Showing posts with label Aliran Perjuangan Bangsa Melayu. Show all posts
Showing posts with label Aliran Perjuangan Bangsa Melayu. Show all posts

Thursday, November 19, 2009

Siapakah Yang Menubuhkan UMNO ?-Bahagian 3

Setelah di adakan perjumpaan-Kongres orang-orang Melayu seluruh Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia yang pertama di Sulaiman Club , satu lagi perjumpaan telah menyusul di Johor satu lagi perjumpaan untuk menjadikan pakatan tersebut sebagai satu pertubuhan yang legitimate atau sah untuk melantunkan orang Melayu kesatu tahap pergerakan bersepadu yang lebih mantap , dan perjumpaan kali ini telah memilih istana, Istana Besar Johor, Johor Baharu sebagai tempat pertemuan seterusnya.

Perjumpaan yang diadakan pada 11hb Mei 1946 telah menamatkan riwayat Kongres Melayu Pertama di Kuala Lumpur dan tercatitlah didalam tinta sejarah perjuangan Melayu selepas Perang Dunia ke-2 bahawa orang-orang Melayu mampu dan boleh bersatu buat kali pertamanya melalui perjumpaan Kongres tersebut.

Petikan ucapan Dato Onn bin Jaffar didalam perjumpaan yang pertama kali sebagai Pengerusi Kongres di Sulaiman Club Kampung Baru,Selangor ;
-" Yang Amat Mulia Tengku-Tengku , Dato-Dato, dan Saudara-Saudara Lelaki dan Perempuan sekalian, sebelum saya ucapkan berkenaan dengan tujuan atas pasal yang pertama di dalam agenda mesyuarat ini , saya ucapkan terima kasih dengan setulus-tulus hati kerana kerhormatan yag tinggi yang telah tuan-tuan kurniakan kepada saya dengan melantik saya sebagai Pengerusi bagi persidangan yang sangat bermakna ini dari wakil-wakil umat Melayu dari segenap negeri dan jajahan Tanah Melayu ini. Saya mencadangkan kongres ini, tetapi mereka yang menanggug keberatan oleh itu saya ucapkan terima kasih.

Kepercayaan tuan-tuan ialah suatu benda yag tidak dapat saya lafaskan dengan lidah. Perbuatan tuan-tuan atas saya inilah suatu lafas kepercayaan tuan-tuan atas mustahaknya persidangan sebagaimana yang berkumpul di sini ini dan atas kemahuan dan keazaman tuan-tuan dari rundingan-rundingan dan keputusan hari ini hendak membinakan tapak-tapak bangunan yang akan menghasilakn dan mengsahkan cita-cita bangsa kita yang telah lama di idam-idamkan iaitu persatuan di antara kita sendirian.
Apakah maksud dan tujuan yang telah menghimpunkan kita beramai-ramai di sini hari ini ?
Adapun kita ini ada menaruh fikiran faham yang lainan-lainan dan apa jua taraf dan kedudukan kita itu bahawa adalah satu sahaja hakikat dan kehendak kita itu, iaitu- kita berkehendak meninggikan dan memeliharakan maruah serta kesopanan bagsa kita-kita berkehendak tanah air dan bangsa kita ini terselamat dan kuat,kedua-duanya itu hanyalah boleh terselamat jika kuat dan hanyalah boleh kuat jika bersatu padu. Dan lagi kita berkehendak mengambil bahagian dan pikulan kita pada menolakkan, selagi ada masanya,akan keyakinan yang di sebabkan oleh kebinasaan dan kehapusan bangsa kita itu. Kita berkehendak melihat supaya berhasil persatuan di antara bangsa kita ini di sokong dan di bantu dengan sepenuh-penuhnya serta secukupnya keputusan kehendak zaman yang ada ini .
Pada waktu dan zaman kehidupan kita ini setelah ditimpa suatu peperangan yang tiada bandinganya didalam tawarikh dunia ini maka sekalian manusia didalam segala negeri adalah berharap akan dapat merasai suatu keadaan berharap yang lebih baik dan lebih selamat daripada yang sudah.
Adakah kita berkehendak memandang sahaja akan hal-hal itu atau adakah kita berkehendak juga menyangi mereka.Belumlah pernah lagi terhadap kepada kita suatu peluang bagaimana yang ada ini pada memilih yang mana kita berkehendak itu. Adakah kebahagiannya atau kecelakaanya. Maka pilihan itu adalah terbuka kepada tuan-tuan sekalian pada memilihnya.Timbangan neraca nasib bangsa kita adalah didalam genggaman tuan-tuan pada hari ini .
Keputusan dan pilihan tuan-tuan itu akan menentukan sama ada sekiranya kita akan mengambil bahagian yang terpuji pada memberatkan timbangan neraca itu kepada mendatangkan kepercayaan daripada kebimbangan dan kebahgian daripada kesengsaraan.
Adapun kemudian daripada kemalangan yang terbit daripada peperangan dunia yang baharu lepas ini maka bangsa-bangsa dunia telah bersatu padu mengadakan suatu ikhtiar bagi menyelamatkan dirinya daripada dibinasakan oleh bangsa yang lain-lain serta mengadakan suatu ikhtiar bagi membetulkan perkara-perkara yang mendatangkan kesusahan kepadanya dengan tidak payah lagi bermusuh-musuhan.Maka daripada ikhtiar itu zahirlah U.N.O itu.Orang-orang Melayu diseluruh Semenanjung Tanah Melayu ini telah mendirikan persekutuan,persatuan,kesatuan,parti dan pergerakan kesemuanya dengan satu tujuan iaitu hendak menyatukan dan memperbaiki keadaan kehidupan bangsanya.Maka hanya iaitu telah didirikan persekutuan dan lain-lain itu telah membantutkan tujuan kesemuanya dan tiap-tiap sebuah daripadanya itu maka daripada bersatu hati telah tersemai pula benih yang kelak membawa kepada berpecah-belah .
Perusahan kita itu tiada menyamai dengan cita-cita dan tujuan-tujuan kita.Terbayanglah disini bayangan berpecah belah dan kehampaan. Kedengaranlah kepada kita ejek-ejekkan dan celan-celan oleh tiada berhasil bagaimana cita-cita kita itu.
Kiranya telah ada berpecah- belah itu maka hendaklah kita memperbetulkannya,adakah kita berfikir perbuatan ini tidak terdiri kepada kita membuatnya .
Sebagaimana bangsa-bangsa dunia telah berkumpul pada mengadakan suatu ikhtiar bagi keselamatanya dan supaya mempertahankan serangan diatas dan supaya perkara-perkara boleh dapat diperbaiki.Maka demikianlah Persekutuan tanah Melayu dan lain-lainyaitu hendaklah berkumpul supaya kesungguhan-kesungguhan orang-orangnya akan dapat diperbaiki dan diselamatkan
Adapun ikhtiar yang terbuka kepada umat Melayu itu ialah mengadakan persatuan diantara kesatuan-kesatuan iaitu berdiri serta berpegang kepada persatuan itu.
Dari segala corak merupa Semenanjung Tanah Melayu ini telah kedengaran kita seruan supaya bersatu dan pada hari ini kesungguhan seruan itu akan teruji dan tatkala didalam ujian itu maka tuan-tuan yang mewakili mereka hendaklah bersatu suara supaya seruan itu akan dapat sahutanya.
Tunjukkan-lah bahawa kita ini sebenarnya keturunan datuk nenek kita yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati.
Dengan bersatu itu sahaja akan dapat kita menghadap masa yang akan datang dengan harapan akan jaya cita-cita kita itu.
Hadaplah apa-apa yang akan datang itu dengan hati yang kukuh dan perasaan yang sabar serta dengan sepebuh-penuh kepercayaan diatas keikhlasan niat-niat dan tujuan-tujuan kita itu.InsyaAllah pada suatu hari kita akan hidup didalam cahaya sinara kemerdekaan sama taraf dengan orang-orang yang merdeka dan menjadi kemegahan kepada diri kita sendiri. Saya telah mendengar iaitu persatuan di antara orang-orang Melayu akan menjadi merbahaya kepada lain-lain bangsa di dalam Semenanjung Tanah Melayu ini akan tetapi saya tidak mengerti apa sebabnya. Sebaliknya pula persatua-persatuan umat Melayu itu akan menjadi lebi -lebih membawa kepada ketetapan dan keadilan didalam negeri kita yang didalamnya kita sentiasa telah memberi akan tetapi tiada mendapat balasan yang berpadan denganya. Berlawan-lawan didalam segala perkara kehidupan sememang telah ada dan masih akan ada lagi akan tetapi berlawanannya yang benar tidak patut dibimbangkan bahkan patut di sambut.
Sungguh pun pada masa setahun atau lebih yang baharu lepas ini telah berlaku beberapa kejadian diantara bangsa-bangsa yang telah mencacatkan kehidupan beribu-ribu orang yang telah hidup dengan baik dari semenjak sebelum semenanjung ini diperintah oleh satu bangsa akan tetapi tiada patut disebabkan bahawa kesatuan diantara orang-orang Melayu itu akan membawa kepada pergaduhan dan perkelahian lagi.
Sebelum saya tutupkan percakapan ini saya maka saya hendak bercakap sedikit bagi maruah dan nama bangsa kita. Ada puan tuan-tuan yang berhimpun di sini pada hari ialah wakil-wakil yang terpilih dan tiap-tiap sepatah perkataan serta tiap-tiap satu gerakan dan perbuatn tuan-tuan itu akan ditimbangkan dan diperhatikan .Yang demikian itu jemputlah menjalankan rundingan kita ini dengan keadaan berbaik-baik dan berikhlasnya hati dan jika sekiranya ada yang hendak mendatangkan teguran maka biarlah teguran-teguran barang yang bernas dan memberi faedah.
Tuan-tuan adalah dikehendaki memberi satu keputusan sahaja iaitu adakah atau tidak hendak dijadikan U.M.O. itu butir-butir perpaduan dan perjalanan U.M.O itu ialah perkara yang tuan-tuan juga mesti menetapkan. Sanya saya hanyalah meminta supaya fikiran dan syor-syor yang berfaedahtak kala dibuka dibukakan peluang-peluang bagi merundingkan perkara-perkara itu. Demikianlah percakapan saya dengan mengulangi sekali lagi sepenuh terima aksih daripada hati saya yang ikhlas, adanya ".
(Ucapan yang pertama Dato Onn ini telah mendapat sambutan dn perhatian dari bangsa Melayu seluruhnya yang pada masa itu sedang ternanti-nanti hendak mendapat seorang pemimpin. Setelah berlaku perbincangan yang panjang lebar atas nama bakal diberikan kepada pertubuhan ini maka kongres itu telah bersetuju dengan nama United Malay National Orgasisation atau ringkasnya UMNO dan dengan nama Melayunya " Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu " . Teks ucapan Dato Onn diatas adalah dalam tulisan Jawi -Sumber UMNO 10 Tahun 1946-1956)

Monday, November 16, 2009

Siapakah Yang Menubuhkan UMNO ?- Bahagian 2











Tanggal pasa 1hb,2hb,3hb dan 4hb Nac 1946,41 buah Pertubahan, Persatuan dan Kesatuan Melayu, termasuk Kaum Ibu dan Kaum Darat (Sakai) telah hadir di Kuala Lumpur. Sebanyak 107 orang wakil dan 56 pemerhati rasmi dari tiap-tiap buah negeri dan jajahan di dalam Semenanjung Tanah Melayu telah memenuhi bangunan kelab Sultan Sulaiman Kampong Baru tersebut manakala beribu manusia telah berkumpul di padang halaman kelab itu mendengar wakil-wakil itu membincang soalan-soalan yang di hadapi oleh mereka dengan panasnya .

Untuk catitan sejarah maka dibawah ini diturunkan satu persatu pertubuhan-pertubuhan,persatuan-persatuan dan kesatuan-kesatuan Melayu yang telah menghantarkan wakil-wakil dan pemerhati-pemerhati ke kongres itu :-


1.Johor

Pergerakan Melayu Semenanjung Johor,Hohor Baharu dan Persatuan Melayu Segamat Johor.

  1. Dato Onn bin Jaafar (Ketua)
  2. Tuan Haji Syed Isa bin Alwi Sahabab
  3. Tuan Syed Abdul Kadir bin Mohd bin Yahya
  4. Tuan Syed Alwi bin Sheikh Al Hadi
  5. Encik Mohd bin Manap
  6. Encik Wan Ibrahim bin Hitam
  7. dan 20 orang pemerhati

Persekutuan Melayu Keluag Johor

  1. Encik Manaf bin Buyong
  2. Encik Kaptain Ahmad bin Mohd Dom
  3. Encik Abdul Rahman bin Jaafar
  4. Tuan Haji Ismail Hussein
  5. 5.Encik Saadon bin Haji Zubir
  6. Encik Alwi bin Haji Jamil

Kesatuan Melayu Johor,Muar

  1. Tuan Doktor Hamzah bin Haji Taib
  2. Tuan Haji Mohd bin Haji Hussein

2. Kedah

Kesatuan Melayu Kedah

  1. Tuan Haji Husin Che Dol (Ketua)
  2. Encik Ayub bin Abdullah
  3. Encik Abdul Hamid bin Abdullah
  4. Encik Senu bin Abdul Rahman
  5. Encik Omar bin Din (sekarang Doktor)
  6. Tuan haji Mohd Rejab bin Haji darus (Pemerhati)
  7. Tuan Haji salleh bin Shamsuddin (Pemerhati)

Seberkas

  1. Encik Mohd Jamil Binjal (Ketua)
  2. Encik Ir.Harun Taib
  3. Tuan Haji Mohd Saudah
  4. Tuan Haji Omar Salleh (Pemerhati)

3. Kelantan

Persekutuan Persatuan Melayu Kelantan

  1. Tuan Haji Faizulah Samin
  2. Encik Mohd bin Yusof
  3. Tuan Haji Ishak Latif bin Omar

Persatuan Melayu Kelantan

  1. Dato Nik Ahmad Kamil Mahmud (Ketua)
  2. Tuan haji Ahmad Masi Ismail
  3. Encik Ismail bin Ibrahim

4. Melaka

Pergerakan Melayu Semenanjung Melaka

  1. Encik Mohd Ali bin Mohd

Kesatuan Melayu Melaka

  1. Encik Mohd bin Ali Mohd Salleh (Ketua)
  2. Encik Mohd Yusof bin Harun
  3. Tuan Haji Talib bin Abdul Karim
  4. Encik Jaafar bin Alang

5.Negeri Sembilam

Persatuan Melayu Negeri Sembilan

  1. Tengku Mohd bin Tengku Besar Burhanuddin
  2. Tengku Hussein bin Tengku Yahya
  3. Raja Mohd Nurludin bin Raja Dali
  4. Tuan Sheikh Ahmad bin Sheikh Mustaffa
  5. Yang Berhormat Purba Osman
  6. Encik Mohd Idris bin Mat Seal

6.Pahang

Persatuan Melayu Pahang

  1. Encik Mohd Yassin bin Mohd Salleh (Ketua)
  2. Encik Shariff bin Daud
  3. Encik Abdul Rahman bin Talib
  4. Encik Mokhtar Haji Daud
  5. Encik Jaafar bin Haji Mohd Nor
  6. Encik Yahya bin Mat Shah

Wataniah

  1. Nurlidin bin Ibrahim

Persekutuan Guru-Guru Melayu Pahang

  1. Abdul Razak bin Haji Hussein

7.Seberang Perai

Persatuan Melayu Seberang Perai

  1. Encik Hashim bin Awang
  2. Tuan Haji Ahmad bin Haji Abdul Malik
  3. Encik akaria bin Salleh
  4. Encik Mohd Saufi bin Sheikh Ibrahim
  5. Encik Abdul Hamid bin Said (Pemerhati)

8.Pulau Pinang

Kesatuan Melayu Pulau Pinang

  1. Encik Ibrahim Mohd (Ketua)
  2. Encik Abdul Hamid Abdul Hamid
  3. Encik Mohd bin Zainal (Pemerhati)
  4. Encik Abu Hussein bin Omar (Pemerhati)

Pesatuan Melayu Pulau Pinang

  1. A.M.Yusof Zailidin (Allahyarhmah,Ketua)
  2. Tuan Haji Shah Ali
  3. Encik Mohd Zain bin Ahamd

9. Perak

Perikatan Melayu Perak

  1. Tuan Haji Abdul Wahab (Dato Panglima Bukit Gantang)
  2. Yang Amat Mulia Raja Kamarulzaman bin Raja Mansor ( Raja Kecil Tengah)
  3. Encik Zainal Abidin bin Haji Abas (sekarang Dato)
  4. Tuan Haji Ismail Hamzah (Mufti Perak)
  5. Yang Mulia Raja haji Saad Shah bin Raja Harun
  6. Encik Sulaiman bin Darus
  7. Encik Wan Mohd Yusoff ( Dato Panglima Kinta-Pemerhati)
  8. Wan Mohd Nor bin Wan Mohd Nasir ( Dato Muda Orang Kaya Menteri-Pemerhati)
  9. Yang Mulia Raja Azman bin raja kamarulzaman (Pemerhati)
  10. Encik Tajuddin bin Uda Isa (Pemerhati)
  11. Encik Mohd Tengah bin Haji Mohd Nur (Pemerhati)
  12. Encik Cik Mohd Yusof bin Sheikh Abdul rahman (Pemerhati)
  13. Encik Megat Yunus bin Megat Haji Mohd Isa (Pemerhati)
  14. Cik Putih Mariah binti Ibrahim Rashid (Pemerhati)

Persatuan Melayu Perak

  1. Encik Mohd Zahir bin Setia raja (Allahyarhmah-Ketua)
  2. Tuan Sheikh Hamzah bin Muthali
  3. Cik Saniah binti Mahmud (Pemerhati)

Persatuan Muslim Teluk Intan

  1. Encik Baharom bin Mahayuddin (Ketua)
  2. Encik Mohd Shahabuddin bin Mohd Yusof

Persatuan Melayu Cenderiang

  1. Yang Mulia Raja Lop Shaharuddin
  2. Encik Othman bin Haji Mahaluddin

Persekutuan Muhibbah Malim Nawar

  1. Encik Ahmad bin Haji Abdullah

10. Perlis

Persatuan Melayu Perlis

  1. Encik Wan Ahmad bin Wan Daud
  2. Encik Salleh Osman
  3. Encik Mohd Taharim bin Haji Ibrahim

11. Selangor

Pergerakan Kebangsaan Melayu Selangor

  1. Yang Berhormat hamzah bin Abdullah (Ketua)
  2. Encik Kamaruddin bin Haji Sulaiman
  3. Encik Mohd Arus bin Osman
  4. Tuan Haji Mohd Saidin

Ikatan Setia Kampung Baru

  1. Encik Abdul hamid bin Husin
  2. Encik Shahminan bin Bondak

Pinang Perikatan Kelab

  1. Encik Baginda Buyong
  2. Encik Lop Ahmad

Dewan Perniagaan Melayu Malaya

  1. Encik Baharuldin bin Dato Kancil (Ketua)
  2. Encik Idris Akim
  3. Encik Sidek bin Mohd

Persatuan Penghulu-Penghulu Selangor

  1. Yang Mulia Raja Othman (Ketua)
  2. Encik Mohd Zakaria
  3. Yang Mulia aja Abdul Rahman

Persekutuan Guru-Guru Melayu Selangor

  1. Encik Mohd Yasin bin Mahmud
  2. Encik Mohd Nur bin Jamalus

DarulEhsan Kelab,Jeram

  1. Encik Omar bin Haji Husin (Ketua)
  2. Encik Ishak bin Bulat (Pemerhati)

Persatuan Kaum Ibu Selangor

  1. Cik Zaharah Tamin
  2. Cik Kamsiah Ibrahim
  3. Cik Siti Noraini Hanim

Persekutuan Bawyan Selangor

  1. Encik Mohd Said bin Abdul Rahman
  2. Encik Mohd Mahadun bin Husin

Persekutuan Melayu Ulu Selangor

  1. Encik yahya bin Mohd Sani
  2. Tuan Haji Arshad
  3. Encik Shahrom bin Haji Abdul Rahman

Persatuan Melayu Daerah Sabak Bernam

  1. Encik Mahamuddin bin Ali
  2. Encik Lop Salleh bin Long

Kaum Darat (Sakai) Selangor

  1. Encik Abu bin Busu (Ketua)
  2. Encik Laina bin Khamis
  3. Encik Chanuwa bin Sallah

Persatuan Melayu Jawatan Rendah Selangor

  1. Encik Mohd bin Idrus
  2. Encik Abu Bakar bin Haji Arshad

11. Singapura

Kesatuan Melayu Singapura

  1. Encik Abdul Rahim Ibrahim (Ketua)
  2. Tuan haji Embuh Suloh

12.Terengganu

Persatuan Melayu Terengganu

  1. Yang Berhormat Dato Nuar
  2. Encik Ibrahim bin Mohd

SeMalaya

  1. Encik Dr.Burhanuddin Al Hilmi (Ketua)
  2. Encuk Zulkifli Uni
  3. Encik Hashim Tahrr
  4. Encik M Madazah
  5. Encik Haluddin Hamzah
  6. Encik Ahmad Boestaman
  7. Encik Baharuddin Tahir (Pemerhati)
  8. Tuan Haji Omar (Pemerhati)
  9. Tuan Ahmad Daud (Pemerhati)
  10. Encik Jaafar Tan (Pemerhati)
  11. Encik Tan Chik (Pemerhati)
  12. Encik Abdul Razak (Pemerhati)
  13. Encik Nong (Pemerhati)
  14. Encik Salleh (Pemerhati)
  15. Ustaz Kassim (Pemerhati)
  16. Encik Arshad Azahari (Pemerhati)
  17. Encik Dahari Ali (Pemerhati)
  18. Encik Musa Ahmad (Pemerhati)
  19. Encik Zahadar (Pemerhati)
  20. Encik Hashim Salim (Pemerhati)
  21. Encik Selamat bin Abdul Kadir (Pemerhati)
  22. Encik Abdul Rahman (Pemerhati)

Pembantu Indonesia Merdeka SeMalaya

  1. Encik Abdul Hadi Nur (Pemerhati)
  2. Encik Rijan Mahmud (Pemerhati)
  3. Tuan Haji Mohd Nur Bakri ( Pemerhati)

Inilah satu perjumpaan kebangsaan Melayu yang besar yang belum pernah berlaku sepertinya didalam sejarah Tanah Melayu ini.

Duli Yang Maha Mulia Hishamuddin Alam Shah.K.S.M.J ,Sultan Selangor telah membuka persidangan itu dan Dato Sir Onn bin Jaafar telah mempergusikanya .Didalam Kongres inilah wakil-wakil yang hadir telah bercakap berapi-api meluapkan kandungan hati mereka yang panas terhadap Malayan Union dan perbuatan zahir kerajaan British itu dengan berterang-terang dengan tidak berkecuali lagi.

Bagi kali yang pertama didalam sejarah Tanah Melayu dibawah penjajahan, Kaum Ibu Melayu telah mengambil bahagian yang cergas dan menunjukkan semangat perjuangan mereka yang tidak gentar, manakala Cik Zaharah Tamin wakil Persatuan Kaum Ibu Selangor telah bercakap dengan semangat yang berapi-api yang telah mendapat sambutan tepuk bergemuruh didalam kongres itu .

Encik Abu bin Busu (Allahyarhmah) wakil Kaum Darat (Sakai) Selangor telah bercakap.walaupun dengan pelat mengikut lidah kaumnya,menzahirkan semangat perjuanga dan berikrar bagi kaumnya, sedia menyokong dan berdiri teguh dibelakang orang-orang Melayu didalam perjuangan kerana hak itu. "Nasib kami adalah bergantung kepada nasib orang-orang Melayu",katanya.(Sumber:petikan daripada : 10 Tahun 1946-1956)