Monday, July 26, 2010

Mengapa Orang Cina Tidak Berpuashati ...?

Sebelum kedatangan Jepun masyarakat Cina yang tinggal di Tanah Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu , Negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura tidak menghadapi sebarang masalah baik dalam segi ekonomi, perniagaan, pemilikan tanah pertanian dan perniagaan dan lain-lain lagi kerana pentadbir Inggeris ketika itu mengamalkan dasar terbuka " free enterprise" dimana segerasi kegiatan ekonomi orang Cian jelas dalam sektor perlombongan, perladangan getah, perkilangan,pengangkutan dan orang India pula dalam urusan hal orang India dan menjadi buruh ladang getah dan orang Melayu terbiar dan ada ialah dalam GSC dan selebihnya menyarah hidup kais pagi makan pagi.

Semangat rasa tidak puas hati dikalangan orang melayu kebanyakan (bukan feudal) tidak begitu ketara tetapi ada dan sudah mula mendapat perhatian daripada kalangan yang berpendidikan tetapi jumlahnya agak kecil tetapi tidak mampu membawa sebarang gelombang dan gelora.

Kedatangan Jepun amat dialu-alukan oleh orang Melayu yang sudah melihat ketidakadilan yang dilakukan oleh Inggeris keatas hal ehwal kehidupan orang Melayu dan soal-soal orang Melayu dipejamkan begitu sahaja. Orang Melayu tahu, kalau Jepun datang pun orang Melayu tidak rugi apa-apa kerana orang melayu tidak memiliki kepentingan ekonomi di tanahairnya sendiri, jesteru kedatangan Jepun amatlah dinanti-nantikan.

Apabila Jepun berada di tanah Melayu, orang-orang Cina mula tergugat kerana Jepun tidak mahu melibatkan Cina termasuk Inggeris dan ini memaksa Cina dan Inggeris membuat pakatan untuk menyerang Jepun...langkah pertama secara perang guerrilla , maka tertubuhlah Malayan Anti Japanese Army (MPAJA) gabungan antara puak Kuomintang dan Parti Komunis Malaya .

Dengan kekalahan Jepun ,orang Melayu kembali bimbang kerana MPAJA dan Inggeris ingin semula memerintah Tanah Melayu dan perkongsian kuasa kedua-dua puak ini sudah pasti melenyapkan orang Melayu dalam order baru dunia selepas perang . Kebimbangan ini ternyata benar apabila Inggeris mengenalkan Malayan Union dalam bulan Januari 1948 dan semua bangsa iaitu Cina , India,Ceylonese serta lain minoriti menyokong gagasan Malayan Union yang memberikan mereka kuasa baru keatas Tanah Melayu kerana Raja-Raja Melayu turut menyerahkan kuasa mereka pada gagasan baru ini.

Orang Cina berpendapat, mereka memainkan peranaan besar menetang Jepun sebaliknya orang melayu bersekongkol dan membantu Jepun , maka kedatangan Malayan Union akan menghakiskan orang Melayu dibuminya sendiri...

Orang Melayu bersatu dari segenap pelusuk tanah air menentang Malayan Union sehingga orang Inggeris bimbang dengan kuasa Melayu yang ada Inggeris bimbang orang melayu akan menjadi penentang yang kuat iaitu bercantung dengan Indonesia untuk menamatkan penguasaan Inggeris . Akhirnya Inggeris akur akan kekuatan orang Melayu dan bersetuju untuk membuat perjanjian baru yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu mengembalikan semula kuasa pemerintahan kepada orang Melayu semenjak tahun 1511.

Perjanjian baru ini orang Cina tidak diajak berunding dan memberikan pandangan mereka dan ini menjadikan orang Cina marah dan melalui Parti Komunis Malaya mereka melancarkan serangan keatas kepentingan Inggeris dimana memaksa Inggeris melawan balik dengan menistiharkan perintah darurat sebahagian Tanah Melayu .





No comments: