Tuesday, February 19, 2008

ABDULLAHSANI RAJA KECIL


Cerpenis,Novelis,Jurnalis,Nasionalis dan Politikus


Zaman Awal


Kita tahu bahawa di Malaysia ramai individual,tokoh-tokoh dan bakat-bakat besar dalam pelbagai bidang yang di ceburi telah menjadikan mereka amat terkenal baik tempatan arapun diperingkat antarabangsa.


Pelbagai cara telah digunakan untuk merekodkan jasa-jasa mereka seperti diabadikan pada tempat,bangunan,seperti sanjungan dengan cara menamakan kepada anak-anak yang baru lahir dan juga dijadikan ikon TETAPI masih ramai lagi yang dilupai dan lenyap begitu sahaja.


Diantara anak-anak kelahiran Perak , dimana hasil kerjanya telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris melalui satu projek -The Translations Projet Group oleh William.R.Roff dari Columbia University,New York.


Beliau ialah seorang yang "unik" berkebolehan luar biasa baik didalam bidang penulisan cerpen,novel,jurnalis,nasionalis dan juga politikus.


Personaliti ini dilahirkan pada 30hb November 1920 di Behrang Ulu dekat dengan Tanjung Malim,Perak .


Kehidupan manusia sememangnya dipengaruhi oleh alam sekelilingnya. Begitu juga dengan suasana kelahiran Abdullah Sani, Malaya masih dibawah pentadbiran pihak British ( www.sabrizain.org/malaya ) yang kaya daripada hasil getah dan bijih timah.


Abdullah Sani anak lelaki tunggal (anak ketiga) daripada empat sekeluarga-menjalani kehidupan sekeluarganya agak selesa dan sederhana seperti mana-mana masyarakat kampung Melayu ketika itu.


Seorang yang girang,ceri dan berkebolehan dalam pelajaran dengan lulus darjah lima Gred 1 di Sekolah Melayu Behrang, satu kelulusan yang tertinggi ketika itu dengan kepujian khas didalam pengarangan sastera.


Beliau mengambil keputusan untuk mendaftar ke Sekolah Anderson yang terkenal sebagai sekolah berbahasa Inggeris di Semenanjung diawal tahun 1933.


Bagi seorang budak kampung,suasana persekolahan yang berkosmopolitan itu amat mencabar mindanya. Cita-cita beliau ialah untuk menjadi seorang pegawai polis.


Oleh itu Abdullah Sani lebih sanggup menyertai pasukan Kadet Polis Sekolah yang berlatih secara aaaala-tentera daripada memilih pasukan Pengakap sebagai aktiviti persekolahan beliau.


Suasana persekolahan beliau adalah zaman kemuncak kemelesetan ekonomi Malaya, ramai yang papa dan hidup merempat dan juga dikelilingi dengan kebangkitan semangat Nasionalisme Melayu http://en.wikipedia.org/wiki/Malay_nationalism. Ketika itu fikiran beliau sudah mulai beralih kepada saluran berbentuk "establishment".


Melalui kakaknya bernama Ramlah dan abang iparnya seorang guru lulusan Sultan Idris Training College (SITC) dan juga penulis sambilan suratkhabar Majlis , Abdullah sani "mulai memasuki dunia penulisan" dengan menulis semula cerita daripada majalah Chendera Mata (Majalah Kolej SITC) dan dihantar kepada Saudara terbitan Pulau Pinang .


Tahun-tahun berikutnya ,akhbar seperti Majlis dan Warta Malaya juga mulai menyiarkan penulisan beliau . Minat untuk menjadi pegawai Polis sudah dilupai !.


Setelah memasuki dunia penulisan , Abdullah Sani mulai berkontak dengan ramai penulis-penulis yang menetap di Ipoh terutama Abdul Rahman Rahim seorang jurnalis bebas yang memainkan peranaan Nasionalis selepas post-perang danjuga Ahmad Nur Abdul Ahukur.


Ketika itu Abdullah Sani masih lagi menuntut dan berusia 16 tahun sudah memiliki saham bernilai $ 25.00 dalam akhbar Warta Perak dan juga bertindak sebagai penulsi,penjual dihujung minggu. Warta Perak hanya bertahan selama 2 bulan dan Abdullah Sani memperolehi pengalaman yang besar untuk digunakan dalam dunia persuratankhabaran.Dengan penutupan Warta Perak ,beliau beralih semula kepada Saudara dan berjaya memperolehi satu kolum tetap bertajuk "Serba Serbi" dengan nama pena Ramu.


Pengelibatan beliau didalam jurnalis telah mengurangkan tumpuannya kepada pelajaran dan seterusnya beliau menduduki peperiksaan Junior Cambridge School Certificate dan lulus untuk memasuki darjah Senior Cambridge tetapi dengan sedikit kekecewaan beliau gagal dalam peperiksaan diperingkat tersebut (1933-1938).


Abdullah Sani mengambil keputusan untuk bertolak ke Pulau Pinang disekitar awal tahun 1939 dan menjadikan jurnalis sebagai pekerjaan sepenuh masanya bersama-sama dengan Saudara , ketika itu ia sudah berusia 18 tahun . Dua tahun kemudianya beliau bersama dengan kawan lama -Abdul Rahman Rahim beralih ke Warta Kinta di Ipoh,seterusnya keakhbar Majlis dan kembali semula ke Warta Kinta dan dalam tahun 1941 dengan Utusan Melayu di Singapura.


Semasa di Singapura ( rujuk kepada"Tempat Jatuh Lagi Di-Kenang-oleh Ghazali Ismail) beliau tinggal bersama dengan jurnalis dan novelis iaitu Ishak Haji Ismail (Pak Sako) dengan nama pojoknya "Hantu Raya"yang menghasilkan novel terkenal -Putera Gunung Tahan/ Di dalam tahun yang sama juga beliau menghawaniwanita sejiwa -Rabitah bte Muhamad wajid anak bekas Penghulu Parrit ,Perak .


Peralihan ke alam dewasa,Abdullah Sani tersepit diantara kebangkitan Nasionalisme Melayu yang mula telah mula menampakkan putiknya dan disini beliau dapat menghidu bahawa melalui luahan jurnalis, suratkhabar dapat juga boleh memainkan peranaanya . Beliau kini mula berlanggar bahu dengan ramai jurnalis terkenal,aktif dalam gerakan Nasionalis dimana ada antaranya nama-nama mereka masih lagi beliau ingat semasa di bangku sekolah lagi seperti Ibrahim Haji Yaakob


Boleh dikatakan semua akhbar keluaran sekitar tahun 1930 dan awal 1940 artikelnya dipenuhi dengan perbincangan kontroversi seperti isu mesti dipastikan semuanya menganuti pertubuhan Nasional Melayu,pertikian imigrant Cina dan penempatan pertanian ,implikasi dan definisi "melayu",dan masalah berkaitan dengan kemajuan ekonomi Melayu .


Perkembangan bidang jurnalis Abdullah Sani telah mengheret beliau bersama-sama dengan aktivis Nasionalis Melayu sehingga tertubuhnya KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) dimana beliau adalah salah seorang pengasasnya. Pada 1hb Disember 1941, beliau dan lain-lain anggota KMM seramai lebih kurang 150 orang telah ditangkap oleh pihak British dan dipenjarakan di Changi -dua hari sebelum kemasukan tentera Jepun yang mengakhiri regime kolonial di Malaya .


Peperangan dan penjajahan baru Jepun telah memberi sumbangan penting dalam membentuk Abdullah Sani untuk menjadi seorang jurnalis Nasionalis Melayu .


Beliau dibebaskan (termasuk lain-lain anggota KMM) setelah Singapura jatuh ke tangan Jepun pada tahun 1942, kembali semula bersama-sama dengan bekas ahli-ahli yang lain untuk mengaktifkan KMM tetapi Jepun telah mengharamkanya .











No comments: