Friday, May 28, 2010

Memperingati 16 Jun 1948-16 Jun 2010....Part One


Pada 16 Jun 2010 iaitu bulan depan ,genaplah 62 tahun peristiwa yang merobah politik Tanah Melayu kemudian Persekutuan Tanah Melayu dan kini 1 Malaysia.....

Oleh kerana orang Melayu sudah tidak tahan dengan pemerintahan Inggeris yang secara kasar dan perlahan-perlahan menguasi Tanah Melayu secara senyapnya orang Melayu menaroh dendam untuk menghalau Inggeris dari bumi datuk nenek Melayu tetapi apakan daya....ekonomi, pendidikan dan perpecahan Melayu amat ketara sekali....Ada dua jenis golongan Melayu ketika itu, iaitu golongan feudal (bangsawan) yang menyerap habis cara hidup dan pemikiran Inggeris, satu lagi ialah rakyat jelata atau kebanyakan terdiri daripada dua pecahan iaitu yang menerima pendidikan formal dan yang mengaji dipondok juga dikenali sebagai Kaum Muda....

Bagi bukan Melayu yang dibawa masuk di awal kurun ke 17 berada dikawasan bandar baru, perlombongan,perladangan dan iktisas hidup selesa kecuali yang menjadi coolie atau buruh yang besar jumlahnya dibawa masuk ke Tanah Melayu....

Semua ini tidak menyenangkan hati naruni Melayu tetapi masanya tidak juga sampai untuk melakukan revolusi atau gerakan besaran , di pendalaman semangat menetang Inggeris sudah mulai berputik dan panas diperkatakan dn diperbincangankan....

No comments: