Seperti ribut melanda, kita semua akan mencari tempat perlindungan dan setelah reda kita akan keluar dari tempat perlindungan dan meninjau-ninjau akan kesan ribut tersebut. " Begitu juga dengan kampung saya" , kata arwah datuk yang selalu membuka ceritanya kepada cucu-cucunya. " Bahawa penaklukan Jepun di Malaya pada 1 hb Disember 1941 hingga September 1945 umpama ribu taufan yang melanda kampung"
Banyak kemusnahan kematian,kebencian,penderitaa,kerosakan emosi akibat Jepun terutama cara pemerintahan yang diamalkan. Kebebasan sudah tiada lagi...Segala pergerakan terhad dan terbatas. Yang parah ialah bahan makanan tidak mudah diperolehi dan tidak ada langsung.Etika dan budaya Jepun diserapkan keatas penduduk dengan paksaan !
Setelah Jepun kalah dan menyerah diri pada September 1945, satu lagi ribut melanda kampung termunculnya MPAJA-Malayan People's Anti -Japanese Army atau Tentera Anti-Jepun Orang Malaya yang telah mengambil alih kekosongan kuasa yang ada sebagai pemerintah. "Orang kampung sudah lagi tidak tahu siapa lagi yang sebenarnya yang memerintah dan diperintah. British tiada,Jepun tiada dan kini satu bentuk baru penjajahan!, kata arwah datuk .
Suasana penuh dengan ketakutan tambah-tambah lagi MPAJA atau Bintang Tiga menubuhkan " Mahkamah Kangaroo" membicarakan sesiapa sahaja yang mereka suka, menghukum sesiapa sahaja. Masing-masing tidak tahu kesalahan masing-masing. Mereka bebas merayau memasuki kampung dan menangkap sesiapa sahaja yang mereka sukai .
Orang kampung tiada senjata ( senjata api) untuk mempertahankan diri. Ramai yang ditangkap dan dimasukkan kedalam guni dan dicampakkan kedalam sungai hidup-hidup.Ada yang dibawa begitu sahaja dan tidak kembali lagi.... Ada ditanam hidup-hidup. Ada yang dibunuh dikhalayak ramai. Seksaan yang mereka suka ialah dengan mengikat tubuh tertuduh dan menggelar dan ditabur garam atau air limau keatas kelaran tersebut..! Kezaliman ini berterusan untuk beberapa minggu dan telah memasuki hampir tiga bulan lamanya.........
"Penderitaan dan ketakutan orang kampung semakin bertambah, tetapi Allahmdullilah, apabila tersibar berita mengatakan Tuan Haji Mohd Noh Mohd Amin telah berjaya menentang Bintang Tiga secara berseorangan lawan 100 orang gerombalan Bintang Tiga, orang kampung bersemangat kembali untuk meneruskan kehidupan", kata arwah datuk.
No comments:
Post a Comment