Oleh:Wee Kim Wee
United Press
Telah banyak rencana-rencana tentang P.Ramlee yang di tulis oleh Pengarang2 dan Pemberita2 Majallah2 Filem Melayu.Sejak P.Ramlee memegang peranan utama dan menyanyi lagu2 sukaramai dalam filem beliau telah menjadi sasaran dan bahan rencana2 yang menulis .Baru2 ini, seorang wartawan China, Baba Wee Kim Wee, yang kini menjadi Pengurus syarikat warta berita United Press di Singapura menginterview seniman yang di pilih oleh pembaca-pembaca Utusan Filem dan Sports sebagai Seniman Filem Terbaik sekali dalam tahun 1953 itu di Studio Jalan Ampas dan inilah dia rencananya -istemewa bagi Utusan Filem dan Sport di Malaya dan majjalah terkemuka yang lain di seluroh dunia .
Baru-baru ini,beberapa orang perempuan telah pengsan dalam sebuah panggung wayang gambar di Singapura sewaktu melihat sebuah motorkar yang di naiki oleh seorang pemuda Melayu yang lawa telah berlaga dengan sebuah motorkar yang lain.
Pada suatu ketika yang lain pula, perempuan-perempuan telah menjerit sekuat2 hati mereka bila menonton suatu filem dalam mana orang muda itu telah di kerat kakinya.
Di Negeri Sembilan, beberapa murid lelaki telah datang ke sekolah pada satu hari dengan memakai misai .Berkerut2 kening guru mereka melihatkan misai2 itu. Bila ditanya budak2 itu menjawab,"kami nak meniru hero filem kami ".
"Hero" kepada murid2 itu dan pemuda yang menyebabkan beberapa orang perempuan pengsan dan menjerit2 ialah seorang pemuda Melayu yang ramah mulutnya bernama P.Ramlee,yang boleh disifatkan sebagai ' erole ' filem Melayu . Perbezaanya ialah erole filem tidak pandai menyanyi, Ramlee pandai menyanyi . Perempuan2 di Malaya, dan orang lelaki juga mengaku bahawa P.Ramlee mempunyai "suatu kelebihan"daripada lelaki yang lain.
Ramlee telah menduduki barisan yangpaling atas sekali dalam senarai bintang2 filem tempatan-llaki dan perempuan-sejak beberapa tahun yang lalu,dan nampaknya dia akan duduk lama disitu.Seperenggan ini ini belum ada seseorang pun lagi yang kelihatan dapat mengalahkanya. Seorang director memberitahu saya kelmarin,"dalam negeri ini tidak ada seorang pun seniman sepertinya dia jauh didepan .Dia hebat."
Kalau dibandingkan dengan seniman2 filem barat, seniman yang memegang Oskar Utusan Filem dan Sport itu bukan seorang yang besar badanga. tingginya cuma 5 kaki 7 inchi,beratnya 140 paun,kulitnya hitam manis dan matanya perang. Akan tetapi didalam filemnya, dia sentiasa dapat menumbangkan musuh2nya lepas seorang,seorang sebagaimana erole filem mengalahkan Basil Risibun dan lain-lain lagi dalam "Robin Hood"dengan pedang, dan akhirnya heroin2 dalam filem2nya kahwin dengannya.
Juga Ramlee seorang seniman yang baik-sedang erole filem tidak terkenal sebagai seniman yang bagus. Bila dicampurkan segala2 ini dengan suara"kerunangnya"maka penonton2 filem yang dilakukan oleh seseorang pemuda yang lawa.bijak berlakon dan berkata2.
Tetapi yang peliknya, Ramlee kini bujang .(Isterinya yang dulu ialah seniwati Junaidah-Pengarang) . "Saya belum berhajat hendak kahwin". katanya sambil tersenyum."saya takut kalau2 saya kahwin dengan seseorang perempuan yang cemburu".
Ramlee telah menjadi popular dengan cara mendaki gunong populariti selangkah demi selangkah,tidak seperti kebanyakan seniman2 Hollywood yang biasanya dijumpai oleh pengakap2 (talent scout) perusahan2 filem. Mula2nya dia telah mengambil bahagian yang kecil sahaja yang mana telah menjadi pengalaman kepadanya dalam hidupnya sebagai seorang pelakon.Pertama kali dia menunjukkan bakatnya ialah didalam satu peraduan menyanyi diPulau Pinang,tempat asalnya.Sesudah itu,dia telah ditest oleh director studio dan peranaanya yang pertama sekali didepan kamera filem pun diberikan kepadanya.Berikutan dengan itu dia telah mengamil role2 sebagai penjahat dan kelakar.Sekali pun pihak yang berkuasa distudio tidak teringat hendak menimbangkan soal memberi peranaan yang romantic kepadanya.
"Saya selalu mengkali dengan halus lakonan bintang2 filem British dan America",katanya kepada saya."Yang saya suka sekali ialah seniman Steward Greggor .Satu sahaj complain sya-kami tidak mendapat peluang yang banyak seperti bintang2 filem America dan British untuk berasmara dedepan camera".
Dinegeri2 Timur seperti India, China dan Jepun, seniman2 tidak dibenarkan mencium seniwati2,apatahlagi diMalaya dimana pelakon2 filem ialah orang Melayu yang berugama Islam, habis, seniman2 dibenarkna menunujukkan kasih sayangnya kepada seniwati2 dengan merenung muka seniwati2 itu dengan chahaya muka yangbermakna atau berpegang2 tangan sahaja.
Saya telah memberitahu Ramlee bukan diMalaya sahaja yang begitu,negeri2 Islam yang lain jugak melarang perbuatan bercium dalam fielm.
"Tidak,itu tak'betul'jawab Ramlee dengan suara agak nyaringsedikt,"cuba tengok Mesir? Bintang filem disana berasmara lebih hebat lagi dari pelakon2 filem British dan Amerika !"
Sama ada dia percaya atau tidak kebolehanya sebagai seorang seniman romatic disekat oleh tegahan2 ugama,Ramlee bagaimana pun,telah dapat menjadikan dirinya sebagai"romeo" filem yang utama dalam masa tiga tahun yang lalu.
Berdamping dengan kebolehanya sebagai pelakon,yalah kualitinya sebagai biduan.Semenjak tahun 1947,dia telah dipandang sebagai biduan yang paling disukai ramai diMalaya. Dalam peraduan yang pertama dia telah mendapat hadiah pertama,dan didalam dua tahun yang lalu dia telah mendapat nombor tiga dan nombor dua.
Ramlee membuat kerjanya bersungguh2.Dalam bilik make-upnya distudio M.F.P. dia bertempik,membuat2 muka dan gelak kepada dirinya sendiri didepan chermin muka. "Ini sahaja jalannya bagi saya berlatih untuk filem.Baba tahu sahajalah ,kami bukan ada guru2 drama seperti diHolloywood", Ramlee menerangkan kepada saya.
Pada hujung tahun ini tamatlah contractnya dengan M.F.P. P.Ramlee berchita2 hendak meluaskan pengalamanya dalam lapangan filem dan hasratnya ialah melawat London dan mungkin juga Holloywood.
Tetapi dia sedar bahawa peranan2 baginya ditempat itu aadalah terhad,apatahlagi role2 penting dan utama ,bagaimana pun, dia tidak khuatir tentang perkara ini.Ramlee hanya mahu mendapat pengalaman diluar negara sahaja,dan dengan itu,katanya dapatlah dia menggunakan pengalamanya itu untuk faedah filem2 Melayu bagi masa yang akan datang.
Kerana itulah dia tidak menjadi pelakon sahaja.Sesungguhnya, dia pernah menjadi Penolong pengarah,pegarah Music dan menggubah beberapa buah lagu untuk filem2 yang sudah2.Dan sekarang dia ingin pula mencuba menjadi pengarah.
"Kami diTenggara Asia sedar bahawa perusahan filem semakin lama semakin besar ditrantau ini" katanya. Orang2 Indonesia dan Jepun mau berkerjasama dengan kami untuk membina perusahan baru ini . Saya percaya dengan melatih diri saya sebagai suatu masa yang gilang gemilang bukan sahaja saya berlatih untuk diri saya,malah untuk seluruh perusahan filem Melayu umunya".kata P.Ramlee ,pemenang "Oscra"Utusan Filem dan Sport itu".
(Dipertik daripada UTUSAN FILM DAN SPORTS -Tahun 2-Nombor79-Selasa 4 Mei 1954)
No comments:
Post a Comment