Saya dapati ramai orang-orang Melayu itu sendiri tidak memahami kandungan Perlembagaan Malaysia, saya juga tidak begitu arif tetapi atas rasa ingin mengetahui dan ada juga tanggungjawabnya kepada diri sendiri seperti "dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung ", saya ambil inisiatif sendiri untuk mengenali perlembagaan dunia iaitu Amerika, India, Great Britian, Russia, Singapura dan membuat perbandingan antara kesemuanya . Tiada satu pun yang boleh dikatakan "perlembagaan aku lebih baik daripada perlembagaan kamu ". kalau ada sesiapa mengatakan begitu ia adalah- bull shit........
Dalam mana perlembagaan mesti ada ketua negara atau head of state; ada yang berbentuk presiden, perdana menteri ,ada raja berperlembagaan bercapur tetapi pada dasarnya mesti ada seorang kepala atau ketua . Sistem ini bukan baru bahkan sudah ujud beribu-ribu tahun lamanya- seperti Pope mengetuai semua penganut Kristian, para sami menjadi kepala agama Hindu,Buddha, dan dalam agama Sikh mesti ada semacam tokoh Guru Nanak dan Islam mesti ada Imam dan Khalifah atau Tok Guru .....
Akibat penjajahan oleh kuasa Eropah bermula kurun ke 15 keatas negara Asia bermula daripada Afrika, India, Arab, Asia dan Cina , keseluruhan struktur ketua negara iaitu Raja dan Sultan telah dikalahkan oleh kuasa penjajah ini . Kuasa penajah Inggerislah yang paling memusnahkna sekali seperti diAfrika hilang segala sistem Ketua Raja Puak-Puak (Tribal King) , dibenua Arab semuanya ranap dengan terakhirnya Kerajaan Othmaniah (Turki) kecuali Jordan, Arab Saudi Malaysia,Brunei sahaja yang kekal menyimpan atau memberikan tempat kepada Rajanya berserta dalam pemerintahan negara. Dikalangan negara Asia, India yang paling hebat sekali berpolitiknya dan pertama merdeka tetapi semua Maharajahnya kini tinggal dalam kenangan sahaja.
Tidak ada seorangpun rakyat India pada hari ini yang mampu menandingi kehebatan Maharaja India baik dalam cara serta gaya kehidupan dan juga tinggalan Istana-istana mereka yang hebat-hebat belaka....
Raja-raja Melayu juga adalah warisan daripada pertembungan budaya Raja-raja India, Arab dan juga Cina , maka apabila British mahu mengakhiri kuasa kolonial mereka diAsia , mereka melihat sistem kesultanan Melayu amatlah unik yang mengandungi tradisi lama semua Raja-raja yang ada diAsia daripada benua Arab , India dan juga Cina dan mereka berpendapat ia adalah satu heritage (warisan) dunia yang perlu dipelihara dengan sebaik-baiknya yang melambangkan sifat sejagat. British melihat bahawa , orang-orang Melayu mahu lagi mengekalkan tradisi Raja-raja mereka dan menentang gagasan Malayan Union cadangan British yang mahu mengecilkan kuasa Raja Melayu seperti yang dilakukan di India, walhal di India apabila kuasa-kuasa Maharaja ini dihapuskan, rakyat India menyokong tindakan Inggeris kerana rata-dan ramai rakyat India hidup miskin dan melarat dan mahukan kesenangan hidup kerana Maharaja India hidup penuh kemewahana .
Akhirnya , apabila berakhirnya kuasa kolonial British, dunia menyaksikan England masih lagi mengekalkan Raja- mereka, dan beberapa negara Eropah betaraf ceremonial , nun jauh di Timur iaitu di Jordan bekas jajahan Inggeris masih lagi mengekalkan warisan Rajanya hingga kehari ini , diMorocco juga masih ada Rajanya , di Thailand masih juga masih ada Rajanya , di Brunei masih ada lagi Rajanya , di Jepun masih lagi ada Rajanya , di Tonga masih lagi ada Rajanya dan di Malaysia kita masih lagi ada Rajanya ....
No comments:
Post a Comment