Tuan Haji Mohd Noh Mohd Amin terkenal sebelum kedatangan Jepun sebagai pemilik kebun getah yang berekar-ekar luasnya . Orang kampung berada. Beliau berketurunan Kerinchi berasal dari Jampi, Sumatra Barat dan datang ke sini bersama-sama keluarga sekitar tahun 1908 ketiak berusia 10 tahun dan semasa Jepun dan MPAJA berusia dalam lingkungan 30 tahun. Beliau bersama keluarga dan keluarga arwah datuk saya datang ke Malaya melalui Pulau Pinang untuk beberapa minggu dan terus pergi ke Kubang Rotan Alor Setar .Kedah untuk menetap di sana buat seketika . Selepas itu mereka pergi ke Tanjug Sejarah, Gerik Perak untuk membuka kawasan penempatan baru. Sekitar tahun 1920, keluarga beliau dan keluarga arwah datuk saya berpindah ke Pelang dan Rimba Panjang dan Lawit dan seterusnya ke Teranjuk, Kampong Temin.Ketika itu Malaya sedang dilanda wabak " taun" dan ramai dikalangan keluarga mereka meninggal dunia . Pada tahun 1924 beliau dan keluarga berpindah ke Kuncha dan keluarga arwah datuk saya ke Batu Empat sekitar tahun 1925. Beliau menetap di Kuncha semasa Perang Dunia Ke 2, zaman MPAJA, zaman BMA,zaman Darurat tamat 1960.
Bintang Tiga mencari na'as apabila mereka cuba mengepong Balai Polis Lintang tempat perlindungan orang-orang kampung dan ketika iru Tuan Haji Mohd Noh sedang membantu polis mengawal balai secara sukarela . Tiba-tiba muncul segerombalan 100 orang Bintang Tiga meminta supaya balai polis itu diserahkan untuk dijadikan markas mereka, tetapi pihak yang berlindung didalam enggan menyerah . Bitang Tiga mencabar akan menembak dan membakar mereka yang berada didalam sekiranya permintaan Bintang Tiga diengkari.
No comments:
Post a Comment