Tuesday, May 25, 2010

Kegusaran Kerajaan Tentang Subsidi RM 74 Billion Setahun

Terpampang di berita Tv dan akhbar tentang hasrat kerjaan untuk mengkaji pemberian subsidi yang mencecah RM 74 billion setahun. Alasan kerajaan telah kerugian dan membebankan walhal wang tersebut boleh didalurkan untuk projek pembangunan....subsidi perlu dihapuskan untuk Malaysia menjadi negara maju sepenuh - fully develop nation.

Kerajaan bertindak kerana asakan IMF dan Bank Dunia semata-mata mahukan sektor ekonomi Malaysia lebih terbuka bukan alasan untuk memberi kesenangan kepada rakyat Malaysia.....Biar rakyat Malaysia hidup dalam kesusahan asalkan barangan asing mudah membanjiri negara ini terutama FDI...

Apakah semenjak merdeka, kerajaan Perikatan dan kini BN yang menang tipis sudah melupai bahawa manifesto kempen pilihan raya ialah untuk menolong rakyat dan membantu rakyat. Maka rakyat memberi undi kerana rakyat mahukan balasan.Bodoh lah rakyat mengundi kerajaan yang tidak menolong mereka. Mana ada amalan selain daripada ini....

Kalau kerajaan gusar dan acap kali berkata rugi kerana menolong rakyat ia sudah pasti lari daripada kempen semasa piihanraya.....mungkin kali ini rakyat akan menolak BN sekali lagi....Rakyat di Utamakan, pencapian didahulukan.....1 Malaysia..

Apakah kegahiran kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju sepenuhnya. Siapakh yang dapat untung? Banyak mana rakyat mendapat keuntunganya. Tentulah yang mendapat untuk kaum pemodal -kapitalis....

Kemaruk ke sangat kita dengan FDI itu.....sedangkan tak sampai 20% negara ini menghasilkan hasilnya sendiri dan 80% di import....maka dengan pembatalan subsidi...rakyat hendak kemana?

No comments: