- Memang ramai calon BN terutamanya UMNO dan Menteri Besar sendiri sudah lama menjadi wakil rakyat,
- Contohnya , macam kawasan yang hanya memiliki satu kerusi untuk UMNO bertanding,wakil rakyatnya pula sudah melebihi dua penggal ,tidak berkhidmat dan merosakkan UMNO tetap dipilih lagi bertanding, contohnya kawasan Lintang, mula-mula menjadi wakil rakyat (2004) keluar masuk hospital , sudah lemah dan tidak berkemapuan berkhidmat, kali ini pilihan raya 2008 dipilih lagi dan masuk hospital sebaik pilihan raya,
- memang ahli UMNO muak dengan slogan "pilih dan taat dengan siapa yang dipilih oleh parti"
Adalah salah sekiranya mengatakan ahli UMNO mahu "mengajar" pemimpim UMNO diatas pemilihan calon semasa piliharaya .
Saya berpendapat calon MIC seperti kawasan Hutan Melintang, Behrang dan Pengkalan Pasir kalah bukan disebabkan oleh UMNO tetapi undi UMNO sudah tidak berbisa lagi . Contohnya di Parlimen Sungai Siput , Samy Vellu tewas 1,890 undi bukan kerana undi UMNO tetapi beliau mengetahui bahawa orang India sudah tidak mengundi beliau lagi . Begitulah fakta calon MIC yang kalah , bukan kerana UMNO tetapi pengundiI India yang diharapkan oleh MIC sudah berpaling tadah !!!!!
Adalah amat dikesali , apabila seorang pemimpin parti seperti MB menyalahkan ahli UMNO apabila kalah, tetapi apakah harganya ahli UMNO kalau menang ?
Kita tahu mengapa calon BN kalah dan jangan meletakkan kelemahan keatas orang lain. Belajarlah daripada sejarah dan lihatlah diri sendiri sebelum menghakimi sesuatu perkara itu wahai MB ku.........
No comments:
Post a Comment