Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Friday, May 28, 2010

Memperingati 16 Jun 1948-16 Jun 2010....Part Two


Dalam tahun 1920 hingga tahun 1940 satu lagi warga asing datang secara tiba-tiba dan menduduki setiap pekan ialah Jepun . Orang-orang Jepun berniaga apa sahaja dipekan-pekan dan menjadi peddlers di kampung menjual 100 peratus barangan yang dibawa dari Jepun.

Mereka menjadi pesaing kepada peniaga Cina dan sejumlah kecil India yang menjual keperluan yang dibawa dari India untuk kegunaan coolie diladang-ladang getah. Mereka, iaitu peniaga Jepun menjalankan kegiatan perniagaan dalam semua bidang iaitu antaranya kedai gambar,tukang jahit/tailor,memperbaiki basikal,radio,gunting rambut,menjual barang makanan dan orang Melayu menjadi pelanggang utama mereka dan disini orang Melayu mula mendapat berita tentang kehebatan Jepun. Orang Melayu meminati selipar Jepun dan koyok Jepun , terutama rokok Jepun jenama Cherry . Para peniaga Cina pula melihat, keakrapan Melayu dengan Jepun sesuatu yang mencurigakan kerana orang-orang Cina mendapat berita bahawa Jepun akan melakukan taaklukan keatas Mancuria atau dikenali sebagai Nangking ..... ( Baca buku Pearl S.Buck-The Rape of Nangking) .

Selain daripada itu, orang Jepun menjual radio dengan harga murah dan orang Melayu mulai mendengar dan mendapat berita daripada Indonesia tentang gerakan mereka menentang Belanda iaitu berita Suara Revolusi Rakyat Indonesia ....Orang Melayu sudah mendengar suara Sukarno, Hatta dan banyak lagi pemimpin Indonesia yang menyeru kepada melakukan gerakan untuk menghalau imperialis dan memerdekakan bumi tanah tumpahnya darah nenek moyang ....

Memperingati 16 Jun 1948-16 Jun 2010....Part One


Pada 16 Jun 2010 iaitu bulan depan ,genaplah 62 tahun peristiwa yang merobah politik Tanah Melayu kemudian Persekutuan Tanah Melayu dan kini 1 Malaysia.....

Oleh kerana orang Melayu sudah tidak tahan dengan pemerintahan Inggeris yang secara kasar dan perlahan-perlahan menguasi Tanah Melayu secara senyapnya orang Melayu menaroh dendam untuk menghalau Inggeris dari bumi datuk nenek Melayu tetapi apakan daya....ekonomi, pendidikan dan perpecahan Melayu amat ketara sekali....Ada dua jenis golongan Melayu ketika itu, iaitu golongan feudal (bangsawan) yang menyerap habis cara hidup dan pemikiran Inggeris, satu lagi ialah rakyat jelata atau kebanyakan terdiri daripada dua pecahan iaitu yang menerima pendidikan formal dan yang mengaji dipondok juga dikenali sebagai Kaum Muda....

Bagi bukan Melayu yang dibawa masuk di awal kurun ke 17 berada dikawasan bandar baru, perlombongan,perladangan dan iktisas hidup selesa kecuali yang menjadi coolie atau buruh yang besar jumlahnya dibawa masuk ke Tanah Melayu....

Semua ini tidak menyenangkan hati naruni Melayu tetapi masanya tidak juga sampai untuk melakukan revolusi atau gerakan besaran , di pendalaman semangat menetang Inggeris sudah mulai berputik dan panas diperkatakan dn diperbincangankan....

Mampukah kuasa politik Melayu bertahan sehingga kurun ke-22 ?

Pada 1511 kerajaan Melaka tumbang dan dijajah oleh Portugis dengan kerjasama Burma dan juga kerajaan Ayuthia....

Pada 2011 , genaplah 500 tahun peringatan tumbangnya empire Melayu di alam ini, hanya satu tahun sahaja lagi bagi kita mengingati sejarah tersebut....

Sekiranya pada tahun 2011 pilihan raya akan diadakan ..kalau BN menang maka kuasa Melayu akan kekal secara simple majoriti atau sebaliknya...hanya masa tersebutlah akan dapat diketahui..

Adakah UMNO menjadi tunjang melambangkan kuasa mutlak Melayu ? Adakah akan ujud satu bentuk baru perkongsian kuasa Melayu....S Vellu tahu, beliau akan melepaskan jawatan Presiden MIC pada September tahun depan kerana beliau mahu melihat sejarah adakah akan tamatnya " ketuanan Melayu" pada tahun 2011 .

Semasa jatuhnya kerajaan Melaka dan apabila istananya dibakar....penduduk Melaka yang terdiri daripada pelbagai warga duduk ditepi pantai bersorak,bergembira dan berteriak keseronakan melihat ranapnya kerajaan Melayu yang terkuat di Asia tumbang bersama api kebakaran istana tersebut...

Hang Tuah yang sudah berusia 73 tahun telah lama meninggalkan Melaka kerana beliau kecewa dan sedih diatas apa yang berlaku keatas diri dan keluarganya yang dibuat oleh Sultan ketika itu. Sebelum itu, Hang Tuah telah di kerah untuk membina meriam besar di Pattani...ketika meriam tersebut hampir siap, Hang Tuah terpaksa meninggalkan meriam tesebut...untuk bergesa ke Melaka...

Spy Portugis mengetahui akan meriam tersebut di tinggal di Pattani.....tanpa melengahkan masa menyerang Melaka...dan Melaka tanpa meriam tersebut tidak mapu berbuat apa-apa dan mudah dikalahkan oleh tentera Portugis, Burma dan Siam serta lain-lain warga yang membenci kepimpinan kesultanan Melaka....

Malang sungguh nasib Melayu selepa itu..ia dijajah oleh Siam, Belanda,Jawa,Bugis, Inggeris,Jepun dan kembali kepada Inggeris dan tahun 31 Ogos 1957 , merdeka lah Melayu berserta dengan warga yang lain......kini di kenali pula dengan 1 Malaysia.....

Thursday, May 27, 2010

Tekanan keatas UMNO ?

Wednesday, May 26, 2010

Apakah tekanan sebenarnya keatas UMNO ?

Kalau di lihat sebarai parti yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya......UMNO tidak mendaftar lambang atau simbolnga untuk bertanding sebagai sebuah parti yang menggunakan lambang sendiri...Maknanya UMNO tidak boleh bertanding dalam mana-mana pilihanraya dengan menggunakan simbol sendiri... UMNO hanya menggunakan simbol Kapal Layar dan kemudiannya Dacing....

Lain-lain parti kecuali pakatan pembangkang PKR juga tidak mendaftarkan pakatan mereka untuk memasuki mana-mana pilihanraya umum...

Diatas landasan inilah komponen BN- MCA,MIC,Gerakan dan lain-lain begitu menekan dan lantang keatas UMNO..sekiranya sesuatu terjadi kepada UMNO mungkin tidak akan boleh menyertai mana-mana pilihanraya.....maka kuasa Melayu memalui UMNO akan terlerai begitu sahaja...Sebaba itu S.Vellu berkata bahawa apa yang dikatakan Vell Paari adalah urusan peribadi beliau bukan dasar daripada MIC.....UMNO terkancing dan tidak boleh berbuat apa-apa....

MIC didalam prosess "rebranding" ialah untuk menjadikan mereka sebuah parti kaum India yang boleh bertanding dengan parti mereka sendiri sekiranya perlu apabila masanya akan tiba dan ini adalah satu percaturan uggutan oleh MIC ke atas UMNO...Kalau mereka boleh menang, kemudianya meraka akan "joint" mana-mana parti mereka masih lagi boleh hidup dan berkuasa...

MCA juga sudah lama memiliki hasrat sedemikian, mau betanding atas lambang sendiri kerana orang-orang Cina mengatakan selagi MCA bersekongkol dengan UMNO mereka akan tersingkir dan ini ternyata benara dalam keputusan pilihanraya 2008...

GERAKAN juga sudah beberapa kali didesak dari dalam untuk keluar dari Bn dan bertanding atas lambang sendiri...dan mereka juga menimpa nasib yang sama seperti MCA kerana pengundi Cina melihat Gerakan sebagai sayap UMNO dan jadi pak turut sahaja.

DAP hampir 100 peratus parti Cina mendapat keuntungan walaupun mereka tak pernah menjadi menteri atau memerintah tetapi atas kemarahan pengundi Cina keatas Gerakan dan MCA..Pulau Pinang dapat diperintah oleh mereka....

Maka, Gerakan,MCA dan MIC tersepit dicelah-celah pakatan kuasa ini. PAS pula menangguk didalam air yang keruh...semua kubu kuat UMNO mereka tembusi akibatnya UMNO berkurangan majoriti untuk membentuk kerajaan.

Pakatan pembangkang berjalan begini-DAP gasak pengundi Cina untuk meninggalkan MCA dan Gerakan, PAS gasak UMNO untuk melarikan pengundi Melayu daripada UMNO dan Parti Keadilan mengasak pengundi Melayu, Cina dan India untuk menyokong mereka. Akibatnya , parlimen dikuasi majoriti mudah sahaja...

Politik Malaysia kini berada didalam istilah " shadow boxer double tounge"....pasti MIC terasa terkena tumbukan shadow boxer ini.....maka UMNO dituduh penyeba,penaja dan dalangnya..Tidak mungkin MIC akan menyertai Parti Keadilan atau membentuk pakatan baru bersama dengan PKR sekira agihan kerusinya kena pada tempat...sebaba itulah dilihat Anwar Ibrahim masih menjadi alternatif kepada semua pihak...

Bagaimana , kalau UMNO mendaftar lambangnya untuk membolehkan bertanding atas lamabang sendiri...jawapannya payah dan tidak mungkin kerana lambang UMNO ada keris itu telah dibunuh awal oleh MCA dan Gerakan dalam isu keris....mau tak mau UMNO mesti memiliki lambang baru,warna baru ...barulah mendapat semula kepercayaan orang Melayu..UMNO perlu menukar namanya kepada yang baru.....maknanya untuk pilihan raya akan datang sudah pasti isu menggunakan lambang sendiri menjadi duri dalam daging..

Tuesday, March 9, 2010

Sambutan Satu Tahun PRU -8/3/2008-8/3/2010

Genaplah semalan PRU 12 berusia 2 tahun. Lima negeri iaitu Kelantan (tradisi), Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Perak kini kembali ke tangan BN , sesuatu yang hangat diperkatakan tetapi dalam demokrasi memungkinkan sesuatu itu berlaku- walaupun satu tetap dikira menang-Full Stop.

Oleh kerana PR baru berpolitik, mereka rasa keadilan tidak berpihak pada mereka, tetapi mereka lalai dan lupa bahawa "pergerakan politik" sentiasa diperhati dan dihalusi dan mereka rasa mereka kebl dan tiapa sesiapa boleh mencabar dan merobha. Ini bacaan politik yang silap.

Tiada apa yang boleh didoakan- ursan dunia ialah urusan kita terutama politik. ALLAH tidak campur walaupun kita memohon kepada NYA. Kesilapan orang politik ialah mencampu-adukkan politik dengan agama. Kejayaan politik bukan kehendak ALLAH dan sesuatu RAHMATNYA kepada insan. Inilah silapnya. 1,400 tahun Islam berevulosi, Nabi Muhammad tidak mengatakan satu hari UMNO ataupun PAS lah parti politik yang ada beliau maksudkan sebagai yang dikehendaki oleh Islam untuk memperjuangkan tentang agamanya.

Islam untuk orang yang berimam kepada ALLAH....tiada siapa yang diautoriti atau berautoriti...idak ditanya parti mana kita sokong atau kita menjadi keahliannya.

Saya tidak mahu selaku Muslim atau orang yang berimam , parti politik memperkatakan tentang merekalah yang mewakili dan berautoriti untuk Islam yang mesti kita ikuti....



Saturday, March 15, 2008

PILIHANRAYA 2008 KALI KE-12

Wow. Tidak disangka dan terkejut begitulah keputusan Pilihan Raya kali ke-12 yang diadakan pada 8hb Mac 2008.
Barisan Nasional (BN) yang angkuh dan sombong hanya mampu dapat 142 kerusi dan dikira hanya menang mudah (simple majority) dan pakatan pembangkang PKR,PAS dan DAP mendapat 80 kerusi.
Bagi peringkat Dewan Undangan Negeri , Kelantan dikuasai oleh PAS, Kedah juga dikuasai buat kali pertamanya , Pulau Pinang (Pulau Mutiara) dikuasai oleh DAP buat kali pertamanya ,Selangor oleh PKR buat kali pertama dan setakat blog ini ditaip Perak juga sudah dikuasai oleh pakatan pembangkan tetapi masalah Menteri Besar belum selesai lagi.
Yang amat menarik negeri Perlis yang dikuasai oleh BN juga masih belum menentukan Menteri Besarnya termasuk Terengganu yang juga berada didalam keadaan limbo!!!!