Friday, June 11, 2010

Palestine-O- Palestien..Negara Israel diujudkan..


Pertubahan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi membahagikan Palestine antara Arab dan Yahudi, dimana Baitulmukadis (Jerusalem) menjadi bandar antarabangsa (international city) . Pihak Israel menerima plan tersebut; pihak Arab menolaknya.

Semasa peninggalan British, pemimpin Yahudi mengistiharkan kelahiran negara bebas Yahudi Israel pada petang 14-15 Mei 1948 . Dalam tempoh satu jam , tentera daripada lima negara Arab menyerang Israel , bertekad untuk menghancur negeri yang hampir runtuh itu dengan penduduknya seramai setengah juta orang.

Peperangan tersebut berlarutan sehingga tahun berikutnya, Israeli memenangi beberapa jajahan tambahan kepada bumi yang diberikan oleh usul PP. Kebanyakan Arab yang tinggal dalam kawasan meninggalkan jajahan takluk baru Israel , dan terus menjadi pelarian sehingga kehari ini, tinggal didalam khemah di tebing Barat, Gaza,Lebanon,Syria,Jordan dan Mesir. Arab yang selebihnya diberi kerakyataan dalam negara baru-dan ,peliknya ,hari ini mereka menikmati kebebasan berbanding dengan rakan-rakan lain yang menetap di bumi Arab.

Peperangan seterusnya banyak berlaku. Pada tahun 1956, Israel bersongkokol dengan British dan Perancis menentang Mesir dalam usaha mengambil semula Terusan Suez , yang ditawan oleh kerajaan revolutioner Mesir . Pihak Amerika campur tangan , mengakibatkan ketiga-tiga negara tersebut , ia memberi kebangaan kepada nasionalisme Arab. Tempoh tahun-tahun berikutnya , Perancis kalah kepada Algeria dan tidak lagi memberi kepentingan kepada kawasan tersebut. Pihak British hilang segala-segalanya dalam dalam tempoh satu dekad krisis Terusan Suez dan pengunduran kuasa British dan Perancis lengkap pada tahun 1971

Pengganti mereka ialah Amerika dan Soviet, dua pencentus kuasa Perang Dingin (Cold War) mengunakan negara proxy Timur Tengah untuk mencapai kepentingan dan cita-cita mereka .

No comments: