Saturday, March 15, 2008

APA SUDAH JADI DENGAN PILIHANRAYA 2008 KALI KE-12

Apa pasal Barisan Nasional (BN) tidak menjadi pakatan mereka pada kali ini?
Banyak jawapan dan analisa boleh dibuat tetapi daripada kacamata seorang ahli UMNO dan juga penyokong Barisan Nasional ada yang tidak kena pada kali ini yang boleh menyebabkan BN ditolak ideologi dan juga permainan politik mereka.
Kita ambil keseluruhannya bermula daripada UMNO selaku lead kepada BN dimana semua orang tahun orang Melayu kalau mahu berjaya dalam berpolitik tiada pilihan melainkan menjadi ahli UMNO. UMNO memberi peluang kepada pintu kekuasaan .Ada dua masalah berlaku pada pemilihan calon kali ini ,pertama ada calon yang sudah kutai tetapi dipilih yang sepatutnya diganti. Kedua ada calon harap tetapitidak dipandang oleh parti.

PILIHANRAYA 2008 KALI KE-12

Wow. Tidak disangka dan terkejut begitulah keputusan Pilihan Raya kali ke-12 yang diadakan pada 8hb Mac 2008.
Barisan Nasional (BN) yang angkuh dan sombong hanya mampu dapat 142 kerusi dan dikira hanya menang mudah (simple majority) dan pakatan pembangkang PKR,PAS dan DAP mendapat 80 kerusi.
Bagi peringkat Dewan Undangan Negeri , Kelantan dikuasai oleh PAS, Kedah juga dikuasai buat kali pertamanya , Pulau Pinang (Pulau Mutiara) dikuasai oleh DAP buat kali pertamanya ,Selangor oleh PKR buat kali pertama dan setakat blog ini ditaip Perak juga sudah dikuasai oleh pakatan pembangkan tetapi masalah Menteri Besar belum selesai lagi.
Yang amat menarik negeri Perlis yang dikuasai oleh BN juga masih belum menentukan Menteri Besarnya termasuk Terengganu yang juga berada didalam keadaan limbo!!!!