Thursday, November 19, 2009

Siapakah Yang Menubuhkan UMNO ?-Bahagian 3

Setelah di adakan perjumpaan-Kongres orang-orang Melayu seluruh Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia yang pertama di Sulaiman Club , satu lagi perjumpaan telah menyusul di Johor satu lagi perjumpaan untuk menjadikan pakatan tersebut sebagai satu pertubuhan yang legitimate atau sah untuk melantunkan orang Melayu kesatu tahap pergerakan bersepadu yang lebih mantap , dan perjumpaan kali ini telah memilih istana, Istana Besar Johor, Johor Baharu sebagai tempat pertemuan seterusnya.

Perjumpaan yang diadakan pada 11hb Mei 1946 telah menamatkan riwayat Kongres Melayu Pertama di Kuala Lumpur dan tercatitlah didalam tinta sejarah perjuangan Melayu selepas Perang Dunia ke-2 bahawa orang-orang Melayu mampu dan boleh bersatu buat kali pertamanya melalui perjumpaan Kongres tersebut.

Petikan ucapan Dato Onn bin Jaffar didalam perjumpaan yang pertama kali sebagai Pengerusi Kongres di Sulaiman Club Kampung Baru,Selangor ;
-" Yang Amat Mulia Tengku-Tengku , Dato-Dato, dan Saudara-Saudara Lelaki dan Perempuan sekalian, sebelum saya ucapkan berkenaan dengan tujuan atas pasal yang pertama di dalam agenda mesyuarat ini , saya ucapkan terima kasih dengan setulus-tulus hati kerana kerhormatan yag tinggi yang telah tuan-tuan kurniakan kepada saya dengan melantik saya sebagai Pengerusi bagi persidangan yang sangat bermakna ini dari wakil-wakil umat Melayu dari segenap negeri dan jajahan Tanah Melayu ini. Saya mencadangkan kongres ini, tetapi mereka yang menanggug keberatan oleh itu saya ucapkan terima kasih.

Kepercayaan tuan-tuan ialah suatu benda yag tidak dapat saya lafaskan dengan lidah. Perbuatan tuan-tuan atas saya inilah suatu lafas kepercayaan tuan-tuan atas mustahaknya persidangan sebagaimana yang berkumpul di sini ini dan atas kemahuan dan keazaman tuan-tuan dari rundingan-rundingan dan keputusan hari ini hendak membinakan tapak-tapak bangunan yang akan menghasilakn dan mengsahkan cita-cita bangsa kita yang telah lama di idam-idamkan iaitu persatuan di antara kita sendirian.
Apakah maksud dan tujuan yang telah menghimpunkan kita beramai-ramai di sini hari ini ?
Adapun kita ini ada menaruh fikiran faham yang lainan-lainan dan apa jua taraf dan kedudukan kita itu bahawa adalah satu sahaja hakikat dan kehendak kita itu, iaitu- kita berkehendak meninggikan dan memeliharakan maruah serta kesopanan bagsa kita-kita berkehendak tanah air dan bangsa kita ini terselamat dan kuat,kedua-duanya itu hanyalah boleh terselamat jika kuat dan hanyalah boleh kuat jika bersatu padu. Dan lagi kita berkehendak mengambil bahagian dan pikulan kita pada menolakkan, selagi ada masanya,akan keyakinan yang di sebabkan oleh kebinasaan dan kehapusan bangsa kita itu. Kita berkehendak melihat supaya berhasil persatuan di antara bangsa kita ini di sokong dan di bantu dengan sepenuh-penuhnya serta secukupnya keputusan kehendak zaman yang ada ini .
Pada waktu dan zaman kehidupan kita ini setelah ditimpa suatu peperangan yang tiada bandinganya didalam tawarikh dunia ini maka sekalian manusia didalam segala negeri adalah berharap akan dapat merasai suatu keadaan berharap yang lebih baik dan lebih selamat daripada yang sudah.
Adakah kita berkehendak memandang sahaja akan hal-hal itu atau adakah kita berkehendak juga menyangi mereka.Belumlah pernah lagi terhadap kepada kita suatu peluang bagaimana yang ada ini pada memilih yang mana kita berkehendak itu. Adakah kebahagiannya atau kecelakaanya. Maka pilihan itu adalah terbuka kepada tuan-tuan sekalian pada memilihnya.Timbangan neraca nasib bangsa kita adalah didalam genggaman tuan-tuan pada hari ini .
Keputusan dan pilihan tuan-tuan itu akan menentukan sama ada sekiranya kita akan mengambil bahagian yang terpuji pada memberatkan timbangan neraca itu kepada mendatangkan kepercayaan daripada kebimbangan dan kebahgian daripada kesengsaraan.
Adapun kemudian daripada kemalangan yang terbit daripada peperangan dunia yang baharu lepas ini maka bangsa-bangsa dunia telah bersatu padu mengadakan suatu ikhtiar bagi menyelamatkan dirinya daripada dibinasakan oleh bangsa yang lain-lain serta mengadakan suatu ikhtiar bagi membetulkan perkara-perkara yang mendatangkan kesusahan kepadanya dengan tidak payah lagi bermusuh-musuhan.Maka daripada ikhtiar itu zahirlah U.N.O itu.Orang-orang Melayu diseluruh Semenanjung Tanah Melayu ini telah mendirikan persekutuan,persatuan,kesatuan,parti dan pergerakan kesemuanya dengan satu tujuan iaitu hendak menyatukan dan memperbaiki keadaan kehidupan bangsanya.Maka hanya iaitu telah didirikan persekutuan dan lain-lain itu telah membantutkan tujuan kesemuanya dan tiap-tiap sebuah daripadanya itu maka daripada bersatu hati telah tersemai pula benih yang kelak membawa kepada berpecah-belah .
Perusahan kita itu tiada menyamai dengan cita-cita dan tujuan-tujuan kita.Terbayanglah disini bayangan berpecah belah dan kehampaan. Kedengaranlah kepada kita ejek-ejekkan dan celan-celan oleh tiada berhasil bagaimana cita-cita kita itu.
Kiranya telah ada berpecah- belah itu maka hendaklah kita memperbetulkannya,adakah kita berfikir perbuatan ini tidak terdiri kepada kita membuatnya .
Sebagaimana bangsa-bangsa dunia telah berkumpul pada mengadakan suatu ikhtiar bagi keselamatanya dan supaya mempertahankan serangan diatas dan supaya perkara-perkara boleh dapat diperbaiki.Maka demikianlah Persekutuan tanah Melayu dan lain-lainyaitu hendaklah berkumpul supaya kesungguhan-kesungguhan orang-orangnya akan dapat diperbaiki dan diselamatkan
Adapun ikhtiar yang terbuka kepada umat Melayu itu ialah mengadakan persatuan diantara kesatuan-kesatuan iaitu berdiri serta berpegang kepada persatuan itu.
Dari segala corak merupa Semenanjung Tanah Melayu ini telah kedengaran kita seruan supaya bersatu dan pada hari ini kesungguhan seruan itu akan teruji dan tatkala didalam ujian itu maka tuan-tuan yang mewakili mereka hendaklah bersatu suara supaya seruan itu akan dapat sahutanya.
Tunjukkan-lah bahawa kita ini sebenarnya keturunan datuk nenek kita yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati.
Dengan bersatu itu sahaja akan dapat kita menghadap masa yang akan datang dengan harapan akan jaya cita-cita kita itu.
Hadaplah apa-apa yang akan datang itu dengan hati yang kukuh dan perasaan yang sabar serta dengan sepebuh-penuh kepercayaan diatas keikhlasan niat-niat dan tujuan-tujuan kita itu.InsyaAllah pada suatu hari kita akan hidup didalam cahaya sinara kemerdekaan sama taraf dengan orang-orang yang merdeka dan menjadi kemegahan kepada diri kita sendiri. Saya telah mendengar iaitu persatuan di antara orang-orang Melayu akan menjadi merbahaya kepada lain-lain bangsa di dalam Semenanjung Tanah Melayu ini akan tetapi saya tidak mengerti apa sebabnya. Sebaliknya pula persatua-persatuan umat Melayu itu akan menjadi lebi -lebih membawa kepada ketetapan dan keadilan didalam negeri kita yang didalamnya kita sentiasa telah memberi akan tetapi tiada mendapat balasan yang berpadan denganya. Berlawan-lawan didalam segala perkara kehidupan sememang telah ada dan masih akan ada lagi akan tetapi berlawanannya yang benar tidak patut dibimbangkan bahkan patut di sambut.
Sungguh pun pada masa setahun atau lebih yang baharu lepas ini telah berlaku beberapa kejadian diantara bangsa-bangsa yang telah mencacatkan kehidupan beribu-ribu orang yang telah hidup dengan baik dari semenjak sebelum semenanjung ini diperintah oleh satu bangsa akan tetapi tiada patut disebabkan bahawa kesatuan diantara orang-orang Melayu itu akan membawa kepada pergaduhan dan perkelahian lagi.
Sebelum saya tutupkan percakapan ini saya maka saya hendak bercakap sedikit bagi maruah dan nama bangsa kita. Ada puan tuan-tuan yang berhimpun di sini pada hari ialah wakil-wakil yang terpilih dan tiap-tiap sepatah perkataan serta tiap-tiap satu gerakan dan perbuatn tuan-tuan itu akan ditimbangkan dan diperhatikan .Yang demikian itu jemputlah menjalankan rundingan kita ini dengan keadaan berbaik-baik dan berikhlasnya hati dan jika sekiranya ada yang hendak mendatangkan teguran maka biarlah teguran-teguran barang yang bernas dan memberi faedah.
Tuan-tuan adalah dikehendaki memberi satu keputusan sahaja iaitu adakah atau tidak hendak dijadikan U.M.O. itu butir-butir perpaduan dan perjalanan U.M.O itu ialah perkara yang tuan-tuan juga mesti menetapkan. Sanya saya hanyalah meminta supaya fikiran dan syor-syor yang berfaedahtak kala dibuka dibukakan peluang-peluang bagi merundingkan perkara-perkara itu. Demikianlah percakapan saya dengan mengulangi sekali lagi sepenuh terima aksih daripada hati saya yang ikhlas, adanya ".
(Ucapan yang pertama Dato Onn ini telah mendapat sambutan dn perhatian dari bangsa Melayu seluruhnya yang pada masa itu sedang ternanti-nanti hendak mendapat seorang pemimpin. Setelah berlaku perbincangan yang panjang lebar atas nama bakal diberikan kepada pertubuhan ini maka kongres itu telah bersetuju dengan nama United Malay National Orgasisation atau ringkasnya UMNO dan dengan nama Melayunya " Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu " . Teks ucapan Dato Onn diatas adalah dalam tulisan Jawi -Sumber UMNO 10 Tahun 1946-1956)

Monday, November 16, 2009

Siapakah Yang Menubuhkan UMNO ?- Bahagian 2











Tanggal pasa 1hb,2hb,3hb dan 4hb Nac 1946,41 buah Pertubahan, Persatuan dan Kesatuan Melayu, termasuk Kaum Ibu dan Kaum Darat (Sakai) telah hadir di Kuala Lumpur. Sebanyak 107 orang wakil dan 56 pemerhati rasmi dari tiap-tiap buah negeri dan jajahan di dalam Semenanjung Tanah Melayu telah memenuhi bangunan kelab Sultan Sulaiman Kampong Baru tersebut manakala beribu manusia telah berkumpul di padang halaman kelab itu mendengar wakil-wakil itu membincang soalan-soalan yang di hadapi oleh mereka dengan panasnya .

Untuk catitan sejarah maka dibawah ini diturunkan satu persatu pertubuhan-pertubuhan,persatuan-persatuan dan kesatuan-kesatuan Melayu yang telah menghantarkan wakil-wakil dan pemerhati-pemerhati ke kongres itu :-


1.Johor

Pergerakan Melayu Semenanjung Johor,Hohor Baharu dan Persatuan Melayu Segamat Johor.

  1. Dato Onn bin Jaafar (Ketua)
  2. Tuan Haji Syed Isa bin Alwi Sahabab
  3. Tuan Syed Abdul Kadir bin Mohd bin Yahya
  4. Tuan Syed Alwi bin Sheikh Al Hadi
  5. Encik Mohd bin Manap
  6. Encik Wan Ibrahim bin Hitam
  7. dan 20 orang pemerhati

Persekutuan Melayu Keluag Johor

  1. Encik Manaf bin Buyong
  2. Encik Kaptain Ahmad bin Mohd Dom
  3. Encik Abdul Rahman bin Jaafar
  4. Tuan Haji Ismail Hussein
  5. 5.Encik Saadon bin Haji Zubir
  6. Encik Alwi bin Haji Jamil

Kesatuan Melayu Johor,Muar

  1. Tuan Doktor Hamzah bin Haji Taib
  2. Tuan Haji Mohd bin Haji Hussein

2. Kedah

Kesatuan Melayu Kedah

  1. Tuan Haji Husin Che Dol (Ketua)
  2. Encik Ayub bin Abdullah
  3. Encik Abdul Hamid bin Abdullah
  4. Encik Senu bin Abdul Rahman
  5. Encik Omar bin Din (sekarang Doktor)
  6. Tuan haji Mohd Rejab bin Haji darus (Pemerhati)
  7. Tuan Haji salleh bin Shamsuddin (Pemerhati)

Seberkas

  1. Encik Mohd Jamil Binjal (Ketua)
  2. Encik Ir.Harun Taib
  3. Tuan Haji Mohd Saudah
  4. Tuan Haji Omar Salleh (Pemerhati)

3. Kelantan

Persekutuan Persatuan Melayu Kelantan

  1. Tuan Haji Faizulah Samin
  2. Encik Mohd bin Yusof
  3. Tuan Haji Ishak Latif bin Omar

Persatuan Melayu Kelantan

  1. Dato Nik Ahmad Kamil Mahmud (Ketua)
  2. Tuan haji Ahmad Masi Ismail
  3. Encik Ismail bin Ibrahim

4. Melaka

Pergerakan Melayu Semenanjung Melaka

  1. Encik Mohd Ali bin Mohd

Kesatuan Melayu Melaka

  1. Encik Mohd bin Ali Mohd Salleh (Ketua)
  2. Encik Mohd Yusof bin Harun
  3. Tuan Haji Talib bin Abdul Karim
  4. Encik Jaafar bin Alang

5.Negeri Sembilam

Persatuan Melayu Negeri Sembilan

  1. Tengku Mohd bin Tengku Besar Burhanuddin
  2. Tengku Hussein bin Tengku Yahya
  3. Raja Mohd Nurludin bin Raja Dali
  4. Tuan Sheikh Ahmad bin Sheikh Mustaffa
  5. Yang Berhormat Purba Osman
  6. Encik Mohd Idris bin Mat Seal

6.Pahang

Persatuan Melayu Pahang

  1. Encik Mohd Yassin bin Mohd Salleh (Ketua)
  2. Encik Shariff bin Daud
  3. Encik Abdul Rahman bin Talib
  4. Encik Mokhtar Haji Daud
  5. Encik Jaafar bin Haji Mohd Nor
  6. Encik Yahya bin Mat Shah

Wataniah

  1. Nurlidin bin Ibrahim

Persekutuan Guru-Guru Melayu Pahang

  1. Abdul Razak bin Haji Hussein

7.Seberang Perai

Persatuan Melayu Seberang Perai

  1. Encik Hashim bin Awang
  2. Tuan Haji Ahmad bin Haji Abdul Malik
  3. Encik akaria bin Salleh
  4. Encik Mohd Saufi bin Sheikh Ibrahim
  5. Encik Abdul Hamid bin Said (Pemerhati)

8.Pulau Pinang

Kesatuan Melayu Pulau Pinang

  1. Encik Ibrahim Mohd (Ketua)
  2. Encik Abdul Hamid Abdul Hamid
  3. Encik Mohd bin Zainal (Pemerhati)
  4. Encik Abu Hussein bin Omar (Pemerhati)

Pesatuan Melayu Pulau Pinang

  1. A.M.Yusof Zailidin (Allahyarhmah,Ketua)
  2. Tuan Haji Shah Ali
  3. Encik Mohd Zain bin Ahamd

9. Perak

Perikatan Melayu Perak

  1. Tuan Haji Abdul Wahab (Dato Panglima Bukit Gantang)
  2. Yang Amat Mulia Raja Kamarulzaman bin Raja Mansor ( Raja Kecil Tengah)
  3. Encik Zainal Abidin bin Haji Abas (sekarang Dato)
  4. Tuan Haji Ismail Hamzah (Mufti Perak)
  5. Yang Mulia Raja haji Saad Shah bin Raja Harun
  6. Encik Sulaiman bin Darus
  7. Encik Wan Mohd Yusoff ( Dato Panglima Kinta-Pemerhati)
  8. Wan Mohd Nor bin Wan Mohd Nasir ( Dato Muda Orang Kaya Menteri-Pemerhati)
  9. Yang Mulia Raja Azman bin raja kamarulzaman (Pemerhati)
  10. Encik Tajuddin bin Uda Isa (Pemerhati)
  11. Encik Mohd Tengah bin Haji Mohd Nur (Pemerhati)
  12. Encik Cik Mohd Yusof bin Sheikh Abdul rahman (Pemerhati)
  13. Encik Megat Yunus bin Megat Haji Mohd Isa (Pemerhati)
  14. Cik Putih Mariah binti Ibrahim Rashid (Pemerhati)

Persatuan Melayu Perak

  1. Encik Mohd Zahir bin Setia raja (Allahyarhmah-Ketua)
  2. Tuan Sheikh Hamzah bin Muthali
  3. Cik Saniah binti Mahmud (Pemerhati)

Persatuan Muslim Teluk Intan

  1. Encik Baharom bin Mahayuddin (Ketua)
  2. Encik Mohd Shahabuddin bin Mohd Yusof

Persatuan Melayu Cenderiang

  1. Yang Mulia Raja Lop Shaharuddin
  2. Encik Othman bin Haji Mahaluddin

Persekutuan Muhibbah Malim Nawar

  1. Encik Ahmad bin Haji Abdullah

10. Perlis

Persatuan Melayu Perlis

  1. Encik Wan Ahmad bin Wan Daud
  2. Encik Salleh Osman
  3. Encik Mohd Taharim bin Haji Ibrahim

11. Selangor

Pergerakan Kebangsaan Melayu Selangor

  1. Yang Berhormat hamzah bin Abdullah (Ketua)
  2. Encik Kamaruddin bin Haji Sulaiman
  3. Encik Mohd Arus bin Osman
  4. Tuan Haji Mohd Saidin

Ikatan Setia Kampung Baru

  1. Encik Abdul hamid bin Husin
  2. Encik Shahminan bin Bondak

Pinang Perikatan Kelab

  1. Encik Baginda Buyong
  2. Encik Lop Ahmad

Dewan Perniagaan Melayu Malaya

  1. Encik Baharuldin bin Dato Kancil (Ketua)
  2. Encik Idris Akim
  3. Encik Sidek bin Mohd

Persatuan Penghulu-Penghulu Selangor

  1. Yang Mulia Raja Othman (Ketua)
  2. Encik Mohd Zakaria
  3. Yang Mulia aja Abdul Rahman

Persekutuan Guru-Guru Melayu Selangor

  1. Encik Mohd Yasin bin Mahmud
  2. Encik Mohd Nur bin Jamalus

DarulEhsan Kelab,Jeram

  1. Encik Omar bin Haji Husin (Ketua)
  2. Encik Ishak bin Bulat (Pemerhati)

Persatuan Kaum Ibu Selangor

  1. Cik Zaharah Tamin
  2. Cik Kamsiah Ibrahim
  3. Cik Siti Noraini Hanim

Persekutuan Bawyan Selangor

  1. Encik Mohd Said bin Abdul Rahman
  2. Encik Mohd Mahadun bin Husin

Persekutuan Melayu Ulu Selangor

  1. Encik yahya bin Mohd Sani
  2. Tuan Haji Arshad
  3. Encik Shahrom bin Haji Abdul Rahman

Persatuan Melayu Daerah Sabak Bernam

  1. Encik Mahamuddin bin Ali
  2. Encik Lop Salleh bin Long

Kaum Darat (Sakai) Selangor

  1. Encik Abu bin Busu (Ketua)
  2. Encik Laina bin Khamis
  3. Encik Chanuwa bin Sallah

Persatuan Melayu Jawatan Rendah Selangor

  1. Encik Mohd bin Idrus
  2. Encik Abu Bakar bin Haji Arshad

11. Singapura

Kesatuan Melayu Singapura

  1. Encik Abdul Rahim Ibrahim (Ketua)
  2. Tuan haji Embuh Suloh

12.Terengganu

Persatuan Melayu Terengganu

  1. Yang Berhormat Dato Nuar
  2. Encik Ibrahim bin Mohd

SeMalaya

  1. Encik Dr.Burhanuddin Al Hilmi (Ketua)
  2. Encuk Zulkifli Uni
  3. Encik Hashim Tahrr
  4. Encik M Madazah
  5. Encik Haluddin Hamzah
  6. Encik Ahmad Boestaman
  7. Encik Baharuddin Tahir (Pemerhati)
  8. Tuan Haji Omar (Pemerhati)
  9. Tuan Ahmad Daud (Pemerhati)
  10. Encik Jaafar Tan (Pemerhati)
  11. Encik Tan Chik (Pemerhati)
  12. Encik Abdul Razak (Pemerhati)
  13. Encik Nong (Pemerhati)
  14. Encik Salleh (Pemerhati)
  15. Ustaz Kassim (Pemerhati)
  16. Encik Arshad Azahari (Pemerhati)
  17. Encik Dahari Ali (Pemerhati)
  18. Encik Musa Ahmad (Pemerhati)
  19. Encik Zahadar (Pemerhati)
  20. Encik Hashim Salim (Pemerhati)
  21. Encik Selamat bin Abdul Kadir (Pemerhati)
  22. Encik Abdul Rahman (Pemerhati)

Pembantu Indonesia Merdeka SeMalaya

  1. Encik Abdul Hadi Nur (Pemerhati)
  2. Encik Rijan Mahmud (Pemerhati)
  3. Tuan Haji Mohd Nur Bakri ( Pemerhati)

Inilah satu perjumpaan kebangsaan Melayu yang besar yang belum pernah berlaku sepertinya didalam sejarah Tanah Melayu ini.

Duli Yang Maha Mulia Hishamuddin Alam Shah.K.S.M.J ,Sultan Selangor telah membuka persidangan itu dan Dato Sir Onn bin Jaafar telah mempergusikanya .Didalam Kongres inilah wakil-wakil yang hadir telah bercakap berapi-api meluapkan kandungan hati mereka yang panas terhadap Malayan Union dan perbuatan zahir kerajaan British itu dengan berterang-terang dengan tidak berkecuali lagi.

Bagi kali yang pertama didalam sejarah Tanah Melayu dibawah penjajahan, Kaum Ibu Melayu telah mengambil bahagian yang cergas dan menunjukkan semangat perjuangan mereka yang tidak gentar, manakala Cik Zaharah Tamin wakil Persatuan Kaum Ibu Selangor telah bercakap dengan semangat yang berapi-api yang telah mendapat sambutan tepuk bergemuruh didalam kongres itu .

Encik Abu bin Busu (Allahyarhmah) wakil Kaum Darat (Sakai) Selangor telah bercakap.walaupun dengan pelat mengikut lidah kaumnya,menzahirkan semangat perjuanga dan berikrar bagi kaumnya, sedia menyokong dan berdiri teguh dibelakang orang-orang Melayu didalam perjuangan kerana hak itu. "Nasib kami adalah bergantung kepada nasib orang-orang Melayu",katanya.(Sumber:petikan daripada : 10 Tahun 1946-1956)





























































































Siapakah Yang Menubuhkan UMNO ?- Bahagian 1









Dalam suasana yang tidak menentu akibat cadangan pembentukan Malayan Union dan Tanah Melayu yang di perintah di bawah British Military Administration (BMA) , orang-orang Melayu tergamam dan tidak tahu berbuat apa-apa kerana orang Melayu masih lagi trauma semasa dan selepah penaklukan Jepun dalam perang Dunia ke-2 , maka Yang Berhormat Dato Sir Onn bin Jaafar yang pada masa itu bertugas sebagai seorang Pegawai Daerah (DO) di Batu Pahat, Johore dan menjadi Yang Di Pertua Pergerakan Melayu Semenanjung Johor dimana beliau sendiri menubuh dan menajanya telah menyahut cabaran orang Melayu seluruh Semenanjung untuk diadakan suatu perjumpaaan bagi semua orang Melayu intuk dilakukan sesuatu bagi masa depan orang Melayu di Semenanjung .


Sebagai menyahut cabaran tersebut beliau telah mencadangkan satu perjumpaan atau kongres di Melaka sebagai mengambil sempenan dengan riwayat negara Hang Tuah serta ia mencadangkan nama bagi pertubuhan Melayu seluruh Malaya itu dinamakan ialah " Pertubuhan Melayu Bersatu" atau (U.N.O) United Malay Organisation !


Kongres Melayu


Telah diepersutujui oleh para penajanya Kongres Melayu itu di adakan di Kuala Lumpur dengan sanggupan pihak orang-orang Melayu Selangor menjadi tuan rumah bagi perjumpaan tersebut.


Sebuah Jawatankuasa sambutan yang di ketuai oleh Tuan Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba) dan Setiausaha Tuan Yunus bin Hamidi (Pengarang Majlis) pada masa itu manakala Bendahari ialah Encik Kamaruddin bin Haji Idris ( sekarang Dato Kamaruddin-Menteri Besar Terengganu) telah ditubuhkan .


Dengan tidak menghiraukan negeri ini sedang di bawah pemerintahan tentera-British Military Administration, Kongress Melayu yang bersejarah itu telah di adakan di Sultan Sulaiman Kelab di Kampung Baru, Selangor pada 1,2,3 dan 4 Mac 1946, di mana bangunan kelab itu telah di- kelilingi oleh ahli-ahli pasukan tentera British lengkap bersenjata.






Saturday, November 14, 2009

The White Paper- Malayan Union

Kertas Putih Malayan Union yang menjadi asas Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu iaitu satu dasar dan rancangan melalui satu titah Baginda King ke dalam Parlimen didalam bulan Januari 1946 dan diwartakan pada 22hb Januari 1946 untuk pengkuatkuasaanya.

Malayan Union dan Singapura
1. "Bahawa adalah Negeri2 yang berkenaan didalam kenyataan ini yang mengandungi yang Pertamanya koloni Negeri-Negeri Selat iaitu Singapura,Pulau Pinang dan Melaka didalam Semenanjong Tanah Melayu, Labuan di pantai utara Borneo dan Pulau Krismas serta Pulau-Pulau Kokos-keliling di sebelah Selat Sumatra, yang Kedua Negeri-Negeri Melayu yang bersekutu iaitu Perak,Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang didalam Semenanjog Tanah Melayu dan Ketiga Negeri-Negeri Melayu yang tidak bersekutu iaitu Johor,Kedah,Kelantan,Terengganu dan Perlis di dalam Semenanjong Tanah Melayu juga.

Jajahan Negeri-Negeri Selat sebelum diduduki Jepun, adalah tepat dibawah jajahan pentadbiran British adapun didalam Negeri-Negeri Melayu,kuasa British terletak di dalam perjanjian-perjanjian yang diadakan dengan Raja-Raja Melayu.yang dengan tiap-tiap seorang Raja itu kekal tarafnya sebagai Raja di dalam negerinya sekalipun tiap-tiap seorang daripada mereka terwajib menerima nasihat British didalam segala perkara kecuali didalam perkara-pekara agama Islam dan Adat Istiadat Melayu .

Tentang menyatukan pentadbiran antara satu dengan lainnya telah dijalankan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat di dalam sifatnya sebagai Persuruhjaya Tinggi (High Commissioner) bagi Negeri-Negeri Melayu sebagai Gabenor Negeri-Negeri Selat ia memegang terus pentadbiran Tanah-Tanah Jajahan (Coloney) itu. Tetapi atas perkara-perkara yang berkenaan dengan Negeri-Negeri Melayu Yang Bersekutu, sebagai Persuruhjaya Tinggi, ia menjalankan kerja-kerjanya menerusi British Resident di dalam tiap-tiap sebuah daripada empat buah negeri itu dan menerusi Federal Secretariat (Setiausaha Negeri-Negeri Bersekutu) di ibu pejabat Kerajaan Bersekutu (Kuala Lumpur) ; diatas urusan Negeri-Negeri Melayu Yang Tiada Bersekutu, dengan sifatnya, sebagai Persuruhjaya Tinggi juga ia menjalankan kerja-kerjanya menerusi seorang penasihat didalam tiap-tiap sebuha negeri itu .

Tetapi kerja menyatukan ini telah dijalankan menerusi beberapa majlis undangan dan pentadbiran undang-undang didalam Koloni telah dibuat oleh Majlis Mesyuarat Undangan Negeri-Negeri Selat .Undang-undang didalam negeri-negeri Melayu oleh Federal Council (Majlis Mesyuarat Negeri-Negeri Bersekutu) dan oleh tiap-tiap sebuah majlis mesyuarat negeri masing-masing dan majlis mensyuarat undangan didalam tiap-tiap sebuah negeri, didalam Negeri-Negeri Melayu yang tiada Bersekutu oleh majlis mesyuarat negeri didalam tiap-tiap sebuah negeri. Persamaan undang-undang didalam Negeri-Negeri Melayu adalah dikehendaki kerja berasingan-asinga, sekurang-kurangnya oleh enam dan pada setengah-setengah perkara kadang-kadang oleh sepuloh majlis mesyuarat undagan.
Kehendak kepada perubahan
2. Keadaan yang berbagai-bagai dan berasing-asing yang demikian ini didalam sebuah negeri yang tidak berapa besa daripada negeri-negeri England itu dahulunya tidak begitu di kehendaki dan dalilnya nampak terzahir bahawa keadaan demikian ialah suatu peringkat yang berfaedah dan mustahak bagi kemajuanya beberapa negeri
Tetapi percampurang yang bertambah banyak daripada kemajuan-kemajuan moden dari pentadbiran iktisad dan masyarakat, yang menuntut diadakan suatu cara kerajaan yang lebih mudah dan lebih-lebih lengkap bagi perkhidmatan-perkhidmatan am yang besar yang biasa diadakan dan menjadikanya lebih sempurna dan befaedah bagi masa dan tenaga. Balik kepada keadaan lama itu nyata benar berlawanan dengan muslihat faedah negeri-neger itu dan penduduk didalam dunia yang telah berubah lepas perang ,dengan kesukaranya yang timbul disebabkan oleh peperangan dan didalam Semenanjung Tana Melayu soal-soal yang khas telah timbul disebabkan oleh pendudukan Jepun. Suatu peringkat telah sampai sekarang manakala suatu cara kerajaan mesti dimudahkan dan diubah dengan perubahan yang membaiki.Perubahan diantara bangsa-bangsa dan juga keselamatan dan lain-lain muslihat bagi Commonwealth British adalah dikehendaki supaya Semenanjung Tanah Melayu boleh menjalankan suatu pengaruh sebagai sebuah negeri yang bersatu dan maju iaitu berpadatan dengan kedudukannya yang penting didalam bahagian iktisad dan bahagian kenteteraan (strategic).
Dan pandangan yang jauh juga peraturan sebelum perang itu tiada boleh membawa kepada keadaan perubahan siasah yang seperti itu iaitu peubahan yang akan memberi jalan dan harapan menerusi membentukan yang beasas luas yang didalamnya semua penduduk negeri boleh mengambil bahagian, bagi emajukan kebolehan Malaya itu menuju kepada berkerajaan sendiri bertanggung jawab.
Dalam perubahan kemajuan ini, sekalian oran yang menjadikan negeri ini negeri tumpah darah dan tempat tinggal mereka adalah patut mendapat peluang dengan suatu bahagian yang patut bagi mereka didalam pembentukan-pembentukan siasah dan kebudayaan negeri ini. Oleh sebab itu dan oleh kerana meraikan kemajuan fikiran cara demokrasi sekarang,atut dimudahkan,diubah dan dibaiki kaedah-kaedah susunan pemerintahan negeri ini.
BAGINDA KING MESTI MEMEGANG KEKUASAAN DIDALAM NEGERI-NEGERI MELAYU
3. Baginda King pemerintah negeri British mestilah menjadi tali wasitah pertabatan yang akan menarik hadi serangkai dan bersatu akan segala puak-puak bangsa yang berlainan-lainan di negeri Tanah Melayu ini serta menggalakkan perasaan mempunyai hak-hak faedah yang satu dan bersamaan diantara nereka dan juga menggalakkan kemajuan tubuh-tubuh bentuknya yang dipunyai bersama-sama. Tetapi juga mengikut kedudukan cara lama itu,Yang Maha Mulia Baginda King tidaklah ada memegang kekuasaan apa-apa didalam Negeri-Negeri Melayu itu. Sungguhpun didalam syarat-syarat persetian sekalian Raja-Raja Melayu mestilah menerima nasihat British ( kecuali didalam hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu. Tujuan polisi yang baru mengkehendaki bahawa Baginda King mestilah ada memegang kekuasaan didalam Negeri-Negeri Melayu itu supaya ia boleh membuat undang-undang yang sama serupa didalam semua negeri itu mengikut " Kanun Undang-undang Kekuasaan di Negeri Asing-Foreign Jurisdiction Act "). Oleh yang demikian Sir Harold McMicheal sebagai wakil khas darpada kerajaan Yang Maha Mulia Baginda King telah berkerja jadi utusan ke negeri-negeri Melayu dan telah berjaya membuat suatu perjanjian dengan tiap-tiap seorang daripada Raja-raja Melayu itu setelah berunding dengan mereka secara persahabatan dan berbaik-baik. Perjanjian yang telah dibuat itu ialah sebagai suatu tambahan kepada surat-surat persetian yang telah sedia dari dahulu dan adalah memberi kekuasaan yang penuh didalam tiap-tiap negeri itu kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda King (perintah-perintah yang telah diberi kepada Sir Harold McMicheal -
" Tuan akan melawat ke Tanah Melayu,pada tarikh yang akan dipersetujui oleh pemerintahan tinggi pihak Berikat Asia Tenggara (S.A.C.S.E.A) dan hendaklah tuan meminta tiap-tiap seorang Raja Melayu itu memberi persyaratanya membantu didalam perkra mendirikan sebuah pertubuhan baru bagi Negeri Tanah Melayu seperti yang telah diperkenankan oleh kerajaan Baginda King dan telah disampaikan kepada tuan dan iaitu dinaksudkan tujuana supaya menentukan dan menyenangkan kemajuan orang-orang penduduk negeri itu kepada bersatu dan akhirnya dapat berkerajaan didalam lingkungan Empira British.
" Bagi menjadikan tujuan ini,tuan diberi kuasa, sebagai wakil khas daripada kerajaan Baginda King,membuat suatu perjanjian yang bersurat betul-betul tiap-tiap seirang Raja-raja Melayu itu bagi pihak kerajaan Baginga King dan dengan perjanjian itu masing-masing Raja Melayu akan menyerahkan sepenuh-penuhnya kekuasaan didalam negerinya kepada Yang Maha Mulia Baginda King" .

Tuesday, November 10, 2009

Satu Malaysia-1 Malaysia (Bahagian Dua)

The following joint Statement was agreed between the Prime Minister of the Federation of Malaya,Tunku Abdul Rahman,and the British Prime Minister,Mr.Macmillan,on August 1,1962:-
1. The British and Malayan Government have received and studied the Report of the Commission under the Chairmanship of Lord Cobbold, which visited North Borneo and Sarawak earlier this year,to ascertain the views of the inhabitants on the proposal to create the Federation of Malaysia,embracing Malaya,Sungapore,Sarawak,North Borneo and Brunei.
2.The two governments are most grateful to the Commission for their valuable Report and have accepted all the recommendations on which the Commission were unanimous. The two governments have noted in particular that the Commission were unanimously agreed that a Federation of Malaysia is in the best interests of North Borneo and Sarawak,and thatan early decision in principal should be reached.
3. In the light of this report and of the agreement reached between the Government of Malaya and the Government of Singapore,the British and Malayan Government have nowdecided in principle,that,subject the necessary legislation,the proposed Federation of Malaysia should be brought into being by 31st August,1963 .
4. To give effect to this decision, the two governments inted to conclude within the next six months a formal agreement which,among other things, will provide for
a.the transfer of sovereignty in North Borneo,Sarawak and Singapura by 31st August,1963;
b.provision governing the relationship between Singapore and the new Federation of
Malaysia,as agreed between rhe Government of Malaya and Sungapore;
c.defence agreements as set out in the Joint Statement by the British and Malayan Gover-
ments dated 22nd November,1961 ;
and
d.detailedconstitutional arrangements,including safeguards for the special interests of North Borneo and Sarawak,to be drawn up after consultation with the legislatures of the territories.
5. These safeguards will cover such matters as religious freedom,education,representation in the Federal {arliment,the position of the indigenous,control of immigration and citizenship and the State Constitution.
6.In order that the introduction of the new Federal system may be effected as smoothly as possible and with the least disturbance to existing administrative arrangements, there will be after the transfer of sovereignty the transition period during which a number of Federal powers will be delegeted temporarily to the State Government.
7.An Inter-Governmental Committee will be established as soon as possible on which the British, Malayan,North Borneo and Sarawak Governments will be represented.Its task will be to work out the future constitutional arrangements and the form of the necessary safeguards.
8. The Minister of State for the Colonies, Lord Lansdowne,who will be the Chairman of this Committee,and the Deputy Prime Minister of the Federation of Malaya,Tun Abdul Razak,will proceed shortly to Sarawak and North Borneo to conduct discussions
9.In order to maintain the efficiency of the administration the British and Malayan Government are agreed on the importance of retaining the services of as many of the expatriate officials as possible. Yhe Minister of State will discuss with the governments of the territories and with the staff associations how best this case be done.
10.The British and Malayan Governments have informed the Sultan of Brunei of the agreement they have reached and have made it clear they would welcome the inclusion of the State of Brunei in the new Federation.

Satu Malaysia- 1 Malaysia (Bahagian Pertama)

Satu Malaysia- 1 Malaysia adalah idea yang dicetuskan oleh Allahyarham Tunku semasa berucap kepada Persatuan Pemberita Asing Asia Tenggara (Foreign Correspondents' Association of South=East Asia dalam bulam Mei 1961, iaitu untuk membantu Sarawak, Sabah dan Brunei (Borneo) serta Singapura daripada kuasa lengkungan British (spear of influence) kerana semua negara telah mendapat kemerdekaan dan kedulatan mereka daripada penjajahan British, Amerika, Perancis,Belgium,German serta Jepun .

Pada pandangan Tunku , British mestilah melepaskan kekekungan mereka di Asia kerana bimbangkan kuasa Komunis Cina dan Russia akan aktif dirantau sini. Lee Kuan Yew,Perdana Menteri Singapura menyokong cadangan tersebut pada bulan Jun, kemudiannya British Commissioner-General in South-East Asia,Lord Selkirk, telah berhubung dengan British Governors of Sarawak (Sir Alexander Waddell) dan North Borneo (Sir William Goode) dan British High Commissioner in Brunei (Mr.H.C.White).Dalam bulan November kerajaan British memberi sokongan keatas cadangan tersebut. Sementara itu Tunku mengadakan perbincangan dengan Lee Kuan Yew pada Ogos untuk pencantuman kedua-dua negeri .