Oleh: Bintang Kedjora Pk.
PADA hari Jumaát bersamaan dengan 17.7.53, kami ia-itu satu rumbangan guru dan murid sekolah Melayu di-kumpulan Kroh, sa-ramai kira2 60 orang yang di-ketuahui oleh Che'gu Abdul Rahman ( Guru Kumpulan Kroh) telah pergi melawat ka sa-buah kawasan lombonh bijeh timah yang dudok-nya di-Gunong Paku dan Tanah Hitam.
Lawatan kami itu ia-lah dengan kebenaran dari Tuan A.D.O Kroh,dan juga Tuan Manager lombong itu.
Kira2 pukul 9.00 pagi rombongan kami pun mulai bertolak dari Kroh menuju ka-Gunong Paku dengan sa-buah lorry,apa-bila kami sampai di-Klian intan, kami telah dapat sa-orang pemandu jalan yang bernama Enche'Ibrahim .Enche' Ibrahim ini ia-lah sa-orang pegawai yang kanan berkenaan dengan lombong itu,dan ia ada-lah di-wakilkan oleh sa-orang Manager lombong itu, untuk membawakan kami dan dia-lah juga yang telah memberi keterangan2 kan hal2 lombongyang tersebut itu.
Dari Klian Intan hingga ka-gunong Paku, kami telah menempoh jalan yang sukar sadikit,sebab jalan di-situ ada-lah mendaki gunong, hinggakan lorry yang membawa kami itu pun hampir2 tidak ternaiki-nya,dari sini kelihatan-lah sayup2 arah ka-bawah (Klian Intan) dan segala rumah2 yang di-bawah itu kelihatan kechil sahaja; Oh! Sunggoh indah pemandangan dari atas ini kata hati kechil kami, kemudian kira2 pada pukul 10.40 pagi itu juga rumbongan kami pun telah selamat sampai di-Gunong Paku yang kami tujui itu.
Sa-belum kami melawat ka-lombong yang besar di-bahagian atas-nya,kami telah singgah di-kaki Gunong Paku itu, kerana melihat chara mengambil bijeh di-dalam tanah,tempat mengambil-nya itu,ada di-korek satu lubang yang tingginya kira2 tujoh kaki sa-tengah,dan lebar-nya ada-lah anggaran sa-depa,lubang ini jauh-nya ka-dalam menurut keterangan dari Enche'Ibrahim ia-lah sa-jauh 150 kaki dan ada pulan bersambong ka-atas lagi kira2 sa-jauh 170 kaki di-dalam lubang ini ada rail untuk menjalankan kereta tolak,keadaan-nya sa-akan2 kereta api,kereta ini-lah yang membawa tanah2 itu keluar.
Pada mula-nya kami tidak berapa berani hendak masok ka-dalam mengikut lubang itu,kerana di-dalam-nya tersangat gelap tidak kelihatan apa2,tetapi untuk mengetahui dan menyiasat akan keadaan di-dalam lubang itu,maka kami telah masok juga hingga ka-dalam dengan meraba2 sampai kami di-dalam, kami telah berjumpa dengan-nya sa-oran China yang berkerja di-situ dan berhamptran dengan-nya ada terletak sa-buah lampu kabat untuk menjadi penyuloh ia bekerja itu, dan kami telah meminta pula sadikit2 keterangan daripada-nya,lepas itu kami pun keluar-lah dari itu, di-dalam lubang itu chara mengambil bijeh-nya ia-lah dengan di-korek dan di-lonsorkan mengikut satu lubang yang churam,di-bawah lubang itu ada sedia menanti sa-buah tong yang beroda lalu membawa-nya keluar.
Dan dari sini pula kami telah naik lagi ka-bahagian atas Gunong Paku itu kerana melihat lombong2 pula,mula2 kami sampai kami telah di-bawa oleh pemandu kami Enche'Ibrahim ka-sa-buah Work Shop yang membuat barang2 kegunaan lombong itu,lepas itu kami telah pergi pula ka-atas lagi,dan di-sini kami telah dapat melihat berbagai2 jenis dan chara2 jentera yang di-gunakan oleh pekerja2 di-situ, juga kami telah dapat melihat bagaimana bijeg2 itu di-ambil dan di-korek oleh jentera2pekerjaan orang pun berbagai2 macham, ada yang membawa kereta yang bernama DUMPER ia-itu kereta pembawa tanah yang berchampor bijeh,ada pula yang bekerja menjalankan jentera pengorek tanah,jentera itu bernama EXSEVITOR dan ada pula yang menjaga jentera penembak tanah bernama STONE FROMPENSOR, juga lain2 lagi orang2 yang bekerja di-situ nampak-nya kebanyakan daripada bangsa China ia-itu laki2 dan perempuan,ada juga sadikit2 orang Melayu dan orang Hindu.
Ada pun bijeh itu di-korek dari satu tempat dudok-nya rendah sadikit dari aras Gunong Paku itu, tempat itu bernama KOTA BUNYI , tanah yang berisi bijeh2 dinaikkan ka-Gunong Paku dengan menggunakan jentera penarek,tanah2 itu di-letak-kan ka-atas getah yang panjang dan sentiasa berjalan naik dan turun dari Kota Bunyi ka-Gunong Paku itu,getah itu berlapekkan roda2 yang sentiasa berpusing,keadaan-nya ada-lah saperti rantai bicycle,kata pemandu kami jentera ini baharu sahaja di-gunakan di-lombong itu,ia-itu mula di-gunakan dalam tahun 1952 yang baharu lalu,tanah2 yang di-bawa oleh jentera itu ia akan terchampak dengan sendiri-nya ka-dalam suatu kepongan yang luas,dan dari situ-lah pula baharu di-bawa tanah yang berisi bijeh2 itu ka-Tanah Hitam dengan menggunakan tong yang berjalan di-atas dawai,tong2 itu sentiasa berjalan pergi dan balek membawa-nya,ia berjalan itu ia-lah dengan kuasa electrik,dan menggunakan tinag tinggi-nya 50 kaki membawa ka-70 kaki dari tanah.
Dan lagi tong2 yang membawa tanah2 yang berisi bijeh itu, apabila ia sampai di-Tanah Hitam tong itu sendiri tertunggang membuankan tanah yang di-bawa-nya itu kepada suatu tempat,kemudian tanah2 itupun di-chuchi dan di-bersehkan elok2 lalu di-masuk,sesudah itu di-masokkan ka-dalam guni.
Sa-perkara lagi,ia-itu mengikut keterangan dari Enche'Ibrahim,lombong di-Gunong Paku itu telah di-buka pada tahun 1982 lagi,dan luas kawasan-nya ada-lah kira2 60 batu termasok-lah:- Kota Bunyi,Kepayang,Tanah Hitam,Telok Kajang,Gunong Paku,Empang Jenis,Telor Ayam,dan Pong; kawasan yang di-atas Gunong Paku itu sahaja ia-lah sa-luas tiga batu persegi,pada mula2-nya di-buka dahulu di-punyai oleh Raja Perak (Raja Abdul Rahman) tetapi ta'terator saperti sekarang,sekarang lombong itu telah di-punyai oleh RAHMAN HYDROLIC TIN LTD
(Dipetik: Mujjalah Guru December 1953)
No comments:
Post a Comment