Wednesday, May 26, 2010
Apakah tekanan sebenarnya keatas UMNO ?
Lain-lain parti kecuali pakatan pembangkang PKR juga tidak mendaftarkan pakatan mereka untuk memasuki mana-mana pilihanraya umum...
Diatas landasan inilah komponen BN- MCA,MIC,Gerakan dan lain-lain begitu menekan dan lantang keatas UMNO..sekiranya sesuatu terjadi kepada UMNO mungkin tidak akan boleh menyertai mana-mana pilihanraya.....maka kuasa Melayu memalui UMNO akan terlerai begitu sahaja...Sebaba itu S.Vellu berkata bahawa apa yang dikatakan Vell Paari adalah urusan peribadi beliau bukan dasar daripada MIC.....UMNO terkancing dan tidak boleh berbuat apa-apa....
MIC didalam prosess "rebranding" ialah untuk menjadikan mereka sebuah parti kaum India yang boleh bertanding dengan parti mereka sendiri sekiranya perlu apabila masanya akan tiba dan ini adalah satu percaturan uggutan oleh MIC ke atas UMNO...Kalau mereka boleh menang, kemudianya meraka akan "joint" mana-mana parti mereka masih lagi boleh hidup dan berkuasa...
MCA juga sudah lama memiliki hasrat sedemikian, mau betanding atas lambang sendiri kerana orang-orang Cina mengatakan selagi MCA bersekongkol dengan UMNO mereka akan tersingkir dan ini ternyata benara dalam keputusan pilihanraya 2008...
GERAKAN juga sudah beberapa kali didesak dari dalam untuk keluar dari Bn dan bertanding atas lambang sendiri...dan mereka juga menimpa nasib yang sama seperti MCA kerana pengundi Cina melihat Gerakan sebagai sayap UMNO dan jadi pak turut sahaja.
DAP hampir 100 peratus parti Cina mendapat keuntungan walaupun mereka tak pernah menjadi menteri atau memerintah tetapi atas kemarahan pengundi Cina keatas Gerakan dan MCA..Pulau Pinang dapat diperintah oleh mereka....
Maka, Gerakan,MCA dan MIC tersepit dicelah-celah pakatan kuasa ini. PAS pula menangguk didalam air yang keruh...semua kubu kuat UMNO mereka tembusi akibatnya UMNO berkurangan majoriti untuk membentuk kerajaan.
Pakatan pembangkang berjalan begini-DAP gasak pengundi Cina untuk meninggalkan MCA dan Gerakan, PAS gasak UMNO untuk melarikan pengundi Melayu daripada UMNO dan Parti Keadilan mengasak pengundi Melayu, Cina dan India untuk menyokong mereka. Akibatnya , parlimen dikuasi majoriti mudah sahaja...
Politik Malaysia kini berada didalam istilah " shadow boxer double tounge"....pasti MIC terasa terkena tumbukan shadow boxer ini.....maka UMNO dituduh penyeba,penaja dan dalangnya..Tidak mungkin MIC akan menyertai Parti Keadilan atau membentuk pakatan baru bersama dengan PKR sekira agihan kerusinya kena pada tempat...sebaba itulah dilihat Anwar Ibrahim masih menjadi alternatif kepada semua pihak...
Bagaimana , kalau UMNO mendaftar lambangnya untuk membolehkan bertanding atas lamabang sendiri...jawapannya payah dan tidak mungkin kerana lambang UMNO ada keris itu telah dibunuh awal oleh MCA dan Gerakan dalam isu keris....mau tak mau UMNO mesti memiliki lambang baru,warna baru ...barulah mendapat semula kepercayaan orang Melayu..UMNO perlu menukar namanya kepada yang baru.....maknanya untuk pilihan raya akan datang sudah pasti isu menggunakan lambang sendiri menjadi duri dalam daging..
No comments:
Post a Comment