Thursday, November 19, 2009

Siapakah Yang Menubuhkan UMNO ?-Bahagian 3

Setelah di adakan perjumpaan-Kongres orang-orang Melayu seluruh Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia yang pertama di Sulaiman Club , satu lagi perjumpaan telah menyusul di Johor satu lagi perjumpaan untuk menjadikan pakatan tersebut sebagai satu pertubuhan yang legitimate atau sah untuk melantunkan orang Melayu kesatu tahap pergerakan bersepadu yang lebih mantap , dan perjumpaan kali ini telah memilih istana, Istana Besar Johor, Johor Baharu sebagai tempat pertemuan seterusnya.

Perjumpaan yang diadakan pada 11hb Mei 1946 telah menamatkan riwayat Kongres Melayu Pertama di Kuala Lumpur dan tercatitlah didalam tinta sejarah perjuangan Melayu selepas Perang Dunia ke-2 bahawa orang-orang Melayu mampu dan boleh bersatu buat kali pertamanya melalui perjumpaan Kongres tersebut.

Petikan ucapan Dato Onn bin Jaffar didalam perjumpaan yang pertama kali sebagai Pengerusi Kongres di Sulaiman Club Kampung Baru,Selangor ;
-" Yang Amat Mulia Tengku-Tengku , Dato-Dato, dan Saudara-Saudara Lelaki dan Perempuan sekalian, sebelum saya ucapkan berkenaan dengan tujuan atas pasal yang pertama di dalam agenda mesyuarat ini , saya ucapkan terima kasih dengan setulus-tulus hati kerana kerhormatan yag tinggi yang telah tuan-tuan kurniakan kepada saya dengan melantik saya sebagai Pengerusi bagi persidangan yang sangat bermakna ini dari wakil-wakil umat Melayu dari segenap negeri dan jajahan Tanah Melayu ini. Saya mencadangkan kongres ini, tetapi mereka yang menanggug keberatan oleh itu saya ucapkan terima kasih.

Kepercayaan tuan-tuan ialah suatu benda yag tidak dapat saya lafaskan dengan lidah. Perbuatan tuan-tuan atas saya inilah suatu lafas kepercayaan tuan-tuan atas mustahaknya persidangan sebagaimana yang berkumpul di sini ini dan atas kemahuan dan keazaman tuan-tuan dari rundingan-rundingan dan keputusan hari ini hendak membinakan tapak-tapak bangunan yang akan menghasilakn dan mengsahkan cita-cita bangsa kita yang telah lama di idam-idamkan iaitu persatuan di antara kita sendirian.
Apakah maksud dan tujuan yang telah menghimpunkan kita beramai-ramai di sini hari ini ?
Adapun kita ini ada menaruh fikiran faham yang lainan-lainan dan apa jua taraf dan kedudukan kita itu bahawa adalah satu sahaja hakikat dan kehendak kita itu, iaitu- kita berkehendak meninggikan dan memeliharakan maruah serta kesopanan bagsa kita-kita berkehendak tanah air dan bangsa kita ini terselamat dan kuat,kedua-duanya itu hanyalah boleh terselamat jika kuat dan hanyalah boleh kuat jika bersatu padu. Dan lagi kita berkehendak mengambil bahagian dan pikulan kita pada menolakkan, selagi ada masanya,akan keyakinan yang di sebabkan oleh kebinasaan dan kehapusan bangsa kita itu. Kita berkehendak melihat supaya berhasil persatuan di antara bangsa kita ini di sokong dan di bantu dengan sepenuh-penuhnya serta secukupnya keputusan kehendak zaman yang ada ini .
Pada waktu dan zaman kehidupan kita ini setelah ditimpa suatu peperangan yang tiada bandinganya didalam tawarikh dunia ini maka sekalian manusia didalam segala negeri adalah berharap akan dapat merasai suatu keadaan berharap yang lebih baik dan lebih selamat daripada yang sudah.
Adakah kita berkehendak memandang sahaja akan hal-hal itu atau adakah kita berkehendak juga menyangi mereka.Belumlah pernah lagi terhadap kepada kita suatu peluang bagaimana yang ada ini pada memilih yang mana kita berkehendak itu. Adakah kebahagiannya atau kecelakaanya. Maka pilihan itu adalah terbuka kepada tuan-tuan sekalian pada memilihnya.Timbangan neraca nasib bangsa kita adalah didalam genggaman tuan-tuan pada hari ini .
Keputusan dan pilihan tuan-tuan itu akan menentukan sama ada sekiranya kita akan mengambil bahagian yang terpuji pada memberatkan timbangan neraca itu kepada mendatangkan kepercayaan daripada kebimbangan dan kebahgian daripada kesengsaraan.
Adapun kemudian daripada kemalangan yang terbit daripada peperangan dunia yang baharu lepas ini maka bangsa-bangsa dunia telah bersatu padu mengadakan suatu ikhtiar bagi menyelamatkan dirinya daripada dibinasakan oleh bangsa yang lain-lain serta mengadakan suatu ikhtiar bagi membetulkan perkara-perkara yang mendatangkan kesusahan kepadanya dengan tidak payah lagi bermusuh-musuhan.Maka daripada ikhtiar itu zahirlah U.N.O itu.Orang-orang Melayu diseluruh Semenanjung Tanah Melayu ini telah mendirikan persekutuan,persatuan,kesatuan,parti dan pergerakan kesemuanya dengan satu tujuan iaitu hendak menyatukan dan memperbaiki keadaan kehidupan bangsanya.Maka hanya iaitu telah didirikan persekutuan dan lain-lain itu telah membantutkan tujuan kesemuanya dan tiap-tiap sebuah daripadanya itu maka daripada bersatu hati telah tersemai pula benih yang kelak membawa kepada berpecah-belah .
Perusahan kita itu tiada menyamai dengan cita-cita dan tujuan-tujuan kita.Terbayanglah disini bayangan berpecah belah dan kehampaan. Kedengaranlah kepada kita ejek-ejekkan dan celan-celan oleh tiada berhasil bagaimana cita-cita kita itu.
Kiranya telah ada berpecah- belah itu maka hendaklah kita memperbetulkannya,adakah kita berfikir perbuatan ini tidak terdiri kepada kita membuatnya .
Sebagaimana bangsa-bangsa dunia telah berkumpul pada mengadakan suatu ikhtiar bagi keselamatanya dan supaya mempertahankan serangan diatas dan supaya perkara-perkara boleh dapat diperbaiki.Maka demikianlah Persekutuan tanah Melayu dan lain-lainyaitu hendaklah berkumpul supaya kesungguhan-kesungguhan orang-orangnya akan dapat diperbaiki dan diselamatkan
Adapun ikhtiar yang terbuka kepada umat Melayu itu ialah mengadakan persatuan diantara kesatuan-kesatuan iaitu berdiri serta berpegang kepada persatuan itu.
Dari segala corak merupa Semenanjung Tanah Melayu ini telah kedengaran kita seruan supaya bersatu dan pada hari ini kesungguhan seruan itu akan teruji dan tatkala didalam ujian itu maka tuan-tuan yang mewakili mereka hendaklah bersatu suara supaya seruan itu akan dapat sahutanya.
Tunjukkan-lah bahawa kita ini sebenarnya keturunan datuk nenek kita yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati.
Dengan bersatu itu sahaja akan dapat kita menghadap masa yang akan datang dengan harapan akan jaya cita-cita kita itu.
Hadaplah apa-apa yang akan datang itu dengan hati yang kukuh dan perasaan yang sabar serta dengan sepebuh-penuh kepercayaan diatas keikhlasan niat-niat dan tujuan-tujuan kita itu.InsyaAllah pada suatu hari kita akan hidup didalam cahaya sinara kemerdekaan sama taraf dengan orang-orang yang merdeka dan menjadi kemegahan kepada diri kita sendiri. Saya telah mendengar iaitu persatuan di antara orang-orang Melayu akan menjadi merbahaya kepada lain-lain bangsa di dalam Semenanjung Tanah Melayu ini akan tetapi saya tidak mengerti apa sebabnya. Sebaliknya pula persatua-persatuan umat Melayu itu akan menjadi lebi -lebih membawa kepada ketetapan dan keadilan didalam negeri kita yang didalamnya kita sentiasa telah memberi akan tetapi tiada mendapat balasan yang berpadan denganya. Berlawan-lawan didalam segala perkara kehidupan sememang telah ada dan masih akan ada lagi akan tetapi berlawanannya yang benar tidak patut dibimbangkan bahkan patut di sambut.
Sungguh pun pada masa setahun atau lebih yang baharu lepas ini telah berlaku beberapa kejadian diantara bangsa-bangsa yang telah mencacatkan kehidupan beribu-ribu orang yang telah hidup dengan baik dari semenjak sebelum semenanjung ini diperintah oleh satu bangsa akan tetapi tiada patut disebabkan bahawa kesatuan diantara orang-orang Melayu itu akan membawa kepada pergaduhan dan perkelahian lagi.
Sebelum saya tutupkan percakapan ini saya maka saya hendak bercakap sedikit bagi maruah dan nama bangsa kita. Ada puan tuan-tuan yang berhimpun di sini pada hari ialah wakil-wakil yang terpilih dan tiap-tiap sepatah perkataan serta tiap-tiap satu gerakan dan perbuatn tuan-tuan itu akan ditimbangkan dan diperhatikan .Yang demikian itu jemputlah menjalankan rundingan kita ini dengan keadaan berbaik-baik dan berikhlasnya hati dan jika sekiranya ada yang hendak mendatangkan teguran maka biarlah teguran-teguran barang yang bernas dan memberi faedah.
Tuan-tuan adalah dikehendaki memberi satu keputusan sahaja iaitu adakah atau tidak hendak dijadikan U.M.O. itu butir-butir perpaduan dan perjalanan U.M.O itu ialah perkara yang tuan-tuan juga mesti menetapkan. Sanya saya hanyalah meminta supaya fikiran dan syor-syor yang berfaedahtak kala dibuka dibukakan peluang-peluang bagi merundingkan perkara-perkara itu. Demikianlah percakapan saya dengan mengulangi sekali lagi sepenuh terima aksih daripada hati saya yang ikhlas, adanya ".
(Ucapan yang pertama Dato Onn ini telah mendapat sambutan dn perhatian dari bangsa Melayu seluruhnya yang pada masa itu sedang ternanti-nanti hendak mendapat seorang pemimpin. Setelah berlaku perbincangan yang panjang lebar atas nama bakal diberikan kepada pertubuhan ini maka kongres itu telah bersetuju dengan nama United Malay National Orgasisation atau ringkasnya UMNO dan dengan nama Melayunya " Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu " . Teks ucapan Dato Onn diatas adalah dalam tulisan Jawi -Sumber UMNO 10 Tahun 1946-1956)

No comments: