Thursday, June 10, 2010
Palestine -O- Palestine.......
Untuk tempoh beratus tahun bangsa Arab tidak mempunyai kerajaan sendiri.
Setelah kejatuhan kerajaan Abbasiah di Iraq, kerajaan Ottoman atau Othmaniah Turki menjajah semua tanah Arab di awal kurun ke 16 , ketika itu bangsa Arab tidaklah dikira bebas . Kerajaan Othmaniah menguasi Eropah Selatan dan Timur , keseluruhan pantai Barat Semenanjung Arabia dan disebelah Timur hingga Telok Parsi. Kerajaan Parsi atau Iran kekal tidak dijajah oleh Othmaniah.
Selepas Perang Dunia 1 , British dan Perancis pula memasuki benua Arab dan pecah-perintah sehingga ke hari ini terjadinya negeri seperti Syria,Iraq,Trans Jordan,Palestine ,Lebanon,Hijaz,Oman dikuasi oleh British , manakala Syria dikuasi oleh Perancis...
Bermakna , selepas kerajaan Othmaniah mulai merosot dan mengecil kuasa pemerintahannya akibat Perang Dunia 1, maka pihak British dan Perancis menjadi kuasa baru penjajah di bumi Arab.
Hasrat bangsa Arab untuk merdeka dan berkerajaan sendiri tercapai dalam kurun ke 20 ini dan ada 20 buah negara Arab bukan satu negara Arab seperti yang dicita-citakan pada awalnya.
Salah satu perasaan atau kekecewaan bangsa Arab ialah kini ada 22 buah negara dan prospek untuk bersatu semakin tipis dan ini disedari oleh pihak British,Amerika,Russia,Perancis,german dan lain-lain negara yang ada mempunyai kepentingan disana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment