telinga . Mata rakyat saban hari melihat kerja buat pembangunan dibuat bukan sahaja diperingkat kampung, bandar, bandaraya,ibu negara bahkan diseluruh negara. Mata rakyat juga dapat melihat dengan jelas-tidak dapat dinafikan sememangnya pembangunan infrastruktur memang hebat dan kadang-kadang tidak patut pula dibina sekolah bernilai RM 9 juta tetapi hanya ada 12 orang murida sahaja !


Mata rakyat dapat juga melihat bagaimana kontraktor-kontraktor yang membuat kerja-kerja Pembangunan Luar Bandar (PLB) bukan sahaja mereka membina bangunan, jalan dan lain-lain tetapi mereka juga memiliki rumah besar dan berkereta besar . Kebanyakan projek ini rakyat rasa tidak berpuashati kerana tidak berkualiti.


Mata rakyat melihat wakil-wakil rakyat dan ahli-ahli parti menunjuk-nunjuk kemewahan diri apabila berada dikalangan rakyat yang miskin. Bagaimana orang yang takut pacat dan berlumpur menyuruh rakyat supaya lebih berani berusaha dan jangan malas !.......



Telinga Rakyat pula mendengar pelbagai certa yang berlaku di Kuala Lumpur...so and so..so..la.. tentang penyelewangan, kroni , nepotisme , dan bermacam lagi yang sampai dan menjadikan rakyat keloh kesah .



Telinga Rakyat terasa amat pedih dan berdengung kerana berita-berita yang disampaikan baik secara telepon, SMS, Blog dan CD dan pelbagai lagi caranya baik melalui saudara yang berada di KUL atau di luar negara....


Maka mata dan telinga rakyat haruslah dijaga dan dipelihara; kecuali orang pekak dan buta mata mereka ,tetapi mereka ini bisa dipandu .......janganlah menyalahkan sesiapa bukalah mata dan pasang telinga agar masalah rakyat dapat dilihat dan didengar dengan jelas....







Thursday, April 24, 2008

Sekalong Takziah

Rustam A.Sani meninggal dunia

Bagitulah tajuk Utusan Malaysia 24-4-2008 http://www.utusan.com/ saya mengambil kesempatan disini mengucapkah takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan berdoa semoga Allah merahmati roh arwahnya.

Arwah bapanya , Abdullah Sani Raja Kechik a.k.a Ahmad Boestaman amatlah saya kenali dan kami ada beberapa kali berbincang dan bersembang-sembang disekitar tahun 1974 dan beliau ada menghadiahkan saya dokumen yang amat berharga buat diri saya.
Rustam semoga Allah merahmati rohnya pula tidaklah saya kenali tetapi tahu beliau melalui dunai yang beliau ceberui .Walau bagaimanapun kedua-dua mereka telah meninggalkan legasi dalam sejarah Malaysia dan kita sentiasa kita kenang sampai bila-bila.

Sepuloh Hari Yang Membosankan.....


Posting terakhir ialah pada 14-4-2008 dan dalam tempoh 10 hari kebelakangan ini usaha Pak Lah untuk "patch"dengan kemelut dalaman UMNO tiada lagi menampakkan jalannya . Patching hanya berlaku dengan pihak Judiciari sahaja .

Rata-rata masih lagi kedengaran dan masih lagi diperkatakan tentang Pak Lah sudah sampai masanya melepaskan tugas-tugas beliau . Semasa Tunku melepaskan jawatannya , almarhum tidak pernah kata tunggu dahulu sehingga semuanya ok baru nak lepas.Tunku terus bagi pada arwah Tun Razak . Semasa Tunku, kumpulan pendesak yang terkenal ialah "Young Turk" -diambil istilah daripada Turki terdiri daripada Mahathir dan Musa hingga terbentuk kerajaan 2M- Mahathir/Musa sehingga dihancurkan oleh Anwar Ibrahim .


"Sekarang Pak Lah bukan sahaja berhadapan dengan Young Turk tetapi dengan bekas Young Turk, Junior Turk ,Old Turk dan banyak Turk lagi sekirannya tidak mengambil sesuatu yang drastik." kata sahabat saya.



Keikhlasan yang pertama ialah membuka pertandingan disemua peringkat dengan meminda Perlembagaan UMNO melalui Persidangan Khas (EGM) bukan perlu 10 hari ,hanya satu hari sahaja iaitu menghapuskan sistem kuota .Itu sahaja masalahnya .


Terangkan kepada semua orang siapa pencipta kuota. Idea siapa sebenarnya semasa Perlembagaan UMNO (Baru) digubal . Kepentingan siapa sebabnya kuota ini digubal? Kalau Pak Lah yang cadangkan kerana pengalaman semasa Majlis Gerakan Negara, katakanlah kepada semua orang, dan sekiranya ini menjadi penyakit, maka perlulah ia diubati segera !
Jangan fikirkan untuk kesenangan waktu ini sahaja, fikirkanlah untuk tahun-tahun mendatang seperti pilihanraya yang akan datang ini -2010 atau 2011 mungkin akan ramai lagi orang Melayu yang diluar UMNO atau dalam UMNO akan lari..................









Tuesday, April 15, 2008

PAK LAH TIDAK MEMAHAMI PENGARUH "SILENT MINISTER" DALAM PILIHAN RAYA KE-12 2008 !!!


Pak Lah mungkin arif ataupun tak , saya tidaklah begitu pasti tetapi beliau telah mengambil satu risko besar untuk membubarkan parlimen dan memanggil pilihan raya umum pada 8-3-2008.


Memang semasa mengemudikan pilihan raya 2004, Pak Lah mendapat keputusan "flying colours". Beliau agak lupa bahawa kemenangan tersebut masih lagi dari hasil sumbangan "legasi Tun.Dr Mahathir Mohamad"-umpama kita memakai minyak wangi, walaupun kita sudah berlalu beberapa kaki tetapi "baunya"masih lagi tinggal dibelakang. Jangan lupa keharuman minyak wangi Tun Dr.Mahathir masih lagi harum semerbak-iaitu rakyat masih lagi terhidup keharuman baunya ! Kita patut berterima kasih kepada Tun kerana meninggalkan keharuman bau minyak wangi yang beliau pakai-jenamanya tanyalah kepada Tun sendiri .


Tarikh yang dipilih Pak Lah untuk pembubaran parlimen iaitu pada 13-2-2008 apabila dicampurkan kesemuanya akan berjumlah =1+3+2+2+0+0+8= 16=1+6=7


Angka 7 ini bermakna ada unsur-unsur keagamaan seperti Imam, Priest dan juga Trinity ataupun dikenali sebagai "silent minister"- menteri senyap !


Tun Dr.Mahathir telah menyeyapkan banyak individu bermula daripada 27 Oktober hingga 14 November 1987 dimana serama 106 orang telah ditahan bawah seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Penyenyapan mereka turut melibatkan Akta Asutan 1948,Akta Pertubuhan 1966,Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Tindakan penyeyapan Tun ini membolehkan UMNO bergerak tanpa menghadapi sebarang tekanan politik baik daripada dalaman dan juga luaran. Selama 21 tahun (1987-berakhir pada 8-3-2008) ramai pemimpin UMNO dan juga gabungannya telah lalai dan sombong terutama keatas ahli-ahli parti umpama "bersultan dimata beraja dihati". Akibatnya ramai ahli-ahli UMNO telah disenyapkan secara bersistematik atau purging -seperti yang dilakukan oleh Komunis terhadap Politubro yang menentang mereka ! Kini UMNO lebih selesa mengambilalih teknik Komunis tersebut untuk digunakan keatas ahlinya yang diistilah "menentang" . Purging ini mungkin dilakukan diatas ataupun di bawah tetapi yang terhebat sekali ialah diperingkat Cawangan dan Bahagian .


Pergilah kemana-mana mesyuarat Cawangan terutamanya di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan - kehadiran ahlinya kadang-kadang tidak cukup korum, ada kalanya dipenuhi oleh ahli wanita sahaja....


Jikalau ada pemilihan jawatan diperingkat Bahagian , baluci,balucak akan mengedar "Final List" untuk pencalonan Jawatankuasa Bahagian dan juga G7 yang datangnya daripada "mandate Ketua Bahagian" . Semenjak tahun 2004 , tiada berlaku pertandingan sengit jawatan Ketua Bahagian dan ditundakan pada tahun lepas kerana parti mahu mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa sahaja . Akibat arahan ini, banyak Ketua Bahagian berasa selesa dan selamat dan sudah pastilah nama mereka akan dipilih sekali untuk menjadi calun pada pilihan raya ke 12 ini .Bagi aspiran , penangguhan pemilihan parti pada kali ini menyebabkan mereka akan hilang peluang untuk menjadi calun dan terpaksa menunggu "next round", ini melanda banyak Bahagian-Bahagian contohnya di Perak, ada Ketua Bahagiannya yang sudah menjadi Ketua Bahagian begitu lama dan menjadi ADUN melebih 4 penggal !!!


Maka tarikh pembubaran Parlimen yang berangka 7 itu yang bermakna "menteri senyap", maka ramailah ahli UMNO menjadi "menteri senyap" di Kedah,Kelantan,Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Menteri Senyap Satu ini akan melakukan yang terbaik untuk diri mereka; pertama tidak keluar mengundi bukan dia seorang sahaja tetapi seluruh keluarga, kenalan, saudara mara baik diParlimen atau DUN yang dia mengundi tetapi mengikut certita adik saya ada yang menlangkau jauh hingga menyeberangi semapadan Parlimen negeri ke negeri yang lain. Caranya ialah melalui SMS, mobile phone,internet dan terakhir ialah blog yang UMNO memperkecilkan potensinya !!!


Menteri Senyap Dua memilih untuk keluar mengundi tetepi tidak lagi mengundi "parti yang memberikan masa depannya " sebaliknya mengundi parti berlawanan walaupun idealoginya berlawanan dengan perjuangannya. Kaedah yang digunakan oleh menteri Senyap Dua ini sama seperti yang dilakukan oleh Menteri Senyap Satu .


Menteri Senyap Tiga memilih untuk menggunakan teknik "pakej either "or" , mengundi calun Parlimen atau mengundi calun Dewan Undangan Negeri . Menteri Senyap Tiga ini biasa penjawatnya daripada orang Melayu.


Menteri Senyap Empat ini tugasnya pasti melaksanakan tugasnya - "a decision has been made"atau keputusan telah diputuskan . Menteri Senyap Empat ini berpusat dibandar-bandar kecil ataupun besar ,mereka biasanya akan melakukan "vote swings"disaat-saat akhir .


Jangan dipersalahkan sesiapa , tetapi tarikh yang dipilih untuk membubarkan parlimen itu -adalah tarikh yang silap dipilih oleh Pak Lah.....itu berani saya katakan.....kerana saya mengenali Pak lah sudah lama tetapi mana dia ingat kawan lamanya...............Dia lupa betapa susahnya kami menaikkan beliau dalam politik sebelum UMNO menjadi illegal ....Dulu kita rajin juga beritahu dia macam mana nak bawak kapal belayar ditengah laut..satu ketika beliau adalah "future leader" yang kami lindungi seperti dilakukan oleh kesatria (Knights of the King Arthur the Round Table-Camelot.....).



2. Pak Lah Memerlukan "Burung Kakak Tua "





Barisan Kabinet yang dibentuk oleh Pak Lah yang sekelas dengan politik saya ialah ;



  1. Najib Tun Haji Abduk Razak- Timbalan President/Menteri Pertahanan


  2. Mohd Nazri Abdul Aziz- Menteri JPM


  3. Ahmad Zaid Hamidi- Menteri JPM


  4. Syed Hamid Albar- Menteri Dalam Negeri


  5. Muhyiddin Mohd Yassin-Perdagangan Antarabangsa dan Industri


  6. Dr.Rais Yatim-Menteri Luar


  7. Shaharir Abdul Samad-Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna


  8. Khaled Nordin-Menteri Pengajian Tinggi


  9. Mohammad Mohd Taib-Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Mana-mana Menteri atau Timbalan Menteri dariapada UMNO langsung saya tidak kenal mereka dan dari mana asalnya mereka ini kecuali beberapa nama yang familiar . Daripada 9 nama diatas campur satu iaitu Pak Lah (top 10) sudah pastilah salah seorang daripadanya akan menggantikan Pak Lah dan seorang lagi akan menggantikan Najib bila beliau ditolak naik keatas.


Untuk naik keatas ada tiga cara "natural selection" iaitu cara ketam, keduanya cara ulat tahi dan ketiganya cara lagu neyit-neyit semut !


Cara Ketam ialah :- Ketam ini kalau kita bubuh beberapa ekor didalam bakul , yang besar sekali akan ditolak naik keatas, katakanlah penyepit ketam itu kalau direntang panjangnya kiri kekana ialah 14 inchi , maka ketam tersebut akan meletakan badanya dipisisi tengah bagi membolehkan hujong penyepit kiri atau kanan berada dikedudukan 14 inchi daripada dasar dan memanjang keatas. Ketam yang sedang akan memanjat badan ketam ini dan akan membuat sambungan daripada hujong penyepit ketam besar tadi . Makna kini ada dua ketam menjadi tangga atau jambatan untuk dijadikan landasan bagi ketam seterusnya akan berbuat demukain sehinggalah mereka berada digigi luar bakul dan tindakan ini akan dilakukan berulangan sehingga semualah ketam yang terakhir didalam bakul tersebut keluar dengan selamatnya .



Cara Ulat Tahi:- Ulat tahi ini mungkin beratus ribu atau berbillion akan melepaskan diri mereka daripada tong ialah dengan membuat bukit ataupun batang pinang ditepi tong dan mereka akan bergerak perlahan-lahan bergumpulan sehinga sampai dibibir tong dan memboloskan diri.



Cara neyit-neyit semut:- Cara ini adalah dimainkan semasa kita-kita kanak-kanak lagi iaitu "nyet-nyet semut siapa sakit naik atas" dan begitulah seterusnya permainan ini dan denda yang dikenakan sekiranya semasa main itu kita lambat meniakkan tapak tangan keatas sebaik sahaja lagu itu berakhir.


Diluar sana yang masih sekelas dengan saya ialah Mohd Ali Rustam Ketua Menteri Melaka. laluan beliau untuk naik keatas bergantung kepada pilihanraya ke-13 , sekiranya diberi option untuk bertanding ke kerusi parlimen , ada signal yang beliau dijemput ke dalam senarai top 10 .


Didalam perlumbaan ini , Nazri dan Rais Yatim sudah "declare" awal yang mereka tidak akan menyertai "rat race" jawatan MT ataupun Naib Presiden kerana mereka sudah mendapat petunjuk ataupun cue agak saya la..! Rais Yatim yang pernah "membakar jambatan " satu ketika dahulu mendapat "stunning come back"melalui Tun.Dr Mahathir Mohamad , rakan-rakannya yang lain sudah tiada lagi seperti Tengku Azlan, Zainal Abidin Zin (abah) dan terbaru diikuti oleh Radzi Sheikh Ahmad .


Rakan-rakan Nazri yang masih ada lagi ialah Mahyuddin , Najib dan Syed Hamid yang lain-lainnya sudah tiada kedengaran lagi kecuali Tajuddin Rahman Kampung Gajah . Bagi Syed Hamid juga senasib dengan Nazri , rakan-rakannya pun tiada kedengaran lagi.


Kini tinggal Najib , orang kuatnya Dr.Jamaluddin Jarjis (projek angkasawan) telah diklasifikasikan sebagai "unwanted son" dan Najib , setakat ini tidak memiliki "burung kakak tua" lagi sebagai peliharaan politiknya .Najib kena baca buku klasik Melayu "Bayan Budiman" untuk mendapatkan ilham politiknya sekarang ini .


Di luar sana kini menanti Tun Dr.Mahathir Mohamad yang pasti akan dipilih menjadi G7 Kubang Pasu; kehadiran beliau pasti akan membuat "about turn", perwakilan pasti akan mendapatkan pandangan beliau kalau perwakilan hilang pendoman untuk memilih antara ********* atau####### . Pasti kuota kali ini akan terbalik kot .......


Tun Dr.Mahathir pasti akan menggunakan dialog Mark Anthony: " Romans and countrymen, please lent me your's ears, I came here not bury Caesar but to praise him....."


Selepas Pak Lah dipilih oleh Tun sebagai penggantinya , ramai yang keluar daripada semak samun mengaku akulah orang Pak Lah (burung kakak tua ) sehinggalah pilihanraya yang lepas tetapi apa sudah jadi sekarang ini tiada lagi sesiapa berani mengaku aku orang kuat Pak Lah .....apa mereka sudah menjadi burung nuri terbang tinggi ,terbang tinggi disebalik awan. Saya kenal ada diantara mereka ini , satu patah perkataanpun tiada terkeluar dari mulut mereka.....apa sudah jadi wahai dengan burung-burung kakak tua Pak Lah .....keluarlah dari sarang mu....





Thursday, April 10, 2008

Calon dibenar kempen

UMNO tarik larangan agar ahli dapat pilih pemimpin terbaik.
Tajuk muka depan Utusan Malaysia bertarikh Khamis,10-4-2008 telah membuka sedikit simpulan kuasa yang dikuat kuasakan mulai dari tahun 2000 kerana insiden "politik wang" masih lagi jadi igguan ngeri UMNO dalam tahun 1988 .
Pemimpin UMNO -MKT telah belajar daripada kesilapan tahun 1987 yang dikatakan " money politics" iaitu membeli wakil , mengyogok wakil baik melalui calon itu sendiri atapun " kempen manager" untuk memilih calon-calon tertentu untuk jawatan tertentu . Saya masih lagi menyimpan "Memorabilia" tahun 1984 dan tahun 1987.
Benarkah politik wang yang merosakkan UMNO ?
Sehingga kini belum pernah dibincangkan atapun dibuat kajian menyeluroh tetapi ada ahli yang telah dikenakan tindakan Etika Parti keatas pemimpin kerdik, menengah, atas dan tertinggi sekali . Ada yang masih lagi digantung keahliannya ,minimun 3 tahun tidak boleh bertanding, memegang sebarang jawatan walaupun pemeriksa kira-kira. Begitulah tegas dan berusahanya UMNO mencari dan menjadikan "black sheeps" dalam UMNO .
Kesan buruk daripada pemilihan tahun 1987 dan kini ditambahkan degan G-7 ialah kalau tiada wang pasti anda tidak akan terpilih menjadi baik sebagai pemeriksa kira-kira cawangan, wakil cawangan ke Bahagian, wakil bahagian ke Perhimpunan Agung Kuala Lumpur.
Saya masih lagi mengingati kata-kata Tun Musa Hitam bahawa UMNO ini tidak akan ada masa depannya bagi anak nelayan, petani, buruh kasar dan yang miskin kerana beliau sudah melihat UMNO kini sudah bercorak kepada " Plutokrasi " .
Siapakah yang mencetus idea "berkempen" untuk memperkenalkan diri untuk mendapatkan pencalonan dan bertanding dijawatan tertinggi parti yang bermula daripada Pemuda UMNO Malaysia kemudianya diikuti oleh Timbalan, Presiden, Naib Presiden dan MT ?
Kempen ini dimulakan oleh arwah Tan Sri Dato Megat Junid ketika itu beliau menjadi , Setiausaha Politik Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tamrin Ghaffar juga Exco Pemuda, Nazri Abdul Aziz (Exco lantikan termuda), Setiausaha Tun Musa Hitam (namanya saya tak íngat) dan beberapa orang lainnya termasuk Tajuddin Abdul Rahman , arwah Mazlan Harun, Khalid Yunus telah mengadakan satu perjumpaan dengan kami semua Ahli Jawatankuasa Bahagian Pemuda UMNO Perak .
Perjumpaan telah diadakan di Hotel Station Ipoh . Tamri Ghaffar telah menerangkan bahawa mereka telah mengadakan perjumpaan sebegini di Kuala Lumpur dan lain-lain Bahagian di Selatan dan kini dalam siri ke Utara .
Ketua Pemuda UMNO ialah Suhaimi Haji Kamaruddin juga merangkap Pengerusi Pergerakan Belia 4B Malaysia .
Sebelum UMNO dibatalkan pendaftaranya dalam tahun 1988, Pergerakan Belia 4B adalah pertubuhan belia yang terkuat sekali di Malaysia . Ia berumbi berakar dikampung-kampung dan tiada belia dan beliawanis yang tidak menjadi ahlinya . Melalui 4B lah , pemuda pemudi mendapat latihan dan pendedahan berpersatuan dan dari sinilah mereka menjadi ahli Pemuda/ Wanita UMNO Cawangan dan seterusnya ke Bahagian, ke Negeri dan juga Pusat . Belia 4B telah melahirkan ramai pemimpin UMNO , menguasi Kabinet, Exco Negeri dan lain-lain jawatan penting kerajaan dan sukarela . Maka kekuatan UMNO adalah terbina daripada kekuatan Belia 4B (Berkerja, Bergerak , Berusaha dan Berjaya) . Belia 4B itu UMNO, UMNO itu Belia 4B . Menjadi Pegawai Belia 4B sama tarafnya dengan Jawatankuasa Bahagian .
Belia 4B begitu sinonim dengan UMNO ,maka sebab itulah UMNO kuat dan dapat menyelesaikan banyak masalah dalaman parti . ia juga dikira sebagai "pertahanan"barisan hadapan UMNO dan sesiapa yang menguasi Belia 4B dan juga menjadi Ketua pergerakan Pemuda UMNO , beliau umpama memiliki "serampan dua mata"- inilah yang ditakuti oleh mereka kepada Suhaimi Kamaruddin .
Diluar UMNO , MAYC yang di Ketuai oleh Sanusi Junid gagal menapak didalam UMNO untuk menjadikan MAYC "batu tagan" beliau untuk meningkat naik dalam UMNO . Keahliannya ialah separa bandar dan kurang mendapat tempat dikampung-kampung . Keahliannya ialah guru-guru sekolah, kakitangan kerajaan dan yang dikira dari golongan menengah .
Diluar UMNO yang dikira lantang dan vokal ialah satu bentuk baru pertubuhan belia yang terdiri daripada college drops-out, dan pelbagai latar belakang moden dan religious menakakan diri mereka Angkatan Belia Islam Malaysia- ABIM yang diketuai oleh Anwar Ibrahim yang dikatakan ada hubungan baik dengan Sanusi Junid yang pernah juga terlibat sama semasa penubuhan awal ABIM .Kelantangan Anwar Ibrahim menghentam "regime Tun Razak" menarik banyak pihak termasuk dalam dan luar negara . Anwar Ibrahim pernah ditawarkan oleh Tun Abdul Razak menjadi Duta Belia Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu -UNYC . Beliau menolak pelawaan Tun dan memilih untuk berada di Malaysia dengan menubuhkan YAYASAN ANDA untuk membantu pelajar-pelajar yang "drops-out" .
Rombongan yang berjumpa kami di Hotel Station ,mmberitahu bahawa beberapa Exco Pemuda UMNO mahukan perubahan dan menggantikan Ketua Pemuda Suhaimi Kamaruddin . Perak adalah "base"kuat Suhaimi Kamaruddin dimana Dr Abdullah Fadzil Che Wan menjadi Ketua Pemuda Negeri dan juga Pengerusi 4B Negeri .
Saya tidak mahu sebutkan namanya tetapi ucapan beliau adalah seperti berikut; "kita tahu Dok ( Tun Dr.Mahathit) telah menerima Anwar Ibrahim masuk UMNO dan mahukan Anwar Ibrahim menjadi orang penting UMNO. Kami faham apabila Dok berjumpa kami dan kami dapat membaca "between the lips" Dok dia mahu kita bagi tempat pada Anwar Ibrahim . Kita ingat nak bagi Anwar Ibrahim jadi Ketua Pemuda UMNO yang baru -ganti Suhaimi Kamaruddin", katanya dengan penuh yakin .
Tetamu dari Kuala Lumpur itu , seorang demi seorang telah memberikan pandangan mereka dan Tajuddin Abdul Rahman mengatakan Anwar Ibrahim kini tinggal bersama beliau dan akan menjadikan rumahnya di Jalan Beka, Damansara sebagai "markas" mereka bergerak. Tajuddin Abdul Rahman kami difahamkan adalah orang kuat Tun Musa Hitam -Timbalan Perdana Menteri kerajaan 2M , beliau memiliki perniagaan menjual kereta Mercedez Benz di Petaling Jaya .
Stop Press: Untuk info sambungan log http://malaynasionalis.blogspot,com/

Wednesday, April 9, 2008

APAKAH REMEDI UNTUK UMNO KEMBALI BERTARING ?

Saya datang daripada kawasan Parlimen yang calon BN-nya kalah, calon DUN bandar dimenangi oleh DAP dan DUN luar bandar dimenangi oleh BN.
Rata-rata dikedai kopi, mesjid, surau dan lain-lain function,orang ramai berkata zaman UMNO sudah berakhir dan mungkin tidak akan bertaring semula . Banyak kedai kopi ,selalunya tumpuan kedai "ala Thai " pada suatu ketika dulu sebelum pilihan raya penuh sesak hingga tiada tempat duduk . Sentiasa penuh dan taukeh tersenyum lebar kerana mengaut keuntungan besar. Kebelakangan ini semua kedai kopi mamak atau ala Thai lenggang,; tidak seperti dulu lagi. Orang UMNO sudah duduk dirumah . Tiada lagi kelibat orang UMNO disana-sini . Ia sudah tidak serupa dahulu lagi . Pergilah kemana sahaja, di pekan Gerik pun semacam sahaja .
Orang veteran UMNO semuanya mengeloh , "apa sudah jadi dengan tongkat sakti UMNO yang dipusaki dari satu keturunan", kata ahli veteran yang saya kenali lama . Beliau mencadangkan untuk UMNO kembali ke pangkal jalan dan menarik semula hati orang Melayu mencintai UMNO, katanya seperti berikut;
  1. "Hadkan tempoh pemegang jawatan Presiden Parti kepada 3 kali three terms) pemilihan sahaja.Tiada re-election. Lepas itu cabut biarkan orang lain pula memerintah. UMNO ini bukan sangat sudah nak ditabirkan", katanya .
  2. "Ujudkan 3 jawatan Timbalan Presiden-iaitu Timbalan 1; Timbalan 2 dan Timbalan 3 dan tempoh mereka pun 3 kali pemilihan sahaja. Tiada re-election", beliau meneruskannya.
  3. "Pilih 3 lagi jawatan Naib termasuk yang ada sekarang , jadi 9 orang naib Presiden.Tempoh mereka juga yang 6 orang ini 3 kali pemilihan sahaja. tiada re-election', terusnya.
  4. "Pilih 100 orang Ahli Majlis Tertinggi termasuk Pengerusi Perhubungan Negeri dan tempoh mereka 3 penggal sahaja,lepas itu boleh belah tiada re-election", tutupnya.

Beliau berkata diperingkat cawangan pun termasuk pemuda , wanita dan puteri juga beredar seperti berikut perkara 1 hingga 4 diatas. Di peringkat Bahagian pun turut mengikut peraturan seperti yang beliau syorkan itu .

Pada pandangan beliau , "hanya pemimpin berjiwa besar sahaja yang berani membuat perubahan kalau beliau benar-benar ikhlas tidak autokratik . Lihatlah Lee Kaun Yew dan diikuti oleh Tun Dr.Mahathir "gugur dulu"sebelum masak . Ia satu contoh yang baik dan terpuji ".

Sabotaj beramai-ramai di Perak

Begitulah berita Utusan Malaysia muka 2 bertarikh 9-4-2008.
Saya rasa MB Perak masih lagi melupai apa yang pernah beliau janjikan sebelum Pilihan raya 2004 dimana beliau berjanji akan mengekalkan semua Ketua Kampung sekiranya Barisan amnya UMNO memenangi majoriti kerusi DUN di Perak . Tetapi , apabila senarai Ketua Kampung yang diminta berkerja keras supaya memenangi BN dan UMNO telah "diketepikan oleh banyak Ketua UMNO Bahagian" . Apakah beliau perasaan ,beberapa orang Ketua Kampung di Bahagian beliau juga habis kena potong.... Kasihan nasib-nasib Ketua Kampung ini tidak pernah diperbincangkan oleh sesiapa terutama Menteri Besar sendiri .
Apakah risko yang diambil ;
  1. Memang ramai calon BN terutamanya UMNO dan Menteri Besar sendiri sudah lama menjadi wakil rakyat,
  2. Contohnya , macam kawasan yang hanya memiliki satu kerusi untuk UMNO bertanding,wakil rakyatnya pula sudah melebihi dua penggal ,tidak berkhidmat dan merosakkan UMNO tetap dipilih lagi bertanding, contohnya kawasan Lintang, mula-mula menjadi wakil rakyat (2004) keluar masuk hospital , sudah lemah dan tidak berkemapuan berkhidmat, kali ini pilihan raya 2008 dipilih lagi dan masuk hospital sebaik pilihan raya,
  3. memang ahli UMNO muak dengan slogan "pilih dan taat dengan siapa yang dipilih oleh parti"

Adalah salah sekiranya mengatakan ahli UMNO mahu "mengajar" pemimpim UMNO diatas pemilihan calon semasa piliharaya .

Saya berpendapat calon MIC seperti kawasan Hutan Melintang, Behrang dan Pengkalan Pasir kalah bukan disebabkan oleh UMNO tetapi undi UMNO sudah tidak berbisa lagi . Contohnya di Parlimen Sungai Siput , Samy Vellu tewas 1,890 undi bukan kerana undi UMNO tetapi beliau mengetahui bahawa orang India sudah tidak mengundi beliau lagi . Begitulah fakta calon MIC yang kalah , bukan kerana UMNO tetapi pengundiI India yang diharapkan oleh MIC sudah berpaling tadah !!!!!

Adalah amat dikesali , apabila seorang pemimpin parti seperti MB menyalahkan ahli UMNO apabila kalah, tetapi apakah harganya ahli UMNO kalau menang ?

Kita tahu mengapa calon BN kalah dan jangan meletakkan kelemahan keatas orang lain. Belajarlah daripada sejarah dan lihatlah diri sendiri sebelum menghakimi sesuatu perkara itu wahai MB ku.........

Tuesday, April 8, 2008

BENARKAH BARISAN NASIONAL /UMNO DI SABOTAJ

Dua tiga hari ini kita telah diberitahu bahawa punca kekalahan calon-calon BN amnya UMNO adalah kerja-kerja sabotaj dikalangan ahli UMNO itu sendiri . UMNO di Perak dan Kedah teruk di sabotaj .

Mungkin "hearsay"atapun syak wansangka sahaja.

Masakan boleh terjadi kerana UMNO telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya ke 12 ini pada bila-bila masa sahaja . Sudah pastilah segala titik bengik dalam menghadapi pilihan raya diselesaikan oleh UMNO . Rasa tidak puas hati, masalah calon, perbelanjaan, logistik ketua sepuloh,pengangkutan , pondok, wakil undi dan lainl ain lagi memungkin UMNO ini dilihat sebagai satu organisasi yang tidak boleh digempur lagi . Buat kata seorang bekas calon, "melawan BN atapun UMNO ini seperti merempuh sebuah gunong batu kapur", katanya .

UMNO boleh mengawal pemilihan partinya tetapi jangan lupa UMNO tidak boleh mengawal orang ramai ataupun pengundi .

Pengundi ini umpama kita memasuki Super Market , ada yang emnawarkan pelbagai barang dan potongan, ada yang menawarkan tawaran istemewa , pokoknya pembeli akan membeli apa yang dikehendakinya sahaja .

Dalam pengundian awam ( public's voting) ia juga melihat pelbagai aspek sebelum undi itu dibuat oleh seseorang pengundi .

Percayalah cakap saya bahawa , UMNO sudah lupa "pengundi terbiar" yang jumlahnya semakin meningkat saban tahun sehingga pilihan raya yang akan datang .

Kalau hendak dipersalahkan , siapa yang mengujudkan pengundi terbiar di dalam kawasan masing-masing ?

Kita tahu, contohnya di Perak , semua Ketua Kampung (879) itu juga menjadi Ketua Cawangan.
Apa yang telah mereka lakukan . Maka pada saya ini perlu dikaji semula dan mereka inilah yang bertanggung jawab kerana pemimpin akar-umbi parti .

Pernah semasa menghadapi pilihan raya 2004 , Menteri Besar telah memanggil semua Ketua Kampung di Perak untuk menghadiri satu taklimat di kediaman beliau. Taklimat tersebut diserta oleh Pegawai SPR . Pegawai SPR meminta Ketua Kampung yang hadir dan tidak hadir untuk menkadi ejen SPR bagi membantu membuat pendaftaran baru. Selain daripada itu Menteri Besar telah menyatakan , bahawatempoh khidmat Ketua kampong akan berakhir pada 31-12-2003 dan perkhidmatan akan dilanjutkan bagi menghadapi pilihan raya yang pasti diadakan pada bila-bila masa (pilihan raya diadakan pada 21-3-2004) . Beliau meminta semua Ketua kampung memainkan peranaan mereka untuk membantu memenagi pilihan raya kali ini .

Barisan Nasional mendapat " kemenangan luar biasa" dan setelah semua ADUN mengangkat sumpah , UMNO selepas itu mengadakan pemilihan jawatan parti . Ramai Ketua bahagian mengekalkan jawatan mereka, ada Bahagian yang mendapat Ketua bahagian baru dan ADUN Baru .

Selang tidak berapa lama dalam tahun 2005, senarai Ketua kampung baru pun dikeluarkan, apa yang sedihnya banyak Ketua kampung diketepikan tanpa sebab termasuk mereka yang ada di dalam Bahagian Menteri Besar Perak .

Maka manakah janji Menteri Besar semasa perjumpaan dengan Ketua-ketua kampung dikediaman beliau dalam tahun 2003 itu ?

Kalau nak dipersalahkan , mana-mana Ketua kampung yang juga menjawat jawatan Ketua Cawangan ini saya cadangkan mereka dulu diambil tindakan .Senang sahaja mencari "siapa dia musang berbulu ayam".

Wednesday, April 2, 2008

Gabungan Yang Di Nanti-Nantikan ..

sumber: Berita Harian 2 April 2008
Setuju jadi Pakatan Rakyat- begitulah tajuk utama BH yang melaporkan bahawa DAP,Pas dan PKR mahu mengwujudkan pakatan bersama-sama mereka untuk menikmati anugrah kuasa baru yang mereka milik di lima negeri iaitu Kelantan,Kedah,Pulau Pinang, Perak dan Selangor .
Sewajarnyalah mereka bersepakat dan membentuk pakatan pembangkang-Pakatan Rakyat kita selaku pundit politik mengalu-alukan usaha terutama Sdr Anwar Ibrahim adalah seorang berbakat dan berkaliber untuk emmimpin dan meneraju Malaysia tetapi telah difitnahkan hingga terkeluar daripada UMNO .
Saya mengenali Sdr Anwar diperingkat awal bagaimana beliau dibawa masuk kedalam UMNO setelah Tun Dr. Mahathir berjaya memujuk Sdr Anwar Ibrahim untuk aktif didalam UMNO. Tetapi siapakah yang masih ingat , siapakah yang bergerak diseluruh negara terutama dikalangan Pemuda UMNO untuk mengentengahkan Sdr Anwar Ibrahim? Ada diantaranya telah meninggal dunia. Bukan YB Dato Zaid Hamidi (kini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri), ya YB Datok Nazri Aziz mungkin ada tetapi masa itu beliau adalah Exco Pemuda termuda yang dilantik oleh Datuk Suhaimi Kamaruddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia), YB Datuk Tunku Adnan Mansor ( Setiausaha UMNO Malaysia -terkini) tidak ada tetapi seorang "carpet baggers" didalam politik UMNO dulu pernah menyiapkan poster untuk bertanding sebagai calon PAS di Lembah Pantai !! Datuk Abdul Ghani Othman -kini Menteri Besar Johor adalah "hand picked"oleh Sdr Anwar Ibrahim untuk bertanding sebagai ahli Parlimen di Johor , beliau adalah orang kilapan Sdr Anwar Ibrahim . Siapa lagi orang Anwar Ibrahim didalam UMNO . Kini ada amai lagi yang taat dan setia kepada Sdr Anwar Ibrahim .Mereka inilah yang membantu dari dalam semasa Pilihan Raya ke 12 baru-baru ini !
Apabila Sdr Anwar Ibrahim dipenjarakan, semua pengikutnya turut bersembunyi kerana takut akan perbuatan "witch-hunt" kerana orang yang berada dihadapan dan dibelakang Tun Dr.Mahathir berusaha menghapuskan elemen Sdr Anwar Ibrahim -ada yang disejukbekukan sekiranya menjawat jawatan kerajaan-ada yang diketepikan dan ada pula yang ditamatkan politik mereka semasa Pilihan Raya 1999.
Ramai juga yang sudah meninggal dunia dan terbaru adalah Dato Seri Megat Junid salah seorang yang bertanggung jawab mengaktifkan Sdr Anwar Ibrahim ke dalam UMNO . Yang terselamat dan masih lagi hidup dan aktif antaranya ialah YB Dato Tajuddin Abdul Rahman Ahli Parlimen Kampung Gajah (kini Ketua UMNO Bahagian) pernah menjadikan rumahnya di Jalan Beka Damansara sebagai markas untuk Sdr Anwar Ibrahim berkempen bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Tetapi, ada seorang insan yang sudah meninggal dunia yang pertama sekali memberi tapak kepada Sdr Anwar Ibrahim kedalam politik UMNO - beliau ialah bekas ADUN Lintang , arwah Dato Mohd Padil Haji Harun berserta dengan AJK Pemuda UMNO Bahagian Sungai Siput telah mengadakan perjumpaan /perhimpunan terbesar Pemuda UMNO se-Malaysia iaitu Khemah Kerja Pemuda UMNO Malaysia di Pulau Mentimum dalam tahun 1987 dan dari sinilah Sdr Anwar Ibrahim terkenal diseluruh dunia politik UMNO !
Wahai penyokong dan orang kuat Sdr Anwar Ibrahim keluarlah dari persembunyian anda dan sekiranya berada didalam UMNO berbuatlah sesuatu kerana Sdr Anwar Ibrahim sudah pasti telah didistinikan untuk menjadi pemimpin besar seperti " a true success must be failed first". Ya , Sdr Anwar Ibrahim sudah melaluinya dan kini beliau sudah membuktikannya.
Politik orang Melayu kini terbuka luas bahawa UMNO itu bukan lagi sebagai "patron"orang Melayu.