Friday, June 11, 2010

Palestine -O- Palestine.......British Menipu Arab secara lecek !


Perasaan tamak British untuk memenagi peperangan di bumi Arab, merka telah membuat janji yang kontradik kepada Arab dan Yahudi (Jews) dan juga kepada sekutunya, iaitu Perancis dan Russia.

Dengan kejatuhan Russia kepada Bolsheviks, dalam bulan November 1917 , pihak revolutinari telah secara tiba menemui kertas rahsia (secret papers) dari bekas rejim czar dan kerajaan sementara. Surat tersebut ialah perjanjian sulit pada May 1916 dikenali sebagai perjanjian Sykes-Picot , sempena daripada Sir Mark Sykes dan George Picot , ketua perunding British dan Perancis telah didedahkan kepada umum. Perjanjian tersebut menunjukkan bahawa British dan Perancis merancang untuk membentuk negara Othmaniah (Ottoman Empire), membahagikanya bahagian-bahagian tertentu diantara mereka, tanpa memberi sebarang jajahan kepada bangsa Arab.

Dalam bulan yang sama, lima hari sebelum pemberontakan Bolshviks mengambil-alih pemerintahan di Russia, British telah mengeluarkan satu deklarasi yang terkenal aitu Balfour Declaration (Balfour Declaration), sempena nama setiausaha luar, Arthur James Balfour. Deklarasi ini British memberi aku-janji menyokong penemptan Yahudi di Palestine. Perjanjian yang bersimpang-siur(conflicting promises) adalah punca utama masalah British- termasuk juga masalah utama antara Arab dan Yahudi.

Arab yang menentang Turki bersama British ,menyumbang kepada kemenangan pasukan Bersekutu kuasa Tengah Eropah. Sebagai balasan sokongan tersebut , Arab mengharapkan pengawasan sepenuhnya keatas tanah Arab, selain daripada yang dikuasi oleh kolonial Eropah seperti Mesir,Aden dan Algeria. Mereka semestinya maukan Arabia, Iraq,Syria dan Palestine diperintah secara terus dan exclusive dibawah penguasaan Arab.


No comments: