Friday, June 11, 2010

Palestine -O- Palestine.......British memulakan segala-segalanya..


Palestine, nama moden bagi jajahan purba Israel dan Judah sebutan kitab Bible,juga dirujuk sebagai Tanah Suci (Holy Land) , sebelumnya adalah dibawah pemerintahan Islam bermula dari kurun ke 7,dan seketikanya dibawah Tentera Salib (Crusades) dalam kurun ke 11 , Yahudi dibenarkan menetap disana , tetapi sebarang usaha untuk membentuk tanah laman (home land) ditentang .

Semasa perjanjian damai di Paris hingga termentrinya Perjanjian Versailles, perwakilan Arab yang diketuai oleh T.E.Lawrence telah di belit sebagai sekutu yang menang membahagikan British dan Perancis dalam lingkarang kuasa mereka. Pembentukan Liga Negara (League of nations telah memberikan Britian mandat untuk memerintah Palestine, TransJordan dan Iraq. Perancis pula menerima mandat yang sama untuk memerintah Syria dan Lebanon . Tidak pula Arab dan Yahudi menerima seperti yang dijanjikan-mungkin tidak,buat seketika .

Palestine adalah masalah besar dalam perkicaian tanah jajahan Othmaniah. Buat seketika pihak British melonggarkan kemasukan Yahudi, tetapi pihak Arab membantah. Bimbang akan kemungkinan Yahudi akan pengambila-alih Yahudi, pihak Arab menuntut pihak British menghentikan kemasukan Yahudi . British melakukanya- tetapi di awal Peperangan Dunia ke 11 , di mana 6 juta Yahudi akan dilenyapkan oleh Nazi (Nazi Holocaust) . Perlaluan ke Palestine ini telah ditutup dimana ketika ia diperlukan .

Dalam tempoh tiga dekad British mengawal Palestine, peta politiknya terus berubah .Mesir mendapatkan kedaulatan mereka semula dalam tahun 1922 dan diikuti oleh Iraq pada 1932, sungguhpun begitu British terus mempengaruhi kedua-duanya. Lebanon menerima kemerdekaan daripada Perancis pada 1941, diikuti oleh Syria lima tahun kemudian pada 1946, diwaktu yang sama juga British megujudkan kemerdekaan negara Palestine-Arab dan juga membebaskan TransJordan (Jordan).

Pengakhiran Perang Dunia ke 11 pada tahun 1945, Britian yang mula letih dan lesu menarik diri mereka daripada Paksitan dan India diberikan kemerdekaan pada tahun 1947 . Pengunduran daripada Palestine diikut setahun kemudiannya .

British sudah tidak mampu lagi mengawal keamanan antara Arab dan Yahudi .Pengganas Yahudi telah meletupkan King David Hotel, ibu pejabat tentera British di Baitulmukadis, kehilangan hampir 100 nyawa tentera British. Berkenaan dengan India, Britian sudah tidak mendapat sokongan rakyatnya yang berada dalam bahaya yang mengekalkan keamanan kedua-dua pihak yang bertentangan. British memberitahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang baru ditubuhkan , pakatan awal Liga-liga negara sebelum perang , bahawa mereka akan meninggalkan Palestine, dengan memberi UN notis enam bulan.






No comments: