Saya datang daripada kawasan Parlimen yang calon BN-nya kalah, calon DUN bandar dimenangi oleh DAP dan DUN luar bandar dimenangi oleh BN.
Rata-rata dikedai kopi, mesjid, surau dan lain-lain function,orang ramai berkata zaman UMNO sudah berakhir dan mungkin tidak akan bertaring semula . Banyak kedai kopi ,selalunya tumpuan kedai "ala Thai " pada suatu ketika dulu sebelum pilihan raya penuh sesak hingga tiada tempat duduk . Sentiasa penuh dan taukeh tersenyum lebar kerana mengaut keuntungan besar. Kebelakangan ini semua kedai kopi mamak atau ala Thai lenggang,; tidak seperti dulu lagi. Orang UMNO sudah duduk dirumah . Tiada lagi kelibat orang UMNO disana-sini . Ia sudah tidak serupa dahulu lagi . Pergilah kemana sahaja, di pekan Gerik pun semacam sahaja .
Orang veteran UMNO semuanya mengeloh , "apa sudah jadi dengan tongkat sakti UMNO yang dipusaki dari satu keturunan", kata ahli veteran yang saya kenali lama . Beliau mencadangkan untuk UMNO kembali ke pangkal jalan dan menarik semula hati orang Melayu mencintai UMNO, katanya seperti berikut;
- "Hadkan tempoh pemegang jawatan Presiden Parti kepada 3 kali three terms) pemilihan sahaja.Tiada re-election. Lepas itu cabut biarkan orang lain pula memerintah. UMNO ini bukan sangat sudah nak ditabirkan", katanya .
- "Ujudkan 3 jawatan Timbalan Presiden-iaitu Timbalan 1; Timbalan 2 dan Timbalan 3 dan tempoh mereka pun 3 kali pemilihan sahaja. Tiada re-election", beliau meneruskannya.
- "Pilih 3 lagi jawatan Naib termasuk yang ada sekarang , jadi 9 orang naib Presiden.Tempoh mereka juga yang 6 orang ini 3 kali pemilihan sahaja. tiada re-election', terusnya.
- "Pilih 100 orang Ahli Majlis Tertinggi termasuk Pengerusi Perhubungan Negeri dan tempoh mereka 3 penggal sahaja,lepas itu boleh belah tiada re-election", tutupnya.
Beliau berkata diperingkat cawangan pun termasuk pemuda , wanita dan puteri juga beredar seperti berikut perkara 1 hingga 4 diatas. Di peringkat Bahagian pun turut mengikut peraturan seperti yang beliau syorkan itu .
Pada pandangan beliau , "hanya pemimpin berjiwa besar sahaja yang berani membuat perubahan kalau beliau benar-benar ikhlas tidak autokratik . Lihatlah Lee Kaun Yew dan diikuti oleh Tun Dr.Mahathir "gugur dulu"sebelum masak . Ia satu contoh yang baik dan terpuji ".
No comments:
Post a Comment