Thursday, June 10, 2010

Palestine-O-Palestine... Penguasaan British dibumi Arab


Di kemuncak Perang Dunia 1 , British telah membentuk kuasa utama di Timur Tengah . British juga pada awalnya terlibat begitu mendalam dalam kehidupan keseharian mereka di India , satu pemilikan berharga dalam Empire British .

Benjamin Disreli , seorang Perdana Menteri British berketurunan Yahudi (Jewish descent) telah mengatur untuk membiayai pembinaan Terusan Suez, laluan utama jahan takluk mereka.

Bitish mengawal Mesir (Egypt) , dimana terletaknya terusan tersebut, tetapi tidak ditadbir secara koloni. Mereka juga memerintah Aden, dihujung selatan Semenanjung Arab dan juga menguasi kedudukan strategi perairan Teluk Parsi (Persian Gulf).

Apabila Pernag Dunia 1 meletus, kesempatan ini digunakan oleh British secara sempurna untuk menaja pemberontakan Arab keatas Othmaniah (Turki) ,yang bersekutu dengan Jerman musuh British.

Pemberontakan Arab bermula di Hejaz, persisiran pantai Arab sepanjang Laut Merah dimana Mekah dan Medina terletak,bermula pada 10 June,1916 yang memakan masa selama dua tahun.Pemberontakan ini diketuai oleh Sharif Besar (grand sharif) Mekah dan lain-lain pemimpin puak Hashemite , Hussein Ali (1852-1931) , keturunan Nabi Muhammad dari susur galur cucu banginda Hasan. Raja Jordan terkini adalah keturunan Hussein Ali,juga puak Hashemite.

Keganjilanya ialah pemberontakan Arab berganding bahu dengan pasukana keselamatan British Kristain menentang secara bersama Turki Islam! Tetapi keinginan untuk memerdekakan diri Arab amatlah tinggi dan membara. Dua daripada anak Sharif Besar mengetuai pasukan Arab, yang dibayai oleh British dan dibantu oleh askar British yang terkenal iaitu T.E.Lawrence (Lawrence of Arabia). Pihak Arab memahami bahawa kemenangan bermakna pembentukan negara Arab bebas daripada penguasaan Othmaniah (Turki).

No comments: