sumber: Berita Harian 2 April 2008
Setuju jadi Pakatan Rakyat- begitulah tajuk utama BH yang melaporkan bahawa DAP,Pas dan PKR mahu mengwujudkan pakatan bersama-sama mereka untuk menikmati anugrah kuasa baru yang mereka milik di lima negeri iaitu Kelantan,Kedah,Pulau Pinang, Perak dan Selangor .
Sewajarnyalah mereka bersepakat dan membentuk pakatan pembangkang-Pakatan Rakyat kita selaku pundit politik mengalu-alukan usaha terutama Sdr Anwar Ibrahim adalah seorang berbakat dan berkaliber untuk emmimpin dan meneraju Malaysia tetapi telah difitnahkan hingga terkeluar daripada UMNO .
Saya mengenali Sdr Anwar diperingkat awal bagaimana beliau dibawa masuk kedalam UMNO setelah Tun Dr. Mahathir berjaya memujuk Sdr Anwar Ibrahim untuk aktif didalam UMNO. Tetapi siapakah yang masih ingat , siapakah yang bergerak diseluruh negara terutama dikalangan Pemuda UMNO untuk mengentengahkan Sdr Anwar Ibrahim? Ada diantaranya telah meninggal dunia. Bukan YB Dato Zaid Hamidi (kini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri), ya YB Datok Nazri Aziz mungkin ada tetapi masa itu beliau adalah Exco Pemuda termuda yang dilantik oleh Datuk Suhaimi Kamaruddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia), YB Datuk Tunku Adnan Mansor ( Setiausaha UMNO Malaysia -terkini) tidak ada tetapi seorang "carpet baggers" didalam politik UMNO dulu pernah menyiapkan poster untuk bertanding sebagai calon PAS di Lembah Pantai !! Datuk Abdul Ghani Othman -kini Menteri Besar Johor adalah "hand picked"oleh Sdr Anwar Ibrahim untuk bertanding sebagai ahli Parlimen di Johor , beliau adalah orang kilapan Sdr Anwar Ibrahim . Siapa lagi orang Anwar Ibrahim didalam UMNO . Kini ada amai lagi yang taat dan setia kepada Sdr Anwar Ibrahim .Mereka inilah yang membantu dari dalam semasa Pilihan Raya ke 12 baru-baru ini !
Apabila Sdr Anwar Ibrahim dipenjarakan, semua pengikutnya turut bersembunyi kerana takut akan perbuatan "witch-hunt" kerana orang yang berada dihadapan dan dibelakang Tun Dr.Mahathir berusaha menghapuskan elemen Sdr Anwar Ibrahim -ada yang disejukbekukan sekiranya menjawat jawatan kerajaan-ada yang diketepikan dan ada pula yang ditamatkan politik mereka semasa Pilihan Raya 1999.
Ramai juga yang sudah meninggal dunia dan terbaru adalah Dato Seri Megat Junid salah seorang yang bertanggung jawab mengaktifkan Sdr Anwar Ibrahim ke dalam UMNO . Yang terselamat dan masih lagi hidup dan aktif antaranya ialah YB Dato Tajuddin Abdul Rahman Ahli Parlimen Kampung Gajah (kini Ketua UMNO Bahagian) pernah menjadikan rumahnya di Jalan Beka Damansara sebagai markas untuk Sdr Anwar Ibrahim berkempen bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Tetapi, ada seorang insan yang sudah meninggal dunia yang pertama sekali memberi tapak kepada Sdr Anwar Ibrahim kedalam politik UMNO - beliau ialah bekas ADUN Lintang , arwah Dato Mohd Padil Haji Harun berserta dengan AJK Pemuda UMNO Bahagian Sungai Siput telah mengadakan perjumpaan /perhimpunan terbesar Pemuda UMNO se-Malaysia iaitu Khemah Kerja Pemuda UMNO Malaysia di Pulau Mentimum dalam tahun 1987 dan dari sinilah Sdr Anwar Ibrahim terkenal diseluruh dunia politik UMNO !
Wahai penyokong dan orang kuat Sdr Anwar Ibrahim keluarlah dari persembunyian anda dan sekiranya berada didalam UMNO berbuatlah sesuatu kerana Sdr Anwar Ibrahim sudah pasti telah didistinikan untuk menjadi pemimpin besar seperti " a true success must be failed first". Ya , Sdr Anwar Ibrahim sudah melaluinya dan kini beliau sudah membuktikannya.
Politik orang Melayu kini terbuka luas bahawa UMNO itu bukan lagi sebagai "patron"orang Melayu.
No comments:
Post a Comment