Kita orang Melayu berbangsa dan berbahasa Melayu* Mengapakah kita dipanggil "Bangsa Melayu"dan bahasa kita dinamakan"Bahasa Melayu"? Hingga bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan di Tanahair kita ini* Soalan tersebut masih belum dipecahkan lagi.Melayu pada sebutan dan tulisan diserata alam Melayu terutama di Tanah Melayu, perkataan "Melayu"sentiasa disebut-sebut-bahasa Melayu.Dan disana-sini dijumpai bangsa Melayu, ada Melayu semenanjung, Melayu Johor, Melayu Kelantan, Melayu Kedah, ada Melayu seberang, Melayu Jambi,Melayu Minangkabau dan lain-lainya.Walaupun tempat keduddukannya berlainan-lainan,tetapi pada dasarnya adalah satu-bangsa Melayu.Sebutan "Mu l a y u " itu mengikut kepelatan lama,sebutan datuk nenek kita ialah "Melayu"(yu) M A L A I U bunyi dihujungnya iaitu diantara bunyi hadapan dengan bunyi atas, bukan ME LAYU".Semenjak tahun 1276 orang Melayu telah menerima agama Islam beransur-ansur hingga akhirnya 1409 mengikut tawarikh China sampailah ke Melaka.Ketika Melaka dizaman kegemilanganya,pertalian ini tidak sahaja merupakan anutan agama,bahkan adalah merupakan percampuran kebudayaan.Bangsa Arab membawa masuk tulisannya-tulisan yang dapat mempengaruhi jiwa orang Melayu. Tulisan ini diajarkan mereka kepada bangsa Melayu yang berkehendakkan untuk melengkapi alat-alat pelayaran,perasaan dan pemikiran.Bererti bahasa Melayu sudah semestinya mempunyai dua bahasa, bahasa pengantar dan penerimaan,bahasa lisan dan bahasa tulisan-sebab itulah mereka berlumba-lumba mempelajari dengan gigihnya tulisan-tulisan itu.Kebanyakan huruf-huruf Arab itu masih belum mencukupi bunyi-bunyinya didalam perkataan Melayu ,Maka untuk memperlengkapi yang kurang,mereka sendiri berusaha menambah beberapa huruf lagi-hingga segala huruf-huruf itu disebut-huruf-huruf Jawi :(huruf Melayu)"dan tulisanya "tulisan Jawi "(tulisan Melayu).Meskipun demikian, bunyi sebutan M A L A I U itu masih tak dapat dieja sebenarnya mengikut kepelatan itu oleh kerana itu lalu dituliskan sahaja M U L A Y U (MELAYU) kekallah sebutan itu- "bangsa Melayu berbahasa Melayu".1.Negeri Mula-MulaPerkataan "Melayu"itu terbitnya daripad percantuman diantara perkataan: "Mul"dan "Ayu"-seperti yang selalu didapati kerengkasan perkataan Melayu:Jam- Jalan matahariSampan- Tiga keping papanCebuk- Cucui berakdan lain-lain"Mal"ertinya-"Mula""Ayu"ertinya- "Negeri"Seperti yang selalu kita jumpai nama-nama pada:"Gangayu"- Negeri Ganga"Kelangayu"-Negeri Keling ( bukan India).Kita masih kedengaran lagi cerita-cerita mulut daripada orang-orang tua yang mengatakan, bahawa dunia ini telah karam,akibat tenggelam besar yang terjadi itu menyebabkan tenggelamnya alam Melayu ini.Hanya mana-mana yang dapat melarikan diri ketanah-tanah pergunungan tinggi di Kemboja,kegunung Himalaya atau lain-lainya itu sahajalah yang masih terselamat dan hidup dan negeri yang mula-mula dibuka itu telah tenggelam dan bersama-samanya lenyaplah bangsa itu dengan berselerak kemerata jurusan hingga mereka lupa,dimana tempat asal mereka.Dari sebuah peta gambar yang dijumpai disebuah rumah berhala di Tibet,menggambarkan sebuah benua tenggelam dizaman silam. Pada petanya itu tetulis "Mu" sahaja.MULAYUMemandang kepada kedudukan negeri Tibet itu didataran tinggi atas"bumbung dunia"maka ada kemungkinan yang benua tenggelam itu ialah daerah alam Melayu. Perkataan "Mu"itu haruslah kepelatan ringkas daripada sebutan "MULAYU".Daripada tanah tinggi inilah baharu orang-orang bergerak membuka negeri ke tanah-tanah yang lebih rendah. Didalam sejarah Melayu ada kedapatan cerita-cerita yang mengatakan "ada sebuah negeri Andalas Pelembang namanya.. Demang Lebar Daun nama rajanya. Asalnya daripada anak cucu Raja Suran, muara Tatang sungainya. Adapun Pelembang yang ada sekarang inilah. Maka hulu muara Tatang itu sebuah sungai Melayu namanya,dalam sungai itu sebuah bukit "Saguntang " namanya .ini menunjukkan bahawa negeri yang mula-mula dibuka selepas akibat hujan badai yang menimpai itu ialah ditanah-tanah tinggi dan dilereng bukit atau gunung.dan bekas kerajaan Minagkabau itupun tidak terdiri ditepi laut atau ditanah lembah,tetapi terdiri dibukit-bukit dilereng Gunung Merapi Pagar Ruyung.2.LariDalam bahasa Jawa "Mulayu" ertinya "lari".Boleh jadi perkataan "Mulayu"itu timbulnya daripada pelarian bangsa Melayu dari letusan badai tenggelam alam Melayu itu (certia Lampung karam).3.Telor yang mula-mulaSesetengah orang berpendapat pula:"Mu"itu "Mula""Yu"itu "telor"Maksud yang terjalin didalam perkataan itu ialah"telor yang mul-mula". Tegasnya benih yang mula-mula. Bagi bangsa didunia ini ada pula yang menghuraikan ialah: kawasan yang mula-mula bagi bangsa dunia ataupun kawasan yang mula-mula mendirikan negeri.Salah seorang pengkaji Antropologis terkenal H. Otley Bayers telahpun mengesahkan yang kawasan alam Melayu ini telah didiami oleh manusia semenjak 25,ooo tahun dahulu lagi.4.HujanDari segi Ilmu Alam, adalah alam Melayu ini salah satu daripada kawasan yang menerima tiupan angin monsoon lagipun duduknya dalam kawasan Khutulestiwa (Equator) selari dengan Pilipina, Africa dan Amerika Selatan-kedua-dua perkara inilah menyebabkan alam Melayu sentiasa menerima "hujan".Oleh itu tidaklah menjadi kehairanan jika didalam bahasa Tamil memaksudkan perkataan:"Mali " itu "hujan"Ertinya negeri yang banyak menerima hujan.5. HarumDalam bahasa Sanskrit terdapat pula perkataan "Mali " itu bermaksud"pohon yang harum".Gharu umpaman,kulit kayu manis,kayu teja dan herba ratus. Bagi orang Siam pula "Mali " ialah keharuman bunga melor . Kata Dr.Burhanuddin Al-Hilmy ketika dia melawat ke Jaipur,Rajaputna, seorang ahli Syair yang masyhur pernah memberikan kepadanya sejenis surat yang tertulis dalam bahasa Sanskrit mengandungi pujian-pujian kepada tanah Melayu.Dan menerangkan bahawa,tanah Melayu adalah sebuah negeri yang banyak didapati gharu yang termasyhur pada masa dahulu.
Sunday, February 24, 2008
M E L A Y U
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment